Mak Kiah nak Berzakat…
Ditulis pada August 22, 2009 – 8:27 am | Oleh nuaeman Share
Selain berpuasa amalan yang turut sama dilaksanakan pada bulan Ramadhan ini ialah Zakat Fitrah. Bagi penduduk Johor pada tahun ini Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan dua kadar bayaran zakat iaitu RM5 atau RM7.50 seorang berbanding RM6.50 seorang tahun lalu. Mengikut kandungan khutbah Jumaat semalam sesiapa yang makan dengan beras nasional maka bolehlah gunakan kadar RM5 manakala bagi mereka yang biasa membeli beras mahal perlulah berzakat dengan nilai RM7.50.
“Macam ni mesti ramai yang akan kata makan beras nasional!” seloroh seorang qariah masjid.
Sepertimana kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang mana zakat yang hendak dilakukan pada kali ini perlulah pada kesedaran sendiri. Mungkin kita boleh menipu amil tetapi tak mungkin kita mampu menipu Allah maka jujurlah pada diri sendiri.
Bagi menghiasi hari pertama puasa ni aku nak kongsikan satu lagi sketsa menarik yang diambil dari Majalah Al-Islam. Kisah mak kiah yang nak berzakat. Bukanlah dia ini jahil sangat cuma ada perkara yang belum betul-betul difahami beliau…
Entah apa yang tidak kena pada petang itu. Kehulu kehilir, memikirkan sesuatu yang tidak diketahui apa jawapannya. untuk bertanya pada orang, terasa malu. Umur yang sudah menjengah senja tidak mungkin perkara yang ‘kecil’ itu tidak tahu. tapi kalau tak tanya, tak tahu pulak jawapannya. Silap-silap kena tanggung dosa akhir hayat.
Teringat dosa, rasa takut mula menular. “Dahlah amal tidak banyak, nanti kalau tuhan tanya, nak jawap apa?” getus hati kecil mak Kiah. Petang itu Mak Kiah nekad. Gagang telefon yang ada di hadapannya diangkat dan nombor telefon yang sekian lama disimpan di dalam diari kecilnya ditekan.
Kring! Kring! telefon berbunyi. Bermulalah perbualan Mak Kiah dengan seorang pegawai bertugas di Pejabat Agama.
Pegawai Agama: Assalamualaikum. Jabatan Agama.. boleh saya bantu..?
Mak Kiah: Waalaikumussalam. saya mak Kiah, nak bercakap dengan ustaz atau ustazah. Dah banyak hari Mak Kiah memikirkannya. Tak lena tidur dibuatnya. harap-harap Mak Kiah dapat jawapannya hari ini.
Pegawai Agama: Bunyinya macam berat sahaja masalah Mak Kiah. kalau tidak keberatan, saya sedia menolongnya.
Mak Kiah: Begini nak. Mak Kiah nak tanya tentang bayar zakat fitrah. Setahu Mak Kiah, apa sahaja yang berada di bawah tanggungan kita, yang kita bagi mandikan, bagi makan, jaga kesihatannya, kita wajib mengeluarkan zakat untuknya. Betul Ke?
Pegawai Agama: Betul tu Mak Kiah. tapi bayar zakat ini diperintahkan untuk mereka yang berkemampuan sahaja. tidak diwajibkan kepada mereka yang fakir dan miskin.
Mak Kiah: Inilah yang merunsingkan Mak Kiah. Dah lama Mak Kiah memikirkannya. selama ni Mak Kiah hanya bayar untuk diri Mak Kiah sahaja. tapi sejak akhir-akhir ni, bila dah ada enam anak-anak peliharaan di rumah ni, yang kesemuanya Mak Kiah bela, Mak Kiah bagi makan, Mak Kiah mandikan, mak Kiah jaga kesihatannya dan serba serbinya mak Kiah uruskan, mak Kiah kena keluarkan zakat untuk mereka juga ke?
Pegawai Agama: Maksud Mak Kiah, enam ‘anak-anak peliharaan’ tu anak Mak Kiah ke?
Mak Kiah: Anak-anak kucing Mak Kiah..! Semuanya ada kat rumah ni. risau jugalah Mak Kiah, kalau-kalau Mak Kiah berdosa, tak bayarkan zakatnya! Sebab semuanya bawah tanggungan Mak Kiah.
Pegawai Agama: Laa.. , nampaknya Mak Kiah dah salah faham ni!
Ada sesapa pulak nak zakatkan untuk anak ikan atau anak hamster? heh! Sedikit info tambahan mengenai waktu mengeluarkan Fitrah
Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
Waktu afdhal : Sebelum sembahyang Hari raya
Waktu Sunat : Sepanjang Bulan Ramadhan. ( hari ni dah boleh pegi bayar!)
Waktu Makruh : Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
Waktu Haram : Selepas terbenam matahari 1 Syawal.
No related posts.





8 Responses to “Mak Kiah nak Berzakat…”
By megat on Aug 22, 2009 | Reply
terima kasih kongsi info tersebut, mungkin zaman sekarang ada segelintir yang tidak ambil berat pasal ni.
lucu kisah mak kiah he3
[Reply]
By MK on Aug 22, 2009 | Reply
Mak Kiah sangat comel! Hehe.
Biasalah kita, bila umur makin lanjut makin segan nak bertanya perkara-perkara yang kita anggap sebagai mudah. Sedangkan ada seribu lagi orang yang berfikiran seperti kita, yang tidak mengetahui perkara yang sama.
Tapi, hendak bertanya itu memang memerlukan keberanian. Tahniah Mak Kiah
[Reply]
By MyDailyBlog.Info on Aug 22, 2009 | Reply
wah…kakakakakah
lawak antabangsa mak kiah nie..
[Reply]
By nuaeman on Aug 23, 2009 | Reply
Kita sendiri terkadang ada benda yang dimusykilkan tetapi segan bertanya.. takut sangat ditempelak “aik dulu kat sekolah tak belajar eaa..” kira Mak Kiah ni kategori berani jugak..
[Reply]
By nuaeman on Aug 23, 2009 | Reply
Sekadar megingatkan sesama kita termasuk diri sendiri
[Reply]
By nuaeman on Aug 23, 2009 | Reply
Tapi takleh lawan lawak mandi wajib.. hehe
[Reply]
By fikri{dot}com on Aug 23, 2009 | Reply
uurrmm… aku rasa, baik bayar RM7.50 je… pastikan btol2 bersih rezeki yang kita dapat. bukan bnyk mana tu zakat yg nak kena bayar tu. beza RM2.50 je…
[Reply]
By MyDailyBlog.Info on Aug 23, 2009 | Reply
yang mandi wajib ngan tanah liat tue ker?
tue boleh diketogorikan dalam lawak jahil antarabangsa..
[Reply]