Rawatan Untuk Hati


Ditulis pada November 19, 2009 – 11:57 pm | Oleh nuaeman
Share

Kadangkala hati kita ini berpenyakit tetapi kita langsung tak menyedarinya. Sakit yang dimaksudkan bukanlah sepertimana sakitnya ketika tahap kelajuan perkhidmatan jalur lebar yang kita gunakan tidak seperti yang dijanjikan ataupun sakitnya hati ketikamana pada hujung-hujung tahun begini syarikat kita bekerja tidak memberikan bonus. Sakit disini adalah berkenaan dengan rohani yang mana membenihkan perbuatan-perbuatan mazmuhah pada diri seseorang .Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa hati kita sekarang ini berpenyakit ialah apabila beberapa sikap ini ada pada kita :

  • Buruk Sangka
  • Sombong
  • Mudah Marah
  • Riya’
  • Hasad Dengki
  • Munafik
  • Mengumpat
  • Bakhil
  • Berat untuk melakukan ibadah
Bila berbicara tentang permasalahan hati, tentu kita takkan lupa sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Ketahuilah daging tersebut ialah hati”
Hadis direkodkan Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir.

Jika H1N1 merebak melalui virus maka hati-hati yang sakit juga disebabkan oleh virus-virus tersendiri. Antara virus yang dikenalpasti menjadi racun kepada hati ialah apabila kita berlebih-lebihan dalam pergaulan dimana kita melampaui batas sewaktu menutur kata sehingga tak berupaya mengawal lidah dari mengumpat, mengeji, memfitnah dan sebagainya.

Gagal mengawal pancaindera dari melihat perkara-perkara yang haram juga merupakan racun yang melumpuhkan hati. Begitu juga dengan kegagalan mengawal kehendak perut sehingga kita selalu berada di dalam keadaan kekenyangan. Cuba koreksi diri kita sekarang. Apakah virus-virus yang disebutkan ini telah menular dalam diri kita?

Jika ada , sebaiknya kita rawat secepat mungkin sebelum menjadi lebih parah. Disini ada sedikit tips dari Ustazah Cakar Harimau, Dato’ Siti Norbahyah Mahmood yang dipetik dari majalah Solusi (#8). Antara yang dianjurkan ialah :

Sentiasa Berbaik Sangka

Antara langkah berbaik sangka seperti hadapi kawan atau musuh dengan wajah yang tenang, gembira, sopan rela hati dan elakkan menyombong dan meninggi diri.

Buang Segala Sikap Hasad Dengki

Hapuskan sikap hasad dengki terhadap insan lain. Hidup tidak akan tenang selagi sikap mazmumah tersebut tertanam di dasar hati. Lihatlah orang yang sentiasa hasad dengki terhadap orang lain, akan menyebabkan orang itu sentiasa mencari jalan melakukan kejahatan kepada orang lain. Mereka suka mengumpat dan menjadi batu api.

Senyumlah!

Senyumlah agar dunia turut tersenyum kepada kamu. Namun, perlu diingat senyum itu memang sedekah tetapi janganlah disalahgunakan untuk memancing maksiat pula. Selain itu senyum juga meransang wajah sentiasa awet muda. Jadi, senyumlah selalu!

Gemar Menghadiri Majlis Ilmu

Orang yang gemar menghadiri majlis ilmu akan dirahmati Allah swt dan hidupnya sentiasa dinaungi para malaikat. Majlis ilmu seperti majlis zikrullah, majlis tilawah al-Quran, ceramah agama, multaqa’ ulama dan sebagainya.

Hiasi Diri Dengan Sikap Ikhlas

Ikhlas dalam mengerjakan ibadah dan kebajikan hanya kerana Allah swt serta mengharapkan keredaan-Nya. Jauhi dari mendambakan pujian atau kemasyhuran manusia. Niat yang benar menentukan keikhlasan kita.

Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA juga ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Oklah, sebelum kita sama-sama merawat hati kita mari dengarkan nasihat diatas dalam bentuk lagu yang disampaikan oleh Opick ini.

Selamat Merawat Hati!

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Hati ini sudah lama untuk kesana..
  2. Hati-hati memilih Penyedia Hosting tempatan
  3. Isi hati seorang pembuat Kepuk Perkuburan dan Batu Nesan

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 374 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 4 Responses to “Rawatan Untuk Hati”

  2. By hafizmd on Nov 21, 2009 | Reply

    terima ksih utk artikel nie..kite mmg selalu terjebak mahupun menjebakkan diri dlm penyakit hati nie..samada sedar @ x..mudah2 mudahan kite dijauhkan dr segela jenis mcm penykit hati nie..ameen..

    [Reply]

  3. By nuaeman on Nov 22, 2009 | Reply

    kene selalu amalkan apa yang disarankan dan tinggalkan perkara-perkara buruk yang diberitahu tu.. saya sendiri lemah dan selalu terlanjur ketika menutur kata ni..

    [Reply]

  4. By Tok Mat on Nov 30, 2009 | Reply

    penyakit hati yg paling susah diubati….

    [Reply]

  5. By shahida on Feb 27, 2010 | Reply

    penyakit hati….
    mcm mane plak nk kawal hati drpd goyah dlm pergaulan antara laki n pompuan yg sememangnye amat sukar dikawal….
    kdang2 hati ini sunyi inginkn seseorang yg berlainan jantina utk berkongsi cerita tp batas2 dlm Islam perlu dititik beratkn dan Allah sbg tmpt mengadu tetapi mampukah hati menepis kehendak nafsu hakiki?…..

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled