Status Pengabai Solat
Ditulis pada August 3, 2010 – 12:23 pm | Oleh nuaeman Share
Selingkar Kisah…
Terdapat satu riwayat berkenaan sepasang suami isteri yang begitu menginginkan anak tetapi masih belum ada rezeki untuk mereka memperolehinya. Oleh kerana itu sang suami telah bernazar untuk meminum air kencing anjing hitam sekiranya mereka dikurniakan anak.
Dengan takdir Allah, beberapa tahun selepas sang suami bernazar akhirnya mereka mendapat berita gembira apabila si isteri hamil dan selamat melahirkan zuriat untuk mereka.
Selepas peristiwa itu si suami itupun pergilah mencari anjing hitam untuk diminum air kencingnya. Puas mencari, dia dipertemukan juga dengan seekor anjing hitam. Si suami tidak menunggu lama untuk menadah air kencing anjing tersebut dan cuba untuk meminumnya. Malangnya dia tidak mampu meminum air kencing anjing hitam itu oleh kerana bau busuk yang amat daripada air kencing tersebut. Lalu si suami membuat keputusan untuk bertemu Rasulullah saw.
Setelah bertemu dan menceritakan segala permasalahannya kepada Rasulullah saw, Baginda menjelaskan bahawa nazar si suami itu tidak sah kerana ia membabitkan perkara haram. Perbuatan meminum air kencing anjing itu adalah haram maka nazar tersebut tidak perlu ditunaikan.
Walaupun begitu, nazarnya masih boleh dilakukan dengan cara pergi kerumah orang islam yang tidak bersolat ketika hujan turun. Kemudian tadahlah air hujan yang mencurah dari atap rumahnya, kerana air yang mencurah dari rumah orang yang tidak bersolat itu sama nilainya dengan air kencing anjing hitam.
Masya_Allah…
Sabda Rasulullah saw ” Amalan terawal yang dihisab oleh Allah swt di akhirat kelak ialah solat “
Bila berbicara tentang solat, ada sebilangan yang memandangnya sebagai isu remeh. “Alahai, macamlah kita ini tidak tahu yang solat itu wajib, lagi mahu diulang-ulang..”. Memanglah perlu diulang-ulang kerana kita ini jika tidak selalu diperingatkan akan mudah terlupa dan seterusnya lalai.
Di dalam hal ibadah solat, kerapkali melakukannya kadangkala bukan membuatkan kita lebih berhati-hati bahkan ada yang semakin hilang rasa keprihatinan pada nilai solat. Ia seolah-olah telah menjadi perkara yang begitu remeh untuk di perbincangkan. Ini kerana kebanyakkan kita bersolat tanpa jiwa hamba. Bersolat di dalam keadaan jasad dan hati tidak seiring. Secara langsung menghilangkan sensitivi berkenaan nilai solat yang dilaksanakan hingga mengakibatkan kita tidak terasa apa-apa untuk mengabaikannya.
Berdasarkan al-quran dan hadis Nabi golongan yang mengabaikan solat ini boleh dipecahkan kepada 4 kategori.
1- Golongan yang sememangnya meninggalkan solat lima waktu sehari semalam.
2- Golongan yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu dalam sehari semalam.
3- Golongan yang bersolat tetapi malas iaitu sering di lakukan di akhir waktu.
4. Golongan yang menunaikan solat lima waktu dalam keadaan lalai dan tidak mengingati Allah swt.
Lalu kita di golongan yang mana?
Maka periksa-periksalah diri kita dan periksa-periksalah solat kita. Moga kita tidak tergolong di antara keempat-empat golongan yang disebutkan diatas. Perbaikilah solat kita dan juga perhubungan kita dengan Allah swt.
————————————-
sumber penulisan : Buku Sakinah oleh Ustaz Ubaidillah Alias.
Entri Berkaitan:
Tags: air kencing anjing hitam, jaga solat kita, status pengabai solat






17 Responses to “Status Pengabai Solat”
By mijie on Aug 3, 2010 | Reply
rasa macam termasuk dalam golongan yg ke 4 tu, solat tetapi kadang lalai
mijie recently posted..Lagu nurani oleh Eisya
[Reply]
nuaeman Reply:
August 3rd, 2010 at 2:10 pm
Mengakui kesalahan adalah peribadi yang baik. Sama-samalah kita perbaiki solat kita. Terkadang sedang solat ni macam-macam syaitan bawa datang. Padahal sebelum solat tak ingat pun perkara tu..
p/s: Komen hang selalu masuk spam. aku tak tahu kenapa. Padahal dah banyak kali aku remark not spam. Apapun biasanya aku gali balik dekat spam box untuk masukkan semula komen-komen yang terjerat
[Reply]
mijie Reply:
August 3rd, 2010 at 3:22 pm
ok bro, thanks nanti saya cuba cari solution untuk selesaikan kes ini
mijie recently posted..Lagu nurani oleh Eisya
[Reply]
By zik on Aug 3, 2010 | Reply
erm pernah dengar cerita nie… memang betul… terima kasih diatas peringatan ini.
zik recently posted..Kenangan Ku di Sekolah Menengah Pekan Baru- Muar Johor
[Reply]
nuaeman Reply:
August 6th, 2010 at 8:27 pm
sama-sama Zik, peringatan untuk diri sendiri juga ni..
[Reply]
By yaya@Ris on Aug 4, 2010 | Reply
solat tu tiang agama.. tunaikanlah solat 5 waktu sehari semalam, bkn susah pun, bkn amik masa lama pn.. tgk tv lama2 bleh plk kn.. banyknye syaitan yg menggoda disekeliling..
yaya@Ris recently posted..Tutorial Score A Programme Bhg 1
[Reply]
nuaeman Reply:
August 6th, 2010 at 8:28 pm
Syaitan.. tengah sembahyang pun digodanya.. selagi ada peluang.. maka benteng kita kena kukuh
[Reply]
By fiezaradzi on Aug 4, 2010 | Reply
komen saya pun selalu tak lepas.. hehee.. tapi tak pe.. sbb tuan punya blog selalu check.. hehee.. terima kasih utk perkongsian ni.. kdg2 mmg kita sedar, tapi kalah dgn dugaan yg mmg banyak.. harap2 kita trgolong dlm mereka yg kushyuk dan ikhlas dalam solat… terima kasih..
fiezaradzi recently posted..Tempat Menarik Tapi
[Reply]
nuaeman Reply:
August 6th, 2010 at 8:29 pm
Amin.. insya_Allah jika saya ada , biasanya saya akan filter balik komen spam tu.. tak tahu kenapa puan fieza punya komen kene block sedangkan tuan hafiz punya lepas pulak. Ip yang sama.. pelikkan?
[Reply]
By abgreds on Aug 4, 2010 | Reply
satu peringatan yang baik. dan memang perlu diulang-ulang, sebab manusia mudah lupa…
[Reply]
nuaeman Reply:
August 6th, 2010 at 8:30 pm
betul tu abangreds.. saya sendiri ini pun kerapkali terkhilaf…
[Reply]
By Munir on Aug 4, 2010 | Reply
trima kaseh atas peringatan2 yg sngt baik sprti nie…amat baik utk pedoman diri dan sedara yg lain…
Munir recently posted..Tak STOP Lagi Dengan Nor Azita Osman
[Reply]
nuaeman Reply:
August 6th, 2010 at 8:32 pm
ingat-mengingati sesama kita. terima munir kerana berkunjung kesini.. nanti sampai al-Azhar jangan lupa abang pula ye..
[Reply]
By Fakeh Khalifah Saka on Aug 5, 2010 | Reply
Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-
(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
[Reply]
By Shukor on Aug 6, 2010 | Reply
Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan rakan-rakan, bro…
Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate
[Reply]
nuaeman Reply:
August 6th, 2010 at 8:32 pm
sama-sama shukor..
[Reply]
By Cyza on Aug 6, 2010 | Reply
Thanks for the reminder bro…really appreciate it…aku pun nak solat lah sekarang…
Cyza recently posted..Cat pooped on top of my White Exora
[Reply]