Salam Ramadhan 1430H

Cukup lama dirindukan dan kini kita bakal menerima kehadirannya kembali.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.. Bulan Keampunan, dan Bulan Barakah.

Andai diizinkan bertemu, ingin sekali menjadikan ianya Ramadhan yang penuh makna dengan amal ibadah yang dikerjakan bukan sekadar berpuasa menahan kehendak perut dan desakan syahwat.

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa
(al–Baqarah 2:183)

Biarlah puasa yang dilaksanakan nanti dapat menambah takwa kita kepada Allah seterusnya menjadi pemangkin untuk kita serikan lagi dengan ibadah-ibadah lain.

Membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja ternyata sesuatu yang amat-amat merugikan. Peluang yang diberikan oleh Allah taala untuk berada di bulan Ramadhan seharusnya dipergunakan sebaiknya. Antara amal ibadah lain yang boleh dilaksanakan ialah :

Membaca al-Quran

Berzikir dan berselawat

Bersedekah

BerTarawih dan kiranya boleh tambahkan lagi dengan Solat-solat sunat lain antaranya Rawatib dan Dhuha.

Qiyamulail.

Adalah lebih baik jika masa-masa yang terluang di bulan yang Mulia ini dimanfaatkan dengan bahan-bahan bacaan yang ilmiah yang mampu meningkat ghairah kita untuk beribadah semahunya dalam usaha meng‘imarah’kan Ramadhan.

Kalaupun puasa kita nanti tak mampu mencapai tahap Khusus al-Khusus yang mana tingkatan puasa yang tertinggi cukuplah kiranya mendapat taraf al-Khusus.

Kepada para pembaca blog ini dan seluruh umat Islam diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 1430H. Mohon maaf kiranya ada berlaku sebarang keterlanjuran ketika menulis yang telah menyakitkan hati sesiapa sebelum ini.

Moga Ramadhan kali ini ditempuhi dengan penuh makna…

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Ramadhan : Tetamu yang kian dipinggirkan Nasib Ramadhan hampir sama setiap tahun. Kedatangannya disambut meriah...
  2. Ramadhan Contest datang lagi!!: Aku dan Ramadhan 2 Kredit gambar :menteil.net Ramadhan bakal datang lagi dan untuk...
  3. Keputusan Ramadhan Contest : Aku dan Ramadhan 2 Setelah di semak dan dibaca berulang kali. Diteliti setiap...
  4. Salam Aidilfitri dari Nuaeman.com Ramadhan telah melabuhkan tirainya dan Syawal mula disingkap. Harapnya segala...
  5. Salam AidilAdha : Menyelami Erti Pengorbanan.. Suatu Ketika.. Adam yang akhirnya bertemu Hawa di bumi...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

7 Comments

  • At 2009.08.21 10:52, megat said:

    salam ramadhan, semoga lebih diberkati dan dirahmati.

    • At 2009.08.21 11:07, KampungBoy said:

      rasa macam baru semalam aja abis berpuasa
      ramadhan datang lagi
      syukur dapat rasa

      • At 2009.08.21 12:14, samdaddycool said:

        Selamat berpuasa…. Moga Ramdhan ni jadi yang terbaik buat kita..

        • At 2009.08.21 13:07, boy_bersahaje said:

          Ramadhan yang sentiasa dinanti. Klau dah berfamily mesti lagi meriah ek bro? (Saba boy dah x lame dah tu :P )

          • At 2009.08.21 19:15, fikri{dot}com said:

            Selamat berpuasa… azam aku tahun ni nak berhenti roko sbenarnye… :P boring lah kalo hari-hari hisap rokok je… :D

            • At 2009.08.22 00:58, MyDailyBlog.Info said:

              selamat ramadhan dan selamat bersahur…

              • At 2009.08.22 14:03, ctyati said:

                selamat berpuasa kembali

                (Required)
                (Required, will not be published)