Kita Manusia yang berotakkan Kelkatu?
Ditulis pada January 23, 2009 – 9:04 am | Oleh nuaeman Share
Dua hari lepas aku baru bercerita soal otak dan apakah hari ini aku nak menyambung lagi kisah tu..? Heh! Sebenarnya aku hanya ingin berkongsi tentang tabiat manusia yang seumpama kelkatu dan mungkin juga kita adalah salah satu darinya. Ada satu kisah renungan yang aku rasa amat sesuai untuk dikongsikan pada hari Jumaat yang mulia ini. Ianya seringkali berlaku tetapi kita semacam tak cuba untuk berfikir serta mengambil iktibar darinya . Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia.. begitulah juga dengan kisah yang ingin aku sampaikan ini:
Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kelkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya.Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kelkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi.Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi.
Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.
Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kelkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kelkatu.
Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. Mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan.
Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kelkatu.
Aku harap kisah ini mampu buat kita berfikir sejenak. Kita selalu mengharapkan dan mengejar keseronokan dunia hingga lalai dan lupa bahawa kehidupan kita sekarang hanya satu persinggahan sebelum menemui akhirat yang abadi.
Apakah kita telah bersedia mengadap tuhan dengan keadaan diri kita sekarang? Renung-renungkan..
Entri Berkaitan:
























5 Responses to “Kita Manusia yang berotakkan Kelkatu?”
By zariel on Jan 23, 2009 | Reply
bila manusia semakin maju, semakin lupa diri. sigh…
zariel’s last blog post..Yang Mampu Kita Lakukan
[Reply]
By areryp on Jan 23, 2009 | Reply
nice post bro..satu pengajaran yg amat baik…ayuh bangsaku..bgn lah..kejarlah akhirat..kerana bukan di dunia tempatmu…dunia hanya sementara..
[Reply]
By menteil on Jan 23, 2009 | Reply
isi yang menarik.. banyak tersirat yang perlu difikir…
harap aku sendiri tidak seperti kelkatu..
[Reply]
By |1f34|-|1r3 on Jan 23, 2009 | Reply
aku nak samakan kisah kelkatu ko ni dengan sikap org malaysia suka tgk eksiden….
|1f34|-|1r3’s last blog post..How to quickly rename files in Windows
[Reply]
By chekguBH on Jan 24, 2009 | Reply
bende yang tak baik dan maksiat tu kan menyeronokkan…
tp kalau kite tak sedar, keseronokkan tu la yang akan membakar dan merosakkan kite..
jaga diri, taakuli peribadi…
chekguBH’s last blog post..Nak tengok tak?? Boleh..tapi kena janji tau…
[Reply]