Travelog Dakwah: Perjalanan Seorang Hamba Mendampingi Tuhannya
Ditulis pada November 28, 2008 – 9:21 am | Oleh nuaeman Share
Kita letakkan noktah cerita Ustaz Arief dah Cakranya.. hari ini aku ingin mengulas tentang sebuah buku yang boleh dikatakan agak baru dipasaran bertajuk Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Buku ini ditulis oleh seorang professor yang juga Pengarah UiTM Cawangan Segamat bernama Muhd Kamil Ibrahim dan ianya merupakan satu kesinabungan ke atas sambutan yang diberikan kepada buku Travelog Haji yang juga ditulis oleh beliau. Kedua-dua buku tersebut adalah keluaran PTS publication. Untuk Travelog dakwah ini harganya cuma RM 18.
Setelah selesai membaca buku terbaru tulisan beliau begitu banyak perkara yang terkesan dihati aku. Kejujuran yang disampaikan oleh penulis memang amat menghibakan orang yang membaca. SetiapĀ rentetan kisah yang aku baca dari buku ini dapat aku kaitkan dengan perjalanan hidup aku. Penulis tanpa segan silu menceritakan kejahilan beliau yang ketikamana usia menghampiri 40 tahun tetapi masih gagal membaca al-Quran tetapi berkat keazaman dan kesungguhan beliau tuhan menunjukkan jalan. Bukan setakat membaca al-Quran tetapi beliau dijemput menjadi tetamu Allah di kota suci Mekah. Disamping itu buku ini juga memaparkan bagaimana kesabaran seorang isteri dalam mendidik seorang suami untuk mendekati tuhan.
Membaca pengalaman Prof Muhd Kamil Ibrahim disamping saranan-saranan beliau untuk sentiasa menjaga solat jemaah, tahajjud, berpuasa sunat dan membaca Al-Quran membuat aku sendiri terfikir betapa begitu banyak ibadah yang umat Islam kini terlepas pandang termasuk aku. Penulis menceritakan bagaimana beliau seorang yang berkelulusan phd tetapi atas dasar mencari kebenaran beliau sanggup untuk bertemu dan mempelajari al-Quran dari seorang yang lebih muda yang juga merupakan pelajar sekolah pondok. Bila membaca isi seterusnya mengenai kisah antara beliau dan guru al-Qurannya yang juga imam itu ada sesuatu yang mungkin memeranjatkan bagi sesetengah orang. Tetapi bila difikirkan balik secara rasional ini biasa berlaku. Prof Muhd Kamil tidak henti-henti mengingatkan supaya jangan lupa memanjatkan doa kepada Allah serta diselitkan sekali kaedah beliau berdakwah dengan rakan-rakan dan juga para pelajarnya.
Secara keseluruhan buku ini sememangnya sesuatu yang amat berharga dan patut dimiliki. Bagi aku apa yang diceritakan oleh Prof Mohd Kamil Ibrahin dari awal hingga akhir buku ini adalah satu cerminan pada diri kita sendiri. Insya_allah sekiranya kita benar-benar menghayati segala kandungan buku ini maka dengan sendirinya hati akan berdetik untuk kembali mendampingi tuhan kerana kita sebenarnya telah semakin jauh meninggalkan apa yang sepatutnya kita laksanakan sebagai seorang hamba Allah.
Entri Berkaitan:
- Perjalanan seorang anakmuda membina empayar dengan Facebook
- Kasih Seorang Ayah..
- Wajah Kesayangan Hamba…
- Blogger Muslim Juga Seorang Murabbi
- Ramadhan Contest datang lagi!!: Aku dan Ramadhan 2
Tags: Travelog Dakwah





8 Responses to “Travelog Dakwah: Perjalanan Seorang Hamba Mendampingi Tuhannya”
By Kujie on Nov 28, 2008 | Reply
Sy menitis air mata bila beliau berkata alangkah ruginya org yang tahu membaca Al Quran tetapi tidak membacanya..sedangkan beliau sesudah berusia 40′an baru pandai membaca Al-Quran.
Bacalah walau 5 baris sehari.
Kujie’s last blog post..Dunia blog yang hangat
[Reply]
By ezad on Nov 28, 2008 | Reply
Aku ada gak beli buku yg kebanyakannya keluaran PTS ni, mereka mmg menjaga kualiti isi ssebuah buku, aritu pun dah teragak beli satu buku..eheh nnti cite..
[Reply]
By titan on Nov 30, 2008 | Reply
ehm..tak beli lagi..
titan’s last blog post..Youthsays, Streamyx dan Sentol..
[Reply]
By samdaddycool on Nov 30, 2008 | Reply
menarik nampak nya buku ni… mungkin bole try beli..
samdaddycool’s last blog post..18sx affiliate programme paid me
[Reply]
By nuaeman on Dec 1, 2008 | Reply
Saya masa dengar cerita dia kat Astro Oasis pun sebak Kak Jie.. buku dia nipun memang berkesan..
[Reply]
By nuaeman on Dec 1, 2008 | Reply
Yang ini ko memang kene beli zad.. aku memang galakkan sangat.. tak rugi..
[Reply]
By nuaeman on Dec 1, 2008 | Reply
Beli jangan tak beli sam.. apapun memang bagus buku ni.. aku sarankan sangat ko beli.. memang mendidik hati
[Reply]
By Arif Imam Suroso on Jun 14, 2010 | Reply
Wah…walau informasinya baru saya tahu, kelihatannya buku ini menarik sekali untuk dibaca.Masiha adakah kiranya tersedia di toko buku?
[Reply]