Nilai Sedekah Kita
Ditulis pada May 28, 2010 – 6:43 am | Oleh nuaeman Share
kredit gambar : ervakurniawan.wordpress.com
Hari ini hari Jumaat. Sepertimana biasa bagi lelaki muslim kita akan menunaikan tanggungjawab sebagai Umat Islam untuk bersolat Jumaat di Masjid. Sampai di masjid biasanya ada beberapa tong yang sederhana besarnya yang tertulis ‘tabung derma masjid’ terletak di muka pintu ataupun di dalam masjid. Kita menyeluk kocek kita untuk menderma. Yang terkeluar dari kocek kita adalah nilai RM 10 dan RM 5. Kita membelek pula dompet mencari jumlah wang yang sepatutnya didermakan. Dicelah-celah wang yang terisi di dalam dompet kita, ada satu not RM 1 yang buruk fizikalnya dan telah terkoyak bahagian hujungnya. Kebetulan duit itu tidak diterima sewaktu kita ingin berbelanja sebelum itu tetapi duit itulah yang kita ambil untuk didermakan. Selepas menderma tanpa rasa malu dengan tuhan kita masuk ke rumah Nya untuk bersolat dengan harapan ibadah kita diterima.
Kita selalu menganggap sedekah sebagai membelanjakan rezeki pada jalan Allah. Agaknya berapa besar rasa keagungan kita pada Allah jika dalam mengeluarkan sedekah pun kita bukan sahaja berkira dalam soal nilai malah kualiti wang yang ingin disedekahkan?.
Tanpa Sedar kita telah letakkan taraf peniaga-peniaga itu lebih tinggi daripada Allah swt. Mana tidaknya, kita risau dan takut wang kita tidak mungkin diterima oleh peniaga-peniaga itu tetapi kita mengharapkan Tuhan menerimanya. Yang dipersoalkan sekarang bukan nilai berbentuk kuantiti yang disedekahkan kerana kita memahami itu terpulang pada tahap keihklasan seseorang tetapi nilaian dari segi kualiti.
Ini yang dimaksudkan oleh Muhammad Muhyidin di dalam buku beliau ‘Ajaibnya bersedekah‘ sebagai seni bersedekah yang keliru. Bersedekah dengan memberi sesuatu yang kita rasakan sudah tidak bernilai dan kita sendiri tidak mahukannya bermakna kita tidak memberikan sesuatu yang baik. Seolah-olah kita mengambil sisa untuk disedekahkan.
Di dalam kes di atas, kita bukan sahaja memberikan sesuatu yang sudah hampir tiada nilai untuk disedekahkan malah situasi tersebut boleh disifatkan kita telah bersedekah kerana terpaksa. Sesuatu yang dilakukan secara terpaksa, mana datang ikhlasnya? maka layakkah pemberian kita itu di kategorikan sebagai sedekah? Jika tidak layak dipanggil sedekah, patutkah kita memperoleh pahala daripada Allah?
Fikir-fikirkan…
Entri Berkaitan:
- Jadikan sedekah kita bernilai ibadah
- Apakah kita bersyukur diciptakan sebagai Manusia?
- Nilai sebuah Kereta atau Anak..
- Benarkah Kita mengasihi Allah?
- Bagaimana dengan diri kita selepas Ramadhan berakhir?
Tags: Ajaibnya sedekah, hikmah bersedekah, nilai sedekah, seni bersedekah







16 Responses to “Nilai Sedekah Kita”
By hBz on May 28, 2010 | Reply
kalau dah kahwin. mesti bini aku tengok ironkan baju melayu aku..
[Reply]
By sangilapi on May 29, 2010 | Reply
sedekah itu memberikan sesuatu yang paling kita sayang-sekadar pendapat
[Reply]
rumah sedekah sahabat Reply:
March 2nd, 2011 at 10:30 pm
Mari inveskan sebahagian rezeki di jalan Alloh. Bantu dan wujudkan cita anak bangsa.
rumah sedekah sahabat recently posted..Donasi
[Reply]
By imran on May 30, 2010 | Reply
Sebab itu semasa saya membuat formula mudah untuk bersedekah. Keluarkan 2.5% dari hasil gaji untuk bersedekah. Kadarnya adalah sama dengan kadar zakat.
Mudah-mudahan harta kita bersih dan rezeki bertambah.
[Reply]
By neody on May 31, 2010 | Reply
jadi inget waktu sahabat ada sedekah dengan kurma dan Rasulullah SAW, meletakkan sedekah sahabat itu di tempat tertinggi.
(kalo tidak salah ya
salam kenal
http://neody.blogspot.com
[Reply]
By Shukor on May 31, 2010 | Reply
Betul tu. Sewajarnya sedekah biarlah sedekah kita itu berkualiti agar kita mendapat pahala yang “berkualiti”…
Entri yang bagus bro nuaeman. Terima kasih. Saya suka
[Reply]
By nuaeman on May 31, 2010 | Reply
Itu yang sebenarnya..
[Reply]
By nuaeman on May 31, 2010 | Reply
bagus idea tu imran.. jadi kita tak bebankan diri lagi dgn persoalan berapa yang perlu diberi?
[Reply]
By nuaeman on May 31, 2010 | Reply
Entri di blog saudara juga bermanfaat dalam mengutarakan tentang sedekah.. salam kenal
[Reply]
By nuaeman on May 31, 2010 | Reply
sedekah yang kita sayang.. bukan yang kita tidak mahukan lagi.. itulah konsep sedekah para sahabat
[Reply]
By en_me on May 31, 2010 | Reply
insaff kaans..
[Reply]
By samanosuke_04 on Jun 1, 2010 | Reply
hehe, aku pun turut suka gak idea ko Imran.. haha! nak buat gitu gak rr ngan duit biasiswa aku.. hoho!
[Reply]
By hafizmd on Jun 2, 2010 | Reply
bersedekahlah selagi termampu..mudah-mudahan rezki kita sentiasa diberkati oleh NYA..
thanks utk entri ni..cukup bagus
[Reply]
By mijie on Jun 2, 2010 | Reply
kalau sy, sebelum pergi sembahyang jumaat dah berniat nak sedekahkan berapa-berapa then ambil je duit tersebut asingkan..
sampai di masjid…terus masukkan dalam peti duit…
[Reply]
By jawatan kosong on Jun 2, 2010 | Reply
yang paling penting adalah sedekah secara ikhlas, tak peduli berapa jumlahnya.
[Reply]
By nuaeman on Jun 3, 2010 | Reply
bila nak bernikah..
[Reply]