Projek Elektronik Pertama Nuaeman Junior


Ditulis pada March 29, 2010 – 4:46 pm | Oleh nuaeman
Share

Tak tahu apa yang nak dinamakan untuk projek elektronik ni. Ianya hasil inovasi anak lelaki aku yang sulong. Ammarahnaf namanya. Februari lepas baru sahaja mencapai usia 3 tahun. Ammar lebih peramah dari ayahnya dan daya imaginasi yang dimiliki boleh tahan sehingga terhasilnya satu projek persendirian diwaktu semua orang nyenyak tidur. Projek ini telah menaikkan kadar tekanan darah ibunya tetapi mengundang senyum si ayah oleh sebab kreativitinya yang di luar duga.

Ceritanya lebih kurang begini..

Malam itu aku, isteri dan anak-anak si dua beradik berkesempatan ke tapak Pesta Konvo UTM, Skudai. Sengaja membawa diri kesana untuk menghilangkan rasa terkilan tidak dapat bertandang ke Pesta Buku Antarabangsa di KL. Apapun begitu, suasananya tentulah berbeza sama sekali yang mana jika di Pesta Buku tentunya barang dagangannya adalah buku-buku manakala di tapak Pesta Konvo , gerai baju memenuhi hampir setiap ruang yang ada. Hanya ada dua gerai yang menjual buku ilmiah. Sekurang-kurangnya menjadi pengubat dukalara yang bersarang dihati.

Puas mata menjamah setiap barang yang didagangkan sambil mencicip air free dari gerai Sahabat Roselle maka kami membuat keputusan untuk pulang. Walaupun pada waktu itu Sabri Yunus belum selesai menghabiskan bait-bait katanya melalui watak didalam teater ‘Menunggu Kata dari Tuhan’. Waktu tinggal beberapa jengkal sahaja dengan kereta adapula permainan yang berkelip-kelip dipertontonkan berkali-kali untuk menarik perhatian sikecil supaya memimpin tangan ibu bapanya membuka dompet dan mengeluarkan sejumlah wang bagi membayar dua batang permainan berkelip untuk dijadikan bekal dibawa pulang.

Arakian, tiba sahaja dirumah sukalah si dua beradik itu bermain batang berkelip sehingga lupa jam telah hampir ke pukul 1 pagi. Siibu tidak dapat lagi menahan rasa mengantuk yang mana seperti dilambai-lambai oleh en. bantal untuk segera dilabuhkan kepala. Maka tidurlah siibu diikuti dengan salah seorang dari adik beradik yang sudah tentunya si adik. Tinggallah si abang yang masih aktif dan belum nampak sebarang riak-riak untuk menutupkan mata sehingga si ayah juga tidak larat untuk menunggu lalu tertidur……

Saat berganti minit, dan minit berganti jam.. kira-kira imam masjid sedang bertarahim, bangunlah siibu untuk membuat susu untuk si adik. Terlihatlah oleh matanya yang masih kuyu itu kerlipan lampu di bahagian pintu bilik. Terfikir olehnya, sejak bila pula si ayah memasang lampu ketupat yang ada di luar rumah pada pintu bilik. Bila diamati betul-betul, sahlah itu sebenarnya adalah projek haram si abang di waktu seisi rumah telah dibuai lena… Hilang terus rasa mamai si ibu..

“Ammar!!!!”

Apa yang dilakukan ammar..?

Permainan yang hanya tinggal kepalanya sahaja

Dikala telah pasti semua ahli kelurganya telah tertidur. Si kecil ini dengan bangganya telah mencabut bahagian kepala permainan tersebut. Kemudian corong plastik serta satu salutan kertas menutup LED itu telah dikeluarkan sehingga menampakkan LED sahaja yang berkelip. Tidak cukup dengan itu budak bertuah ini mencantumkan antara dua set permainan tersebut dan menggantungkan di muka pintu sebelum membuat keputusan untuk tidur..

Nak kenal si bertuah Tuan Ammar? hah.. ini dia..

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Pengalaman pertama di Pesta Buku Antarabangsa 2011
  2. Eksklusif : Nuaeman, isteri dan anak-anak
  3. 10 Permainan yang dah jarang nuaeman lihat..
  4. Projek Dalam Tandas : Bila Nafsu dah tak terkawal

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 17 Responses to “Projek Elektronik Pertama Nuaeman Junior”

  2. By Nadri on Mar 29, 2010 | Reply

    nama anak tuan sama dgn nama anak saya yg no. 2..ammar juga namanya..

    ini dah kira perkara wajib bagi anak2 yg tengah membesar..tak blh nak dimarah..

    anak saya yg ke-3 (3 tahun)dgn selambanya telah membuat lukisan mural dkt seat belakang kereta..dahlah seat warna cerah..nak tak nak terpaksalah tukar cover baru..

    [Reply]

  3. By samanosuke_04 on Mar 29, 2010 | Reply

    hehe, kreatif gak.. nasib baik bagi die main bende kelip2 jer.. kalo bagi bende lain.. tatau laa aper invention yang dia buat..

    [Reply]

  4. By maza on Mar 30, 2010 | Reply

    wakakakak..

    Ammarahnaf mempunyai keistimewaan itu.. mungkin punyai bakat menjadi jurutera hebat! hehehehe

    [Reply]

  5. By wanmus on Mar 30, 2010 | Reply

    hoho..bagus budak tu..ko dah kene hantar dia pergi teknikal je lepas ni.sama macam adik aku dulu. pernah dia nak cas bateri jam direct dari plug 240V tu..giler ar..mujur tak mati je. sekarang duk sambung belajar bab elektrikal dan robot ni.

    [Reply]

  6. By khairolghani on Mar 30, 2010 | Reply

    kecil2 lagi dah tunjukkan daya pemikiran kreatif macam ni..Alhamdulillah tak jadi apa2..

    [Reply]

  7. By sangilapi on Mar 30, 2010 | Reply

    moga diberi galakan dan pemantauan pada si kecil itu :)

    [Reply]

  8. By nuaeman on Mar 31, 2010 | Reply

    Ini saya tiada masalah bang tapi ada juga kadangkala tindak tanduknya yang mencabar tahap sabar..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Mar 31, 2010 | Reply

    Ikutkan dah macam-macam dibuatnya..

    [Reply]

  10. By nuaeman on Mar 31, 2010 | Reply

    Amin.. moga-moga begitu jadinya..

    [Reply]

  11. By nuaeman on Mar 31, 2010 | Reply

    Itu lagi dasyat.!! haha..

    [Reply]

  12. By nuaeman on Mar 31, 2010 | Reply

    Anak-anak kecil.. memang macam-macam ragamnya..

    [Reply]

  13. By nuaeman on Mar 31, 2010 | Reply

    semestinya…

    [Reply]

  14. By samdaddycool on Mar 31, 2010 | Reply

    Dasyat wooo..

    p/s- abang dia dahsyat ke tidak??? :P

    [Reply]

  15. By fiezaradzi on Apr 1, 2010 | Reply

    mmg kreatif ni.. kecik2 dah tunjuk bakat.. tak pe, selagi tidak memudaratkan…

    [Reply]

  16. By hafizmd on Apr 1, 2010 | Reply

    hehe..agaknye bapaknye juge dah banyak buat invention time kecik2 dolu..hehe

    [Reply]

  17. By hafizmd on Apr 1, 2010 | Reply

    moge jadi engineer yg hebat suatu hari nanti..ameen

    [Reply]

  18. By jiji on Apr 20, 2010 | Reply

    Salam, untuk yang berminat dengan idea-idea rekaan projek elektronik,projek eletrik atau projek tahun akhir, boleh layari http://www.ideaprojektahunakhir.blogspot.com

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge