Ramadhan : Tetamu yang kian dipinggirkan


Ditulis pada September 18, 2009 – 6:44 am | Oleh nuaeman
Share

Nasib Ramadhan hampir sama setiap tahun. Kedatangannya disambut meriah seolah-olah pesta ibadah telah bermula disetiap pelusuk maka berbondong-bondonglah umat manusia memenuhi Masjid dan Surau sehingga ada sesetengahnya terpaksa menggunakan tikar di luar Surau kerana tidak cukupnya ruang untuk menampung jumlah jemaah yang hadir. Yang menariknya ialah bukan sekadar waktu bersolat terawih sahaja bahkan ketika waktu subuh juga tidak kurang hebatnya. Waktu yang pada satu ketika ramai yang masih gemar menarik selimut tetapi secara tiba-tiba berubah bila kedatangan Ramadhan . Seronoknya tidak terkata melihat bagaimana tetamu kita ini diraikan.

Biasanya segala suasana meriah itu mampu bertahan pada fasa pertama sahaja iaitu 10 hari awalan Ramadhan. Bila masuk sahaja fasa kedua yang mana saat Allah taala ingin memberikan keampunan kepada mereka-mereka yang bertakwa, maka pada ketika inilah beransur-ansur aktiviti ibadah ini akan kelihatan mula berkurangan. Paling mengecewakan apabila melihat keadaan di 10 hari terakhir. Rasanya kalau tidak kerana ibadah puasa ramai manusia akan terus melupakan Ramadhan kerana terlalu sibuk membuat persiapan untuk menyambut tetamu seterusnya iaitu Syawal.

Ramadhan menjadi tetamu yang mula dipinggirkan. Kehadirannya dirasai tetapi permergiannya tidak diiringi. Ramadhan berlalu pergi tanpa sedar kerana ramai yang mula alpa dengan janji yang disemat ketika menerima kedatangannya iaitu “Untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna’. Mana janji itu? Mana semangat yang berkobar-kobar sebelum ini? Apakah semuanya  telah ditelan waktu dek keghairahan untuk menanti ketibaan AidilFitri?

Tanya balik diri kita.. lebih bermaknakah Ramadhan kita kali ini atau masih sama juga sepertimana tahun-tahun yang berlalu. Sekarang kita hanya masih punya dua hari pada Ramadhan kali ini. Ada dua pilihan samada untuk kembali membetulkan azam atau biarkan sahaja ia pergi dan seterusnya menantikan kehadirannya semula yang masih belum pasti adakah kesempatan untuk dipertemukan dengan kita.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Andai Ramadhan Ini Yang Terakhir..
  2. Salam Ramadhan 1430H
  3. Bagaimana dengan diri kita selepas Ramadhan berakhir?
  4. Keputusan Ramadhan Contest : Aku dan Ramadhan 2
  5. Ramadhan Datang Lagi..!

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 3 Responses to “Ramadhan : Tetamu yang kian dipinggirkan”

  2. By megat on Sep 18, 2009 | Reply

    ternyata itulah kenyataan yang berlaku. sukar nak dimengertikan tetapi ia sudah seperti menjadi budaya.

    bukan berlaku pada ramadhan tahun ini sahaja tetapi sedari aku kecil kelihatan seperti itu.

    niat dan azam boleh dipasang tetapi jika tidak disertai dengan keadaan sekeliling yang boleh menyemarakkan suasana, yang lain akan ikut juga.

    sebab itu islam menggalakkan hidup bermusyawwarah.

    [Reply]

  3. By samanosuke_04 on Sep 19, 2009 | Reply

    betul la tue.. huhu, senanye, kalo time para sahabat dulu, yang disambut tue kedatangan Ramadhan, bukan kedatangan hari Raya.. kalo dah habis Ramadhan, diorang siap nangis2 lagi, mintak ampun.. tue pasal Lailatul Qadr duk kat akhir Ramadhan..

    [Reply]

  4. By skystars on Sep 26, 2009 | Reply

    mmm… ramadhan.. penuh keajaiban…. yg merokok mampu b’tahan sepanjang siang… mengapa tidak selepas ramadhan….? wallahu a’lam… mmm…. mudah2an Allah kuatkn hati mereka2 ini utk berhenti secara b’ansur2… amin….

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge