Wudu’ : Mulakan dari sekarang..
Ditulis pada February 13, 2009 – 3:18 pm | Oleh nuaeman Share
Untuk renungan hari ini aku ingin kongsikan satu bingkisan yang aku terima dari seorang sahabat melalui email pagi tadi. Mesejnya ringkas tetapi amat bermakna. Ianya berkenaan wudu’ . Perkara yang sering kita laksanakan sebelum bersolat . Moga kita dapat mula amalkan dari sekarang apa yang disampaikan dibawah ini.
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, ‘Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini’.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, ‘Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan mukaku ini’.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, ‘Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kananku ini’.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, ‘Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiriku ini’.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,’Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu’.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,’Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini’
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.’Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim’.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,’Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat’
Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu..
Entri Berkaitan:
























11 Responses to “Wudu’ : Mulakan dari sekarang..”
By ijamidayu on Feb 13, 2009 | Reply
Fuh!!! Dalam maksud bro nie..
Apa pun, pada saya.. Kita kena fahami dan yakini.. ALLAH sayangkan kita..
2 yg DIA pilih kita lahir sebagai ISLAM.. Paling penting.. Mengerjakan Amalan ISLAM..
[Reply]
By ChekguBH on Feb 13, 2009 | Reply
tersirat byk hikmah di sebalik wudhu ni…
kalau la dpt kekalkn wuduk, mmg sgt baik…
ChekguBH’s last blog post..Jika Wanita diumpamakan Ikan…
[Reply]
By nadinezuharra on Feb 13, 2009 | Reply
Alhamdulillah,perkongsian ilmu sebegini membawa byk keberkatan dalam hidup kita..
Thanks Nuaeman..
nadinezuharra’s last blog post..:: Besar kuali, besar juga keraknya..
[Reply]
By Callister on Feb 14, 2009 | Reply
bagus..saling ingat meningatkan..
ilmu ni..
Callister’s last blog post..Caprice – Fantasy Girl Download
[Reply]
By megat on Feb 14, 2009 | Reply
setiap sesuatu yg dilakukan hendaklah dilakukan kerana allah nescaya mendapat keberkatan.
[Reply]
By nuaeman on Feb 14, 2009 | Reply
Ye.. yerkadang benda-benda kecil sebegini kita kerap terlepas pandang..
[Reply]
By nuaeman on Feb 14, 2009 | Reply
rasa sejuk jee bila dapat kekalkan wudu’ kan
[Reply]
By nuaeman on Feb 14, 2009 | Reply
harapnya begitulaa nadinezuharra.. bila kita berkongsi kesanya akan lebih mendalam kepada diri sendiri
[Reply]
By nuaeman on Feb 14, 2009 | Reply
Moga lepas ni kita semua dapat amalkan..
[Reply]
By nuaeman on Feb 14, 2009 | Reply
yep.. betul tu bro.. tapi kita kerap lalai dalam hal ni
[Reply]
By Callister on Feb 14, 2009 | Reply
InsyaAllah…
Callister’s last blog post..Caprice – Fantasy Girl Download
[Reply]