Segulung Kain Kapan, Sebiji Kapur Barus


Ditulis pada October 10, 2009 – 9:36 am | Oleh nuaeman
Share

Andai hari ini salah seorang dari ahli keluarga kita meninggal dunia. Tahukah kita untuk menguruskannya?

Jam dah menunjukkan pukul 10 pagi tetapi soal pengkebumian masih lagi belum selesai. Ehtah apa yang menjadi susahnya memberatkan kepala kami memikir. Kebiasaannya 3 hingga 4 lubang lahad dapat digali setiap hari. Apakah terlalu banyak kematian pada hari ini sehingga penggali kubur masih sukar untuk memberi jawapan. Jenazah yang hendak diuruskan telah meninggal dunia pada awal pagi maka adalah elok sekiranya dapat dikebumikan selepas zohor.

“Camna bang? Boleh tak lepas zuhur?” Aku inginkan kepastian secepat mungkin.

“Maaf bang, rasanya tak boleh. lubang baru nak digali dan paling cepat pun lepas asar” Jawapan sama lagi yang keluar.

“Takkanlah takde sedia lubang lahad?”

“Ada, tapi hari ni ada satu lagi kematian”

Hah! Hanya satu lubang lahad.? Mustahil… getus hati aku.

Tidak lama kemudian telefon aku berdering. Emm.. Haji Noor. Haraplah beliau ada jawapan atas permasalahan ni kerana adalah menjadi kebiasaan untuk beliau menguruskan soal kematian di kawasan tempat tinggal kami.

“Assalamualaikum Haji..”

“Waalaikumussalam.. hah! Macammana? dah selesai belum..?”

“Itulaa Haji.. Katanya lubang takde.. baru nak digali.. paling cepat pun lepas Asar” Jelas aku.

“Ish! Mana boleh.. lama sangat tuh.. jenazah dah siap mandi ni.. lepas ni kapan.. berapa lama nak tunggu masuk Asar..” rungut Haji Noor di hujung talian

“ Saya dah bagitau dia.., katanya kalau nak cepat juga kita kena cari tanah perkuburan lain..”

“ Eh! Ada pulak macam tuh. Budak mana yang gali kubur nih? Kamu bagitau je dia Haji Noor nak lepas Zuhur!” Agak tegas kata-kata haji Noor kali ni.

“ Baiklah haji.., saya cuba bagitau.. Assalamualaikum..”

Tanpa banyak soal aku terus sampaikan apa yang disuruh oleh Haji Noor tadi kepada si penggali kubur.

“Oklah bang, saya pergi tengok dulu kat blok 4” enjin motor Honda cupnya dihidupkan dan terus berlalu meninggalkan kami yang masih bersabar menunggu jawapan.

Blok 4? Terkadang menempah kubur ni dah macam mencari rumah sewa atau kuartez untuk diduduki. Hari ni ada penghuni baru di kampung orang beriman ini maka di kawasan mana harus mereka tinggal masih menjadi tanda tanya. Yang pasti selagi ada tanah kosong, ruang untuk disemadikan tetap ada.

Lebih kurang 10 minit menunggu si penggali kubur tadi kembali semula dengan wajah sedikit keletihan. Kami harap ada jawapan yang diharapkan daripada beliau.

“Haji Noor ke yang telefon tadi?” soalnya seolah-olah inginkan kepastian.

“Haah, ye lah kenapa?” balas aku

“Emm.., oklah bang, boleh lepas zuhur”

“Alhamdulillah.., kalau macam tu kami balik dulu.. terima kasih ye.. Assalamualaikum..!”

Syukur akhirnya urusan untuk pengkebumian ini selesai cuma sedikit persoalan timbul di kotak fikiran aku ketika pulang dari tanah perkuburan. Apakah untuk hal-hal pengkebumian jenazah ini juga perlukan ‘kabel’ atau ‘orang dalam’?. Bagaimana kalau Haji Noor ni tiada , mungkinkah jenazah ini perlu disemadikan ke tempat lain? Persoalan itu berlalu sahaja tanpa jawapan…

P/S: Takhziah buat saudara Adly aka Labanon yang kehilangan Ayah beliau pada awal Oktober lalu. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang Beriman.. Amin..

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Senda Jumaat : Kain Kapan si Putar Alam
  2. Benarkah Kita Makhluk Bertuhan?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 5 Responses to “Segulung Kain Kapan, Sebiji Kapur Barus”

  2. By zaryl on Oct 10, 2009 | Reply

    birokrasi. semuanya birokrasi.

    off topic – gaya penulisan yang bagus. leh kluarkan novel nih ;)

    [Reply]

  3. By Kujie on Oct 10, 2009 | Reply

    hal kebumikan jenazah tu hal2 dunia juga tu… lum msk lubang..

    [Reply]

  4. By titan on Oct 10, 2009 | Reply

    yup. memang kene pakai orang dalam gak..aku akui hal itu..

    [Reply]

  5. By samanosuke_04 on Oct 10, 2009 | Reply

    hehehe, aku stuju ngan zaryl, jarang dengar content2 post yang cerita pasal mende camnie.. ader gak masalah camnie rupanya.. hohohohho

    [Reply]

  6. By arnamee on Oct 12, 2009 | Reply

    Salam.

    erm, org dalam lagi cepat, lihat ! hal kematian pun demikian adanya..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge