Nisfu Syaaban – Yang OK dan KO


Ditulis pada July 26, 2010 – 1:08 pm | Oleh nuaeman
Share

” Eh, malam ni pergi Surau nak? “

” Ada makan-makan ke? “

” Haah, aku tengok mak aku sibuk buat kuih nak hantar  Surau. Mak aku kata malam ni memang ramai orang hantar kuih ke Surau..”

” Ada apa eak…??”

” Emm.. tak silap aku mak aku cakap malam ni malam nispu Syabaan..”

” Ohh ye ke….., tak kisahlah.. yang penting ada makan-makan.. heh! “

Pergi Surau atau Masjid pada Malam Nisfu Syaaban atas sebab ada makan-makan..??

Nostalgia zaman kanak-kanak bersama teman-teman sekampung…

Tiada keikhlasan semasa datang ke Surau. Yang kami tahu ketika itu, kalau ada makan-makan di Surau sudah tentu muka-muka kami ini mesti ada.  Apatah lagi kalau malam Nisfu Syaaban, semestinya pada malam istimewa ini Surau akan dipenuhi dengan kuih muih yang dihantar oleh penduduk-penduduk kampung. Lepas solat isyak sahaja sudah kedengaran bunyi pinggan mangkuk berlaga di sudut belakang Surau kerana para ibu-ibu sudah sibuk menyediakan kuih-muih yang bakal dijamu usai wirid dan doa dari imam. Keistimewaan malam nisfu Syaaban langsung tidak menjadi topik kami pada waktu itu. Emmm… pergi ke Surau tu sudah OK.. tetapi niatnya pulak yang KO…

Perihal Nisfu Syaaban ini sudah banyak diperbincangkan di blog-blog lain tetapi tidak menjadi satu kesalahan untuk diulang-ulang akan hal ini kerana bab-bab agama memang patut pun diulang-ulang untuk memperingatkan sesama kita. Contohnya tentang Nisfu Syaaban ini, aku yakin masih ramai yang tidak tahu malam nanti adalah malam Nisfu Syaaban. Itu belum dikira lagi yang langsung tidak tahu apa itu Nisfu Syaaban yang merupakan pertengahan pada bulan Syaaban dan dikhabarkan pada malam ini kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah bersandarkan pada hadis dibawah ini.

Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Bila ingin menyentuh tentang OK dan KO tentang Nisfu Syaaban ini tidaklah diri ini bermaksud memanjangkan lagi pertelingkahan berkenaan soal bidaah ataupun tidak amalan di malam istimewa ini tetapi sekadar berkongsi pandangan serta yang paling utama memperingatkan diri sendiri. Jadi cuba kita renung balik amalan-amalan di malam Nisfu Syaaban ini samada yang kita lakukan sebelum ini OK atau KO.

Penyediaan Kuih Muih

Yang OK

Memang langsung tidak ada kenyataan bahawa kita perlu hantar kuih muih ke Surau atau masjid pada malam Nisfu Syaaban tetapi bagi diri aku yang serba kekurangan ini, aku memahani amalan ini sebagai sedekah dari qariah untuk menjamu jemaah-jemaah di masjid dan ianya harus diniatkan secara ikhlas.

Yang KO

Menjadikan amalan ini satu kemestian sehingga memandang rendah rakan-rakan yang tidak menghantar apa-apa juadah sebagai orang yang kedekut. Ada pula yang merasakan perbuatan ini sebagai satu keterpaksaan maka dimana nilai ikhlasnya. Paling teruk pula yang berniat ke masjid atas sebab mahu pungut dan bawa balik juadah kerumah. Makan Free lah kiranya. Macam cerita aku di atas tu.. aduhai….

Bacaan Yassin

Yang OK

Amalan ini yang diperdebatkan oleh sebahagian ulama berhubung isu bidaah. Kita tinggalkan isu itu sementara kerana apa yang aku mahu maksudkan sebagai OK ialah amalan membaca al-Quran kerana Yassin itu sendiri sebahagian daripada al-Quran. Di tengah-tengah kegawatan masalah sosial yang sangat meruncing tika ini, fikirlah sendiri mana yang lebih baik daripada membiarkan umat berpeleseran membuang masa ataupun kita berkumpul melaksanakan amal ibadah bersama-sama.  Mana satu amalan yang lebih OK?

Yang KO

Bacaan Yassin sebanyak 3 kali menjadi satu kemestian pada sesetangah orang dan bukannya pilihan jadi sudah disifatkan sebagai satu kesalahan pula jika tidak lakukan sebanyak 3 kali bersama doa-doa yang dianjurkan. Mungkin dari sikap sebegitu  wujudnya dakwaan perbuatan itu bidaah kerana sudah dianggap sebagai satu ibadah wajib.  Oleh kerana untuk menggenapkan bacaan Yassin sebanyak 3 kali, ada pula yang berlumba-lumba siapa yang habis dulu sehingga entah kemana segala tajwid. Ini bukan Formula One!

Ibadah solat Sunat dan Qiamulail

Yang OK

Memperbanyakkan amalan tiada salahnya. Lakukan sahajalah selagi termampu dan niatkanlah rasa ikhlas kerana Allah.

Yang KO

Ini memang seringkali menjadi masalah kita yang mana kerap sahaja melaksanakan perkara ibadah ini bermusim seperti pada malam-malam tertentu sahaja, pada bulan Ramadhan sahaja ataupun semasa di tanah suci sahaja selepas itu diri ini terasa seperti sudah suci sangat sehingga tidak mahu lagi mengamalkannya sehinggalah bertemu semula pada malam-malam sebegini untuk refresh.

Rasanya daripada yang disini mendakwa yang disana wahabi kerana berpendirian amalan Nisfu Syaaban sebagai Bidaah dan yang disana pula mendakwa yang disini sebagai sesat kerana meneruskan amalan-amalan ini jadi sudahnya bagaimana? Lebih baik Isu kesalahfahaman ini menjadi pilihan akhbar untuk diletakkan dimuka hadapan sebagai penerangan kepada umat bukannya isu video lucah artis seberang yang sehingga kini tidak habis-habis dijadikan tatapan. Umat islam kini yang semakin kurang sensitivitinya pada Islam akan lebih terkeliru dan pastinya akan memilih pandangan yang amalan itu sebagai Bidaah kerana lebih menguntungkan. Untungnya dimana?? Kata mereka..

“Ya, daripada saya dikatakan sesat kerana bidaah lebih baik saya tidak perlu lakukan amal ibadat seperti ini. Cukuplah hanya dengan bersolat jumaat dua minggu sekali..”

Aduh!

* Andai ada kekhilafan dari penulisan saya ini maka saya mohon teguran daripada mereka yang ahli..

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

No related posts.

Tags: , , , , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 376 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 11 Responses to “Nisfu Syaaban – Yang OK dan KO”

  2. By samdaddycool on Jul 26, 2010 | Reply

    Mana yang baik, kita teruskan.Mana yang meragukan dan tak sesuai, tinggalkan. Nisfu Syaaban -sunat berpusasa..
    samdaddycool recently posted..Puasa dah dekat- sendiri mau ingatMy ComLuv Profile

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Dan satu lagi Sam.. kena selidik setiap maklumat yang diterima.. tidak kira yang baik ataupun sebaliknya..

    [Reply]

  3. By Shukor on Jul 26, 2010 | Reply

    Ingat lagi kata2 Imam dari Masjid Al-Azim Pandan Indah masa ceramah Isra’ Mikraj kat surau sini: Tingkatkanlah amalan kita setiap hari agar graf amalan kita akan terus mencanak, tidak seperti yoyo…

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Sepatutnya begitulaa.. dan didoakan moga iman kita semua tidak seperti yo-yo..

    [Reply]

  4. By boy_bersahaje on Jul 27, 2010 | Reply

    bro, lama x bertandang blog ni. dah berubah wajah sekarng. pengisian pun dah bertukar corak…sejuk kawan bace blog ni =). banyak mengingatkan kawan perkara2 yg terlupa. thansk bro sudi berkongsi =)

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Terima kasih kerana sudi singgah Boy, baru juga bertukar corak ni.., tiada apa yang berbeza sangat pun cuma memilih sesuatu yang lebih membuatkan kita selesa..

    [Reply]

  5. By imran on Jul 27, 2010 | Reply

    Kira ok la pergi masjid dan sambut nisfu syaaban daripada tak buat apa-apa langsung. Banyak hadis-hadis Nabi S.A.W mengenai kelebihannya.

    Cuma tiada amalan khusus sahaja, dan jangan jadikan amalan seperti membaca yaasin 3x pada nisfu syaaban seperti amalan WAJIB.

    Sama juga kaedahnya pada hari Khamis malam Jumaat. :D

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Mungkin boleh difikirkan untuk berikan keterangan lebih lanjut berkenaan isu ini di blog Imran.. yang mana pada saya lebih layak untuk membicarakannya.

    [Reply]

  6. By cyza on Jul 28, 2010 | Reply

    Alhamdulillah…Syukur aku dan anak aku bersama-sama membaca yasin 3 x di surau depan rumah… :)

    Bukan niat nak riak, action atau menunjuk…tapi untuk bersama-sama mengajak berbuat amal ibadat bersama anak…
    cyza recently posted..The Best Outsourcing Secrets Specially Crafted for NewbiesMy ComLuv Profile

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Alhamdulillah… moga anak2 aku pun macam tu..

    [Reply]

  7. By Shasha Mohamed on Aug 3, 2010 | Reply

    Terima kasih Nuaman. Ingat-mengingat ni memang digalakkan sesama kita. Teruskan usaha murni ini.

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled