Panjang Usia dengan Blog


Ditulis pada April 20, 2010 – 2:06 pm | Oleh nuaeman
Share

Biasanya apabila seseorang itu menyambut ulangtahun kelahiran, ramai di kalangan rakan-rakan akan mendoakan semoga usia mereka panjang walaupun pada hakikatnya semakin meningkat usia seseorang maka semakin dekat langkah mereka menuju kematian.

Kita biasa mendengar nama-nama ilmuwan Islam seperti Imam Al-Ghazali, Imam Ahmad bin Hanbal, Ibnu Sina, Al- Farabi dan ramai lagi. Semua tokoh-tokoh yang disebutkan itu telahpun lama meninggal dunia tetapi nama mereka masih menjadi bualan sehingga ke hari ini oleh sebab ilmu yang ditinggalkan telah menjadi panduan dan rujukan umat sejagat. Mari kita lihat beberapa contoh dengan lebih jelas:

Ibnu Sina
Nama sebenarnya ialah Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Berbangsa Parsi dan dikenali sebagai Avicenna di wilayah barat. Ilmu kedoktoran yang dikongsikan oleh Ibnu Sina melalui naskah karangan beliau al-Qanun Fit-Tibb (Peraturan Perubatan) telah diiktiraf oleh Barat sehinggakan beliau diberi gelaran sebagai “Medicorum Principal” atau “Raja Diraja Doktor”oleh kaum Latin Skolastik. Selain dari itu beliau juga telah membuat sumbangan pada ilmu kosmologi,Geologi, dan Kimia. Beliau meninggal dunia pada tahun 428 H bersamaan dengan 1037 M pada ketika usianya menjengah 58 tahun.


Imam Ghazali
Imam Ghazali berasal dari Thusia, suatu kota di Khurasan , Persia. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad, Imam Besar Abu Hamid Al-Ghazali Hujjatul-Islam. Imam Ghazali memang dikenali di dalam dunia islam sebagai seorang tokoh falsafah dan tasawuf dimana banyak kitab-kitab yang berkaitan dengan ilmu terbabit telah dikarang olehnya. Beliau mula menulis sejak dari usia 20 tahun lagi dan hampir 400 buah kitab telah berjaya dihasilkan oleh Imam Ghazali sepanjang tempoh kehidupan beliau. Imam Ghazali meninggal dunia di tanah kelahirannya, Thusia pada pada 14 Jamadil akhir tahun 505 Hijrah bersamaan dengan 9 Desember 1111 Masehi. Salah satu kitab yang begitu popular sehingga kini ialah kitab Ihya’ Ulumuddin.

Imam Syafie
Imam Syafie digelar sebagai seorang pembela hadis. Beliau berasal dari bumi Ghazzah di kota Asqalan. Nama penuh Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Utsman bin Syafie bin Ubaid bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Al-Muttalib bin Abdi Manaf. Beliau telah menuntut dengan ramai ilmuan antaranya dari Mekah, Madinah, Mesir dan Yaman. Imam Syafie telah menghasilkan banyak penulisan yang menyentuh usul Fiqah. Dua kitab beliau yang begitu dikenali ialah Kitab Al-Umm dan Kitab Al-Risalah Al-Jadidah. Pada akhir bulan Rejab tahun 204 H Imam Syafie telah kembali ke rahmatullah dan dimakamkan di Mesir.

Dari contoh kisah tiga tokoh itu telah terbukti bahawa seseorang yang mencintai Ilmu dan kemudiannya memberi manfaat kepada orang ramai namanya harum sampai bila-bila seolah-olah mereka masih lagi hidup bersama kita. Itulah yang dimaksudkan dengan panjangnya usia seseorang yang mana walaupun jasad mereka telah tiada tetapi roh dari ilmu yang dikongsikan masih tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan . Benarlah sebagaimana kata pepatah ‘harimau mati meninggalkan belang. manusia mati meninggalkan nama.”

Mungkin kita tidak sehebat tokoh-tokoh Islam yang disebutkan sebelum ini tetapi sebagai blogger kita punya ruang untuk berkongsikan ilmu yang ada dengan manusia lain dan prospek yang bakal menerima apa yang kita sampaikan adalah dari seluruh dunia. Blog kita bakal diingati dan menjadi tempat rujukan sampai bila-bila jika ilmu-ilmu bermanfaat yang telah kita nukilkan menjadi pedoman kepada ramai orang walaupun pada waktu itu kita telah tiada lagi di muka bumi Allah ini. Sekarang ini pun telah wujud beberapa blog yang bersifat begitu dimana menjadi medan rujukan kepada orang ramai. Di bawah ini dikemukakan dua contoh:

Zaharudin.Net – Blog ini milik Ustaz Zaharudin Abdul Rahman. Banyak persoalan agama terutamanya masalah perbankan islam, pelaburan dan juga isu-isu semasa dibahaskan disini. Ini adalah blog yang seharusnya kita tidak lupa untuk melawat setiap hari.

Blog.smartusaha.com – Bagi sesiapa yang ingin mendalami ilmu tentang perniagaan internet maka blog ini harus menjadi tempat yang mesti dikunjungi. Ini adalah blog milik saudara Zulfadli yang merupakan salah seorang usahawan internet yang disegani di negara ini. Dalam pada beliau berkongsikan tips-tips tentang pemasaran internet ada juga beliau selitkan dengan nasihat-nasihat yang berhikmah.

Apa yang dikongsikan di blog akan kekal sampai bila-bila di ruang maya tetapi satu perkara yang ingin diingatkan bahawa jika blog anda menggunakan platform percuma seperti blogspot dan sebagainya, mungkin sahaja kandungannya boleh kekal untuk beberapa waktu jika anda tidak melakukan kemaskini dalam tempoh yang agak lama tetapi bagi blog yang menggunakan platform berbayar, ianya bakal lenyap setelah tidak ada sesiapa yang mewarisi dan bertanggungjawab untuk terus membayarkan kos sewaan domain dan juga hostingnya. Adalah lebih baik juga jika anda dapat melantik sesiapa untuk mewarisi blog tersebut sebagai langkah keselamatan sekiranya apa-apa berlaku keatas diri anda dikemudian hari. Sudahkah blog anda diwasiatkan?

Seorang ilmuwan Dr Muhammad Mahmud Abdullah ada memberikan beberapa tips rahsia panjang usia antaranya ialah:

1) Beriman kepada Allah
2) Gemar dan selalu berbuat baik kepada manusia lain
3) Menjaga silaturahim
4) Sentiasa berzikir dan bertasbih mengingati Allah.

Allah berfirman di dalam surah Al Qasas ayat ke 77

“Berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan,”

Bijak pandai ada mengatakan seseorang mampu berumur panjang meskipun usianya pendek jika selama hidupnya gemar berbuat baik. Sebaliknya, seseorang itu dilihat berumur pendek walaupun hidupnya lama kerana sedikitnya amal kebaikan yang dilakukan selama hidupnya.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. 348 usd @ RM 1252.80 untuk Februari. Masih lagi dengan blog PR 0
  2. Kaitan Ilmu dengan Ukhuwah Islamiah – Ustaz Mat Esa Deraman
  3. Blog ini mencapai tahap bengong dengan Celcom broadband
  4. Melayari Internet dengan Keberkesanan Allah
  5. Maksiat Viral daripada Blog

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 21 Responses to “Panjang Usia dengan Blog”

  2. By Nadri on Apr 20, 2010 | Reply

    aku belum pernah terfikir utk mewasiatkan blogku..tak tahu berapa lama blh bertahan dlm dunia blogging..

    buat masa skrg anak2 masih kecil & wife belum terbuka hatinya utk menjadi blogger..

    p/s: perenggan akhir entri ini mengingatkan kita akan maksud lagu “Sepohon Kayu” yg popular zaman kita kecik2 dulu..”w/pun hidup 1000 tahun klu tak smbhyg apa gunanya”..

    [Reply]

  3. By muhammad fakhruddin on Apr 20, 2010 | Reply

    menambah sedikit,seorang lagi tokoh Imam An-Nawawi.Walaupun meninggal dunia sekitar hujung usia 40-an atau awal 50-an,keilmuan beliau yang terkandung dalam beberapa kitab seperti Hadith Arbain,Al-Azkar,Riyadus Salihin dan lain-lain menjadi sebutan hingga kini.

    Moga yang tercatat di blog kita ini diredai Allah

    [Reply]

  4. By nuaeman on Apr 20, 2010 | Reply

    Kalau tidak wasiatkan kepada ahli keluarga mungkin boleh beri tanggungjawab kepada rakan yang dipercayai bro..

    [Reply]

  5. By nuaeman on Apr 20, 2010 | Reply

    Terima Kasih atas pertambahan itu saudara Fakhruddin.. moga usaha kita diredhai Allah hendaknya..

    Amin..

    [Reply]

  6. By samanosuke_04 on Apr 20, 2010 | Reply

    betoll sesangat.. pendekk laaa usia manusia. aku rasa banyak lagi bende nak buat.. so, kena amalkan laa bende yang dilistkan kat sini… heheh, aku suka penjelasan pasal tokoh Islam tue.. diorang hidup brape tahun jerr.. tapi sampai skang orang kenal lagi.. heehee

    [Reply]

  7. By samdaddycool on Apr 21, 2010 | Reply

    Aku sebenarnya ingin menegur sesetengah blogger yang berlebih-lebihan dalam menulis gossip dan perkara dalam kain orang.. Fikirkan tentang dosa yang ditimba, kalau tiada pahala yang nak dikendong. Berbanding penulis / blogger yang berkongsi ilmu dan ingat mengingati.

    Jadi, hentikan fitnah kalau tidak membawa sebarang manfaat kepada orang lain.

    [Reply]

  8. By imran on Apr 21, 2010 | Reply

    Oleh itu berfikirlah dahul sebelum menulis enteri di blog. pastikan menulis perkara bermanfaat.

    p/s : Lepas ni kena buat wasiat untuk semua perkara online.

    [Reply]

  9. By Lord Zara on Apr 21, 2010 | Reply

    Mewasiatkan blog?
    Tak pernah terfikir mahu buat~

    [Reply]

  10. By Syafrizal on Apr 21, 2010 | Reply

    Imam Ghazali dan Imam Shafie adalah para ulama muktabar yang banyak memberi jasa terhadap agama Allah tetapi zaman sekarang ulama-ulama inilah yang dicemuh dan dipertikaikan. Astaghfirullah.

    [Reply]

  11. By hafizmd on Apr 21, 2010 | Reply

    Satu perkongsian yg memang sgt berharga..perlu kita same2 berfikir hala tuju dan niat berblog..moge ade manfaat dari penulisan blog kite..insyaAllah..

    terima kasih abg mad :D

    [Reply]

  12. By Azizi Zulkefli on Apr 21, 2010 | Reply

    Tak pernah terfikir pulak nak wasiatkan blog. Info yg baik, memupuk kesedaran.

    [Reply]

  13. By nuaeman on Apr 21, 2010 | Reply

    Yang penting apa yang kita laksanakan itu adalah perkara baik dan membantu sesama muslim..

    [Reply]

  14. By nuaeman on Apr 21, 2010 | Reply

    Ya, betul tu sam.. aku ada satu lagi artikel yang aku tulis berkenaan dengan maksiat dan dosa viral dari aktiviti2 macam tu..

    [Reply]

  15. By nuaeman on Apr 21, 2010 | Reply

    Bermanfaat untuk diri sendiri dan juga orang yang membacanya..

    dua keuntungan wasiat..
    1) komisyen pahala jariah dr ilmu yang ditinggalkan..
    2) komisyen wang tunai dr program buat duit halal kepada orang yang ditinggalkan..

    betul tak kenyataan saya ni ustaz imran? kalau salah betulkan ye

    [Reply]

  16. By nuaeman on Apr 21, 2010 | Reply

    Agak-agak nak wasiatkan tak blog akak yang cantik tu.. :)

    [Reply]

  17. By nuaeman on Apr 21, 2010 | Reply

    Bila manusia dah menyangka mereka terlalu hebat begitulah jadinya syafrizal.. ulama-ulama lama dicemuh.. astagfirullah..

    [Reply]

  18. By nuaeman on Apr 21, 2010 | Reply

    moga usaha kita diredhai olehNya..

    [Reply]

  19. By nuaeman on Apr 21, 2010 | Reply

    Terima kasih Tuan Azizi kerana sudi berkunjung kesini..

    p/s: entri yang mengingatkan tuan punya blog juga..terkadang saya sendiri alpa..

    [Reply]

  20. By Syafrizal on Apr 21, 2010 | Reply

    Adakah mereka2 ini pernah cermin muka dulu kalau nak banding kan kedua2 ulama muktabar tu? Setakat hafal hadis 2 3 kerat tak payah la. Kedua-dua ulama di atas hafal beratus2 ribu termasuk yg palsu sekali sebab org tak boleh nak kelentong diorg. Tapi hari ni boleh pertikai plak kedua2 Imam ni. Patut kita jadikan mereka ini sebagai idola tapi idola skrg penyanyi dan pelakon.

    [Reply]

  21. By fiezaradzi on Apr 22, 2010 | Reply

    tul juge ye.. ajal maut tak siapa tahu.. bersama-samalah berusaha utk memberi ilmu yg terbaik buat semua..

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Apr 21, 2010: Tweets that mention Panjang Usia dengan Blog | Blog Nuaeman -- Topsy.com

Post a Comment

CommentLuv badge