Maksiat Viral daripada Blog


Ditulis pada April 23, 2010 – 10:32 am | Oleh nuaeman
Share


“Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanya sanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa” (Surah al-Maaidah : 27)

Pernahkah kita mendengar  kisah sejarah pembunuhan pertama yang telah berlaku berabad lama dahulu. Kisah tersebut berkenaan dengan penentangan salah seorang putera Nabi Adam yang bernama Qabil terhadap saudara kandungnya Habil. Kemuncak pertentangan ini ialah apabila Qabil sanggup membunuh Habil setelah Allah hanya menerima kurban yang dilakukan oleh saudaranya itu. Kisah ini ada dinyatakan di dalam surah al-Maaidah pada ayat 27 hingga 32.

Susulan dari peristiwa tersebut Qabil perlu menanggung sebahagian saham dosa daripada episod pembunuhan yang berlaku selepas itu kerana dia adalah orang yang telah memulakannya sebagaimana maksud pada satu hadis sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim

Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”

Pada ketika ini pula blog boleh menjadi penyumbang utama dosa maksiat kepada kita jika disalahgunakan. Katakanlah kita berkongsi cerita lucah atau gambar yang tidak senonoh di blog  dan kemudian menjadi bahan tontonon serata dunia. Di kalangan pembaca blog kita itu pula ada yang gemar menghebahkan kepada rakan-rakannya yang lain maka ianya akan menjadi berangkai-rangkai hingga tidak berpenghujung. Jika untuk setiap satunya kita memegang sebahagian saham dosa, tidakkah itu bakal membebankan timbangan dosa kita di akhirat nanti. Nasib kita bakal saling tidak tumpah sebagaimana apa yang menimpa Qabil , putera nabi Adam itu.

Jika dalam bidang menjana pendapatan dari internet kita biasa mendengar tentang pemasaran viral (viral marketing) yang boleh disifatkan sebagai kaedah yang paling mudah dan cepat untuk mempromosikan sesuatu produk. Impak yang diperolehi dari pemasaran viral sangat hebat kerana ianya akan berangkai-rangkai seterusnya bakal memberi peluang untuk anda menghasilkan keuntungan yang berganda-ganda pada kemudian hari.

Begitu jugalah konsep maksiat viral dari blog. Kesan yang bakal dibawanya cukup dasyat. Walaupun mungkin nanti kita telah tiada lagi di dunia tetapi dosa yang dimulakan tetap hadir selagi ada yang menyebarkan dan memperturutinya. Sanggupkah kita menangggungnya?

Antara 2 Perkara Utama yang boleh menyumbang kepada Maksiat Viral

Gambar Porno/Lucah dan separa Lucah

Sebarang gambar yang mempunyai unsur lucah ataupun tidak senonoh sudah tentunya diketahui bahawa haram bagi lelaki dan wanita melihatnya. Allah telah berikan peringatan kepada kita di dalam surah An Nur ayat ke 30.

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat dalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Gambar dan Cerita Fitnah

Perbuatan membawa dan menyebarkan cerita memang menjadi kesukaan ramai orang terutamanya yang melibatkan golongan artis dan ahli politik. Sebahagian cerita dan gambar yang disebarkan adakala masih belum dikenalpasti kesahihannya tetapi telah dijaja merata blog, forum dan laman web.

Jika perkara yang disebarkan itu tidak benar maka si penyampai cerita telah menjadi pembawa fitnah dan dia bertanggungjawab keatas dosa mereka-mereka yang telah menghebahkan cerita fitnah yang dibawanya. Ketahuilah fitnah boleh menghalang kita dari menjejakkan kaki ke syurga sebagaimana maksud hadis yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”

Di dalam salah satu maksud hadis yang direkodkan oleh Muslim: Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.”

Sekarang pilihan di tangan pemilik blog. Kemanakah jalan yang mahu kita pimpin pembaca-pembaca blog kita? dan mahukah kita menanggung maksiat viral dari blog selama-lamanya?

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Blog Penyubur Dosa
  2. Blog menjadi bahan bukti di akhirat
  3. Panjang Usia dengan Blog
  4. Bagaimana jika pahala diperoleh dari blog itu dapat dilihat nilainya?
  5. AWAS : Blog Agen Dajjal!

Tags: , , ,

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 18 Responses to “Maksiat Viral daripada Blog”

  2. By sangilapi on Apr 23, 2010 | Reply

    kalau dipandang dari satu sudut,internet adalah salah satu medium yang ampuh dan berkesan untuk menyebarkan sesuatu tujuan/agenda jahat :( ….terpulanglah pada kita untuk mencorakkannya.

    [Reply]

  3. By hafizmd on Apr 23, 2010 | Reply

    Ya Allah, lindungilah kami dari kejahatan bisikan syaitan yg direjam dan manusia yg zalim..ameen..

    p/s- semuanya bergantung pada kite pemilik blog dan pengunjung blog..kalau niatnye suci, inysaAllah selamat..

    [Reply]

  4. By imran on Apr 23, 2010 | Reply

    Dah ada dua entri mengenai adab berblog. Pertama wasiat dan yang ini keduanya. Syabas bro..!! Inilah yang perlu dilakukan oleh blogger. Minta maaf cakap, banyak blogger yang tulis gossip dan artis yang perlu menilai semula tulisan mereka. Ingatlah “maksiat viral” ni

    [Reply]

  5. By maza on Apr 24, 2010 | Reply

    abg nueman, nak rembat gambo poster besar gedabak cap tangan, boleh?

    nak tepek gak kat blog besor-besor gitew.. huhhu

    [Reply]

  6. By nuaeman on Apr 24, 2010 | Reply

    Boleh.. boleh…itu pun gambo jumpa..

    [Reply]

  7. By menj on Apr 25, 2010 | Reply

    Satu artikel yang bernas dan penuh dengan nasihat. Tepuk dada tanyalah iman!

    [Reply]

  8. By zik on Apr 25, 2010 | Reply

    setuju … mintak kita semua dijauhkan dari maksiat viral ini… cabaran umat diakhir zaman memang getir..

    [Reply]

  9. By samanosuke_04 on Apr 25, 2010 | Reply

    hoho, kebetulan harinie aku pun post pasal islamik gak.. hehe, majulah Islam untuk blogging!

    [Reply]

  10. By nuaeman on Apr 28, 2010 | Reply

    Blog kita.. kita yang mencorakkannya dan kita bertanggungjawab keatas apa yang telah ditulis

    [Reply]

  11. By nuaeman on Apr 28, 2010 | Reply

    Amin.. moga kita terpelihara daripada semua tu

    [Reply]

  12. By nuaeman on Apr 28, 2010 | Reply

    Maksiat Viral – memang merisaukan jika kita terbabas ketika berblog.

    [Reply]

  13. By nuaeman on Apr 28, 2010 | Reply

    Lama tak nampak bro..

    [Reply]

  14. By azmi on Apr 28, 2010 | Reply

    salam, entri yang seunnguh berguna..minta izin mennyebarkannya..

    [Reply]

  15. By nuaeman on Apr 29, 2010 | Reply

    Boleh saja.. sampaikanlah walau sepotong ayat.. :)

    [Reply]

  16. By nuaeman on Apr 29, 2010 | Reply

    Aku suka entri ko tu.. :)

    [Reply]

  17. By nuaeman on Apr 29, 2010 | Reply

    Moga kita semua dilindungi Allah hendaknya dari maksiat viral

    [Reply]

  18. By titan on May 5, 2010 | Reply

    benar. kalau salah digunakan, memang leh jadi macam-macam.

    [Reply]

  19. By samdaddycool on May 5, 2010 | Reply

    Aku berazam tak nak memegang saham maksiat viral tu.

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge