Sejarah Kesultanan Islam di Johor
Ditulis pada July 9, 2008 – 1:55 pm | Oleh nuaeman Share
Hampir seharian aku lepak kat rumah jee.. aku mulakan hari ni dengan senyuman ke telinga bila 3 artikel terjual dengan jayanya pagi tadi. Kemudian dapat pulak satu job yang agak memeningkan.. ada mamat order 10 artikel tentang “retiring in mexico”. Aduh.. camne nak buat ni. tapi kalau dapat buat masyuk ni.. huhu.. hari ni merupakan hari cuti untuk warga johor sempena hari Hol almarhum Sultan Johor, Sultan Ismail. Setahu akulaa hanya Johor dan Pahang jee ada cuti ni kan.. aku tak berapa pasti sejarahnya.. apapun aku bawakan sedikit kisah Johor dan asal usul kesultanan Islamnya . Cerita ni aku dapat masa pergi salah satu seminar di Johor dua tahun lepas. Kenapa aku bawa cerita ni..? Just nak berkongsi tentang sedikit sejarah berkenaan negeri aku..

Sebenarnya perkataan Johor ni asalnya dari perkataan arab “Jauhar” yang bermaksud permata. Diberitakan hubungan Johor dengan pemerintahan Khalifah di Turki agak akrab khususnya sejak 1885 semasa dibawah pemerintahan Sultan Abu Bakar hinggalah ke pemerintahan Sultan Ibrahim pada 1922 dan kerana itulah beberapa buah bangunan khasnya seperti istana-istana dan masjid-masjid di Johor dipengaruhi oleh bentuk-bentuk bangunan lama wilayah khilafah di Turki.
Pada 22 Februari 1893, Sultan Abu Bakar (Johor) dan Dato Abdul Rahman bin Andak ( Dato’ Seri Amar DiRaja Johor) melawat ibukota khilafah Uthmaniah iaitu Konstantinopel (Instanbul) dan bertemu Sultan Abdul Hameed ke 2. Setelah Sultan Abdul Hameed ke 2 menemui dan melihat perilaku Sultan Abu Bakar, baginda cukup kagum dengan pembawaannya berhubung hal agama Islam maka dikurniakannya bintang kebesaran.
Hubungan mereka ini diakrabkan lagi apabila Sultan Abdul Hameed menjodohkan Sultan Abu Bakar dengan seorang wanita Turki bernama Khadijah Hanim dan juga menikahkan adindanya Engku Majid bin Temenggung Ibrahim dengan seorang lagi wanita Turki bernama Ruqaiyah Hanim. Mereka ini terdiri dari wanita kesayangan ibu dan juga isteri Sultan di Turki. Tugas mereka sebagai pengelola istana Khalifah..
Kisah ini telah membuktikan bahawa Kesultanan Islam di Johor dan juga beberapa lagi kesultanan Islam di wilayah alam melayu tidaklaa berdiri dengan sendiri melainkan memiliki hubungan yang sangat erat dengan Khilafah Islamiyah khususnya Khilafah Uthmaniah yang berpusat di Turki… emm.. begitulaa lebih kurang.. kisahnya.. kalau sejarah ni tak betul.. sesiapa yang tahu.. boleh tolong perbetulkanlaa yek.. aku nak sambung beberapa job yang terbengkalai…
nota kaki: sesiapa yang berminat nak dapat maklumat tentang beberapa lagi sultan johor boleh kesini
Entri Berkaitan:





8 Responses to “Sejarah Kesultanan Islam di Johor”
By Duit Gratisan on Jul 9, 2008 | Reply
Memang menarik membaca sejarah, membuat kita waspada dan bisa mengambil hikmah atas kejadian di masa lalu..
[Reply]
By nuaeman on Jul 9, 2008 | Reply
Welcome gratisan.. selalulah.. kunjung kemari ya..
[Reply]
By samdaddycool on Jul 10, 2008 | Reply
Aku bangga jadi anak jati Johor….
..tapi pada pendapat peribadi aku, orang Muar.. dia nyer bangga dgn Muar lain macamsikit.. tak tau kenapa.. (aku muarian…)…
[Reply]
By mohamad ali on Feb 27, 2009 | Reply
saya nak mencari maklumat tentang bangunan bersejarah di johor dan saya hendak membuat kerja khusus tentang sejarah dimalaysia….
[Reply]
By iera on Apr 3, 2009 | Reply
iera pulak tgh wat folio psl masjid ni..utk PMR plk tu..innformation kt cni s’dikit -s’byk dah m’mbntu iera siapkn folio ni..tq nuaeman..
[Reply]
By nawwi on Apr 13, 2009 | Reply
yrsdtz
[Reply]
By aDieQ on Jun 25, 2009 | Reply
ya betol toe..
[Reply]
By sangilapi on Jun 7, 2010 | Reply
sememangnya aku benar-benar bangga menjadi anak jati johor
sebab tu aku dinamakan jauhari(ejaan johari)…kihkihkih
[Reply]