Sejarah Adam dan Hawa seringkali berulang..


Ditulis pada October 31, 2009 – 2:40 am | Oleh nuaeman
Share

“Bolehlaa abang ye, kita pergi bukan buat apapun.. setakat tengok jee kemudian lepas habis kita baliklaa” pujuk rayu seorang isteri agar sang suami menurut kemahuannya untuk menyaksikan satu upacara nyanyian dan tari yang telah dia sedia tahu ada pergaulan tanpa batas antara lelaki dan wanita di dalam majlis tersebut. Walaubagaimanapun demi memuaskan hati dan juga kehendak seorang isteri maka sang suami terpaksa melupakan sebentar pegangannya. Itulah bukti Rasa Cinta dan Kasih kepada seorang isteri…

Suatu ketika..

Dua insan yang menghuni syurga. Hidup dengan bahagia berkat kasih sayang langsung dari Tuhan. Adam, manusia pertama diciptakan Allah, tinggal bersama Hawa yang terhasil dari tulang rusuknya. Bertuahnya Adam dihadirkan Hawa disisinya tanda Tuhan Maha Bijaksana. Walaupun begitu keindahan hidup yang dinikmati di Syurga juga punya pantang larangnya. Mereka dibenarkan mengecapi segala kenikmatan yang ada cuma satu sahaja yang perlu dijauhi, sebuah pohon yang bernama khuldi.

Adat hidup bila disayangi. Ada sahaja mata yang memerhati bersama rasa hasad dan dengki. Sebagaimana  janji yang telah dibuat dihadapan Allah, Iblis hadir untuk menggoncang rasa taat setia Adam kepada Tuhan. Pelbagai muslihat dilakukan agar buah di pohon larangan menjadi santapan tetapi masih belum mampu merobohkan benteng ketaqwaan yang terbina dijiwa Adam.

Berpunca dari sikap tidak berputus asa sang iblis maka terdetik olehnya untuk menggunakan Hawa. Jiwa lembut Hawa yang merupakan fitrah dari tuhan telah termakan dengan tipudaya sang iblis. Maka Adam segera ditemui bagi menterjemahkan hasrat di hati, pohon Khuldi mesti didekati. Demi rasa kasih dan sayang pada wanita yang dicintai akhirnya Adam tewas sehingga terlerai ikatan janji yang dibuat dengan Maha Pencipta.

Itu sekadar cebisan kisah sejarah Bapa kepada seluruh umat manusia. Tragedi yang hampir sama juga kerapkali berulang sehingga kini. Loophole yang terdapat di jiwa lelaki bilamana dipujuk rayu oleh wanita yang dicintai dipergunakan sepenuhnya oleh Iblis dan Syaitan dalam usaha membawa mereka kearah kesesatan.

Kerana rasa cinta dan kasih Adam terhadap Hawa, mereka berdua terlontar ke Dunia. Tetapi apakah kita mahu rasa Cinta dan Kasih itu juga yang akan mengheret kita ke Neraka? Rasa Cinta dan kasih yang telah menenggelamkan kewarasan dan menghilangkan pertimbangan. Rasa Cinta dan kasih yang telah membutakan mata ramai kaum Adam.

Apakah ini yang dikatakan bahawa Cinta itu Buta?

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Definisi Cinta
  2. Sejarah Kesultanan Islam di Johor
  3. Sejarah Aku dan Handphone
  4. Salam AidilAdha : Menyelami Erti Pengorbanan..
  5. Kemenangan Anwar Ibrahim dan Sejarah Penubuhan Malaysia

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 4 Responses to “Sejarah Adam dan Hawa seringkali berulang..”

  2. By hafizmd on Oct 31, 2009 | Reply

    terima ksih bro utk entri yg sgt bermakne..rasenye ‘cinta itu buta’ bile ianya tidak lg berpaksikan iman dan taqwa kpdnya..

    [Reply]

  3. By Fahdi on Oct 31, 2009 | Reply

    Assalamualaikum

    Ini kali pertama saya singgah di blog ini.
    “Boleh tahan juga!” bisik hati

    Mana tidak nya. Datang sahaja sudah dihidangkan dengan cerita dari cinta agung seorang manusia yang mula-mula di cipta tuhan.

    Memang benar, pujuk rayu perempuan merupakan senjata iblis jika hendakkan sesuatu. Disebabkan itulah, bukan sahaja kita, tetapi kita perlu mengajar pasangan akan bagaimana untuk mendekati tuhan dan sentiasa berpegang kepada suruhan dan meninggalkan larangan.

    Jangan serik untuk menasihati, Kerana jika kta adalah suami, kita akan di pertanggugjawab segala tindakan isteri suatu hari nanti.

    salam persahabatan dari saya.

    assalamualaikum

    [Reply]

  4. By nuaeman on Nov 1, 2009 | Reply

    betul sangat tu..

    [Reply]

  5. By nuaeman on Nov 1, 2009 | Reply

    salam perkenalan dan salam persahabatan dari saya..

    terima kasih kerana berkunjung.. selalu-selalulah beri pendapat disini

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge