Ya Rahman…


Ditulis pada August 27, 2010 – 4:52 am | Oleh nuaeman
Share

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..

Ayat ini berkali-kali diulang di dalam surah Ar-Rahman yang mempunyai 78 ayat.  Di dalam surah ke 55 di dalam al-quran ini banyak menerangkan kepada kita tentang nikmat-nikmat Allah keatas makhluknya terutamanya kita sebagai manusia. Tidak terhitung rasanya segala kurniaanNya..

Tetapi..

Apakah diri ini telah benar-benar bersyukur atas semua itu?

Cuba tanya pada mata ? Pernahkah ia menangis kerana menyesali dosa terhadapNya dan manusia lain?

Cuba tanya pada telinga ? Sudahkah ia ditutup dari mendengar hal-hal yang lagha ?

Cuba tanya pada mulut ? Masihkah ia belum letih untuk berumpat keji ?

Cuba tanya pada anggota badan ? Apakah ia masih ego untuk sujud dan beribadah padanya?

Maka..

Cuba tanya pula pada hati ? Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..

Allahu Ya Rahman..

Dengan Ramadhan yang masih berbaki dan sudah mula ingin memasuki fasa ketiganya. Diharapkan moga diri ini tidak alpa untuk mengambil kesempatan bersujud dan memohon keampunan daripadaNya.

Sama samalah kita bermohon agar diberi setitik cahaya terang pada hati ini sebelum masa hilang dari pandangan….

amin…

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Definisi Cinta
  2. Apakah kita bersyukur diciptakan sebagai Manusia?

Tags: , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 6 Responses to “Ya Rahman…”

  2. By Cyza on Aug 27, 2010 | Reply

    Hmm… terima kasih kerana sentiasa menyediakan entri yang membina minda keimanan. Aku pun sedang cuba berjuang untuk menjadi insan lebih baik dan meningkatkan lagi ibadat di akhir Ramadhan.
    Cyza recently posted..Blog! What is your approch

    [Reply]

  3. By MuHaMMaD86 on Aug 28, 2010 | Reply

    how to follow this blog
    suka la baca…
    visit me back k
    MuHaMMaD86 recently posted..Masalah Niat Dalam Solat Ketika Takbiratul Ihram

    [Reply]

  4. By anuarkarimz on Aug 29, 2010 | Reply

    satu tazkirah pendek yg elok diamalkan sempena bulan ramadhan ini

    [Reply]

  5. By khairolghani on Aug 30, 2010 | Reply

    Bab yang cuba tanya tu perlu diberi perhatian..memang setiap anggota akan bercakap bagi pihak kita di akhirat kelak..minta diterima segala amal yang kita buat..
    khairolghani recently posted..Drive-through KFC

    [Reply]

  6. By mijie on Aug 31, 2010 | Reply

    terima kasih entri sebegini banyak membantu aku yg naif dalam agama ni
    mijie recently posted..HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2

    [Reply]

  7. By lowongan kerja on Sep 4, 2010 | Reply

    Cobalah untuk bersyukur atas segala yang telah diberi Nya.
    lowongan kerja recently posted..Sari Pan Pacific Jakarta Jobs as Pastry Chef &amp Restaurant Manager

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge