Tunggu diri Sempurna?? Itu tipudaya Syaitan!!


Ditulis pada December 19, 2008 – 12:15 am | Oleh nuaeman
Share

Minggu lalu ada satu saranan tentang Revolusi blog dan blogger Islam dan aku harap perkara ini dapat dijayakan sebaiknya oleh para-para blogger Islam. Bukanlah terlalu sukar, dalam 7 hari yang ada hanya satu hari sahaja diperlukan. Ini juga satu usaha dakwah sesama kita.

Dalam pada melaksanakan saranan ini aku sedar akan wujud satu pemikiran yang kerap berlegar di benak para mukmin iaitu ” aku belum cukup sempurna untuk menyampaikan mesej benar ataupun lebih tepat lagi mesej dakwah“. Ini sebenarnya satu kekeliruan yang berpunca dari tipudaya syaitan yang akhirnya mengakibatkan tidak ramai yang mahu menyeru dan berkongsi ilmu agama atas alasan amalannya belum cukup mantap serta diri masih lemah.

Terfikirkah kita jika mahu menunggu diri sempurna sehingga bila pula kita boleh mengaku diri ini benar-benar sempurna. Apakah para pewaris nabi yang sehingga sekarang tidak jemu-jemu memperingatkan kita ada mengakui diri mereka sempurna. Tidak bukan? Jadi kenapa kita pulak yang sibuk nak menanti sehingga diri sempurna baru nak bermula.

Berhubung dengan isu ini, Imam Said bin Jubair pernah berkata ‘ Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.’ Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: satu lagi persoalan ‘ Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?’

Berkenaan dengan satu lagi perasaan yang mana merasakan mereka tidak layak untuk menyeru kepada sesuatu perkara kebaikkan kerana diri mereka masih belum melaksanakan apa yang diseru. Seorang ulama ada memberikan respon pada masalah ini. Kata beliau ‘Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran’. Jadi sekarang apa untungnya bersikap demikian ??

Aku sedar perkara ini berlaku atas sebab sikap masyarakat kita sendiri yang kerap mencari kecacatan dan kecelaan orang yang menyeru kepada kebaikkan.Bagi mereka itu lebih penting dari menerima dakwah yang disampaikan. Cuba koreksi diri sendiri, apakah mungkin diri kita juga ada bersikap sedemikian. Satu lagi, mengapa perasaan yang sebegitu tidak dijadikan satu motivasi untuk memantapkan diri. Kalau rasa diri banyak kelemahan mengapa tidak berusaha memperbaiki kelemahan yang ada tu. Mudahkan!

Secara dasar, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Hakikatnya, Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza. Justeru nabi bersabda: ‘Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman. ‘ Hadis ini direkodkan oleh Imam Muslim.

Satu perkara lagi dalam kita menyampaikan mesej agama ini berdoalah moga kita dijauhkan dari fitnah dunia kerana Syaitan itu banyak tipudayanya, jika dia tidak berjaya menahan kita dari menyeru kepada kebaikkan akan didatangkan pulak rasa riak dan takjub pada diri. Berhati-hatilah, sesungguhnya si Syaitan celaka itu musuh kita yang nyata!!

Moga ada manfaat kepada semua. Mohon perlindungan dariMu ya Allah moga dijauhkan aku dan sahabat-sahabat cyber ini dari fitnah dunia dalam pada menyampaikan ayat-ayat MU.

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Benarkah Syaitan Dibelenggu?
  2. Imej dan Harga Diri Wanita Zaman Ini
  3. Saham Neraka @ AB Taufan – Masa untuk menggelakkan diri sendiri
  4. Kewujudan Jin dan Syaitan

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 10 Responses to “Tunggu diri Sempurna?? Itu tipudaya Syaitan!!”

  2. By Callister on Dec 19, 2008 | Reply

    yeah sgt memberi manfaat artikel ni..
    mcm diri aku skang ni tgh dilanda dugaan, moga2 aku semakin kuat..
    amin..

    Callister’s last blog post..Flirt in the pool

    [Reply]

  3. By kujie on Dec 19, 2008 | Reply

    Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara

    [Reply]

  4. By KampungBoy on Dec 19, 2008 | Reply

    Tiada manusia yang sempurna, tapi kita hambanyaNYa perlu mencari kesempurnaan dalam hidup

    KampungBoy’s last blog post..7 Plugin WordPress Penting !!

    [Reply]

  5. By ezad on Dec 19, 2008 | Reply

    Dengan dunia penuh cabaran dan bnyak penindasan akan berlaku terhadap umat Islam, walaupun sedikit yg penting niat kita untuk menyampaikan kebaikan kepada yg masih lalai..

    p/s : Aku juga menyahut cabaran Jumaat ini.

    [Reply]

  6. By shaxx on Dec 19, 2008 | Reply

    makin byk cabaran untuk umat islam akhir zaman ni kan…

    shaxx’s last blog post..I Do Not Need GPS

    [Reply]

  7. By mankip on Dec 19, 2008 | Reply

    nice artickle nuaeman… harap boleh terus menulis

    [Reply]

  8. By Blog Buat Duit on Dec 20, 2008 | Reply

    ya betul tue..”aku belum layak tentang soal2 yang cam nie” tue ayat yang selalu didengar ..

    Blog Buat Duit’s last blog post..Mitos Buat Duit Dari Perniagaan Internet

    [Reply]

  9. By samdaddycool on Dec 20, 2008 | Reply

    … sampaikan mana yang kita tahu.. sudah memadai, ‘walaupun sebaris ayat…’

    samdaddycool’s last blog post..Between eBay.com.my and Lelong.com.my

    [Reply]

  10. By j_hafiz on Dec 26, 2008 | Reply

    adus…sdap btul artikel nih,btul sgt artikel nih.xyah tggu u perfect,jez go on klu u nk tgur,(tp dgn bhikmah la)tggjwb ssma muslim utk tgur.yg dtgur pula jgn tgk kpd siapa yg mnegur,tp lihat kpd apa yg dtgur..jgn ego!

    j_hafiz’s last blog post..My Mistake, So Sorry…

    [Reply]

  11. By j_hafiz on Dec 26, 2008 | Reply

    tgk pd apa yg dsampaikan, bukan pd org yg mnyampaikan. xperlu perfect baru blh tgur

    j_hafiz’s last blog post..My Mistake, So Sorry…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled