Masa terbaik untuk berhijrah


Ditulis pada December 28, 2008 – 11:37 pm | Oleh nuaeman
Share

Dalam keghairahan menunggu ketibaan tahun baru masihi kita sebenarnya baru sahaja meninggalkan tahun hijrah 1429 yang melabuhkan tirainya tidak sampai 24 jam yang lalu. Apakah ada yang sedar akan kehadiran tahun baru Hijrah ini atau masih ramai yang terpinga-pinga?

Sekiranya dalam menyambut kedatangan tahun baru masehi kita sibuk menanam azam maka sebagai seorang muslim, tahun baru hijrah juga masa terbaik untuk kita melakukan perkara yang sama kearah menjadi insan yang lebih baik. Cuba memperbaiki segala kekurangan dan kesilapan di masa lalu demi kecemerlangan di masa depan sebagaimana hadith Rasullullah saw “Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari hari kelmarin, maka itulah orang yang beruntung, Dan barangsiapa yang hari ini sama dengan hari kelmarin maka itulah orang-orang yang rugi”. Jadi pilihan sekarang di tangan kita.

Mungkin jika sebelum ini kita kurang membaca al-Quran, kurang bersolat Jemaah, kurang berqiamulail dan kurang berpuasa sunat maka untuk tahun 1430 Hijrah ini adalah elok untuk kita memperbaiki serta menambah mana-mana ibadah yang kurang diamalkan sebelum ini. Manakala jika kita banyak membuang masa pada hari-hari semalam apakata bermula hari ini kita cuba tinggalkan sedikit demi sedikit tabiat buruk itu dan digantikan dengan amalan-amalan yang lebih memberi manfaat kepada kita. Belajarlah dari kesilapan-kesilapan dimasa lampau bagi menjadi pedoman untuk menempuhi hari-hari mendatang. Bukankah rasulullah saw juga ada bersabda “Tidaklah patut seorang mukmin dipatuk ular dua kali berturut-turut dalam lubang yang sama” yang membawa maksud orang mukmin yang arif terhadap berbagai kesalahan yang terjadi pada masa yang lalu, tidak mungkin akan melakukan kesalahan yang sama dimasa depan.

Catatan ini adalah sebagai ingatan untuk diri aku dan sekiranya ada manfaat ambillah… Ketika kita masih dalam suasana yang agak tenang dalam menyambut tahun baru hijrah jangan dilupakan saudara-saudara kita di Palestin yang siang dan malamnya bermandikan bedilan Israel jahanam. Sisipkanlah doa buat mereka dan juga bumi Palestin.

Insya_Allah..

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430

Mersing 28 Dec 2008

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Masa Untuk Menjawab Tag
  2. Saham Neraka @ AB Taufan – Masa untuk menggelakkan diri sendiri
  3. 6 Pelaburan terbaik Nuaeman
  4. Seharian masa aku habis di Workshop!

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 4 Responses to “Masa terbaik untuk berhijrah”

  2. By samdaddycool on Dec 29, 2008 | Reply

    Insyaallah. Sama-sam kita berubah kepada yang lebih baik.

    samdaddycool’s last blog post..WOW! Truly amazing!

    [Reply]

  3. By awang on Dec 29, 2008 | Reply

    dalam keadaan tahun baru islam dan masihi dekat2 ni,ramai lebih tahu tahun masihi.sepatutnya kita berhijrah mengikut bulan islam itu sendiri.Thanks for the artikel

    awang’s last blog post..TeTapkan Fokus peNdaPatan Internet Anda

    [Reply]

  4. By chuckiesd on Dec 30, 2008 | Reply

    sudah semestinya..cam aku aku ingin memperbaiki bab-bab agama dalam diri aku untuk tahun baru ni dan seterusnya…maklum laa dah berkeluarga…

    [Reply]

  5. By mazuki selangor2u.com on Dec 30, 2008 | Reply

    salam maal hijrah selamat tahun baru

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge