Pasang Plugin Takwa


Ditulis pada April 30, 2010 – 7:14 am | Oleh nuaeman
Share

Plugin difahami sebagai satu aplikasi ataupun program yang menambah fungsi sesuatu program utama. Boleh dianalogikan seperti sebuah komputer yang dulunya hanya menggunakan papan kekunci (keyboard) tetapi kini penggunaannya lebih mudah dengan adanya tetikus (mouse) sebagai alatan sokongan.

Bagi sebuah blog yang menggunakan perisian wordpress terlalu banyak plugin-plugin yang dicipta untuk kemudahan blogger. Antara plugin-plugin yang popular di kalangan blogger ialah:

All in One SEO Pack – Plugin ini membantu mempermudahkan lagi proses mengoptimasi blog di ejen carian.

Akismet – Plugin ini berfungsi sebagai pengawal kepada komen-komen yang tidak diundang ataupun lebih tepat lagi disebut sebagai komen spam. Biasanya plugin ini telah tersedia selepas kita memasang blog wordpress.

Plugin Takwa

Sebagai blogger muslim pula kita memerlukan ‘plugin takwa’. Plugin ini tidak dimuat turun pada panel kawalan blog tetapi kepada pemilik blog itu sendiri. Kesan yang hadir di blog adalah hasil terjemahan dari penulis blog yang telah benar-benar menyerap isi ‘plugin takwa’ tersebut. Plugin inilah yang membuatkan sesebuah blog menjadi terkawal dari anasir-anasir kotor yang tidak diingini kerana pemiliknya telah disimbahi cahaya iman.

Kita sering menyebut tentang takwa dan seringkali juga kita hampir terlupa untuk mendidik diri menjadi insan yang bertakwa. Pengertian hamba yang bertakwa ialah hamba yang melaksanakan segala tanggungjawab agama yang telah diwajibkan keatasnya iaitu meliputi soal mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Kata Ubai bin Kaab sahabat kepada Saidina Umar Al-Khattab:

“takwa itu adalah umpama kamu sedang melalui satu jalan yang penuh duri, maka kamu akan berhati-hati dalam melaluinya agar tidak tertusuk duri dan tercedera”.

Pernahkah kita berfikir sejenak sejauh mana pengertian takwa ini diterjemahkan ketika kita melakukan aktiviti berblogging.

Ciri-ciri blogger bertakwa

Blogger Muslim yang bertakwa akan sentiasa memastikan blog mereka bersih dari unsur-unsur yang tidak sihat dan tentunya akan menghidangkan bahan-bahan yang bermanfaat untuk tatapan pembaca setianya. Antara ciri-ciri lain blogger yang bertakwa ialah:

Kesabaran yang tinggi – Mereka tidak cepat melatah pada sebarang provokasi yang dilakukan terhadap blog mereka. Menjadi lumrah adakalanya akan masuk komen-komen yang memaki hamun dan penuh dengan kata-kata kesat tetapi mereka dapat mengharungi semua itu dengan tenang dan berhikmah.

Pemaaf – Tiada yang disimpan di dalam hati. Mereka menangani perkara-perkara negatif tanpa perlu menyerang balas malah memaafkan mereka-mereka yang cuba membuat provokasi di blog. Mana-mana komen yang dirasakan tidak sesuai akan dibuang untuk tidak mengundang ketegangan di kalangan pembaca pula.

Mudah menafkahkan harta – Mereka tidak kedekut untuk mengeluarkan sedikit harta bagi menyumbang kepada sebarang kempen bagi membantu umat islam lainnya. Tidak cukup dengan itu mereka menyebar luaskan lagi kempen-kempen tersebut demi kemaslahatan ummah.

Tiada hasutan atau cercaan dalam entrinya – Segala bentuk reaksi terhadap isu-isu semasa ataupun apa jua perkara yang berlaku disekilingnya disampaikan dengan cara berhikmah tanpa perlu mencerca serta bersih dari unsur-unsur hasutan. Emosi pembaca menjadi terkawal hasil dari kebijaksanaan mereka melontarkan pandangan.

Orang yang bertakwa diangkat sebagai orang yang paling mulia dikalangan umat manusia. Keperibadiannya benar-benar utuh dan sekaligus menjadikan manusia-manusia yang berada disekelilingnya berasa selesa mendampinginya. Jika dia merupakan seorang blogger maka blognya akan berjaya mendamaikan hati pembaca.

Firman Allah didalam surah al-Hujurat ayat ke 13:

“ Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal “

Ganjaran Insan yang bertakwa


Terlalu banyak ganjaran Allah SWT kepada insan-insan yang berusaha menjauhkan diri dari siksaan-Nya dengan cara menghindarkan diri dari segala yang dilarang oleh-Nya dan pada masa yang sama melaksanakan segala yang diperintahkan-Nya. Mereka yang melakukan setiap perkara atas dasar takwa ini akan dikurniakan beberapa kelebihan seperti:

1) Allah SWT memberi jalan keluar pada setiap kesulitan yang dihadapi olehnya
2) Segala urusannya dipermudahkan Allah SWT
3) Turun limpahan berkah dari langit dan bumi kepadanya.
4) Allah SWT anugerahkannya petunjuk untuk dapat membezakan antara yang hak dan batil
5) Kesalahannya diampunkan dan dihapuskan segala dosa yang pernah dilakukannya

Tiada kerugian yang bakal ditanggungi jika kita bertakwa kepada Allah malah ganjaran berganda yang dijanjikan oleh-Nya. Untuk terus mencapai rasa takwa dalam diri sentiasalah mengenang kehebatan syurga Allah dan takutlah akan seksaan serta kesengsaraan terjerumus ke lembah neraka.

Terdapat satu riwayat dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Ummu Fatimah telah berjaya membuatkan seekor singa tunduk kepada beliau atas sebab kemuliaan yang telah dikurniakan Allah SWT hasil dari ketakwaannya.

Ianya berlaku ketika sekumpulan jemaah haji membuat rombongan ke Mekah. Dalam perjalanan tersebut mereka telah tersentak apabila seekor singa telah muncul secara tiba-tiba. Tidak ada sesiapapun yang berani menghalau singa yang menghadang jalan mereka itu sehinggalah muncul satu suara yang telah memberitahu mereka bahawa ada seorang perempuan di dalam jemaah tersebut yang mampu memerintahkan singa itu pergi. Dialah Ummu Fatimah.

Benarlah sebagaimana janji Allah di dalam surah al-Hujurat ayat 3

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang bertakwa

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Salam Ramadhan 1430H

Tags: , , , , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 16 Responses to “Pasang Plugin Takwa”

  2. By Bb Hussain on Apr 30, 2010 | Reply

    indahnya ganjaran bagi yang bertakwa.

    [Reply]

  3. By Nadri on Apr 30, 2010 | Reply

    sekiranya semua blogger bertakwa, tiadalah lagi artikel2 yang berunsur hasutan, hinaan, kutukkan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang..

    [Reply]

  4. By sangilapi on Apr 30, 2010 | Reply

    semua dah ada plugin ni cuma perlu activate je :)

    [Reply]

  5. By mijie on Apr 30, 2010 | Reply

    plugin yang perlu ada bagi blogger muslim…

    [Reply]

  6. By faisalhanim on Apr 30, 2010 | Reply

    kene install nie…

    [Reply]

  7. By nuaeman on Apr 30, 2010 | Reply

    sebelum install kene download dulu.. :)

    [Reply]

  8. By nuaeman on Apr 30, 2010 | Reply

    Lebih indah jika kita mampu mencapainya..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Apr 30, 2010 | Reply

    haha.. kenyataan yang tepat tu bang..

    [Reply]

  10. By nuaeman on Apr 30, 2010 | Reply

    mereka perlu activate iman untuk mencapai nilai takwa tu bro..

    [Reply]

  11. By imran on May 1, 2010 | Reply

    Entri yang bermakna. Plugin takwa yang perlu sentiasa diupgrade :D

    [Reply]

  12. By nuaeman on May 1, 2010 | Reply

    semestinya tu mijie.. :)

    [Reply]

  13. By Raja Kamil on May 1, 2010 | Reply

    Salam. Boleh tak ajarkan tutorial ‘bagaimana nak mendownload’ plugin tersebut di blog ni ?

    [Reply]

  14. By nuaeman on May 2, 2010 | Reply

    Link untuk download saya dah bagi di atas tu.. emm nanti saya cubalah buatkan tutorialnya.. :)

    [Reply]

  15. By nuaeman on May 2, 2010 | Reply

    ya, lepas activate kene sentiasa diupgrade.. kalau tidak bugs menyerang.. :)

    [Reply]

  16. By kay on May 3, 2010 | Reply

    Taqwa pown ad plugin… hmmm.. sapa developer plugin ni?

    [Reply]

  17. By nuaeman on May 8, 2010 | Reply

    agak-agak siapa?

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge