Kisah Muslimah dan Pramugari


Ditulis pada January 16, 2009 – 11:28 am | Oleh nuaeman
Share

Untuk renungan hari aku bawakan satu humor ilmiah yang dikongsikan oleh seorang sahabat. Walaupun ianya disampaikan dalam bentuk humor tetapi ada sesuatu yang terkandung didalamnya untuk membuat kita berfikir. Renung-renungkan..

Seorang muslimah sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan muslimah itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Cik tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.
Muslimah: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Muslimah: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Kisah Aku dan Emak..
  2. Kisah dua bukit dan satu batang

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 8 Responses to “Kisah Muslimah dan Pramugari”

  2. By fiezabaiduri on Jan 16, 2009 | Reply

    memang ada sesuatu yang terkandung dalam cerita tu yang membuatkan kita berfikir.hehe

    [Reply]

  3. By nadinezuharra on Jan 16, 2009 | Reply

    : ) mesej yang saye nampak cerita ni; tunaikanlah solat lima waktu tak kira walau di mana pun anda berada..

    nadinezuharra’s last blog post..:: Fantastic Four tagging game

    [Reply]

  4. By Uncle G on Jan 16, 2009 | Reply

    walaupon sempoi.. tapi masej dia mendalam…

    Uncle G’s last blog post..Edit Gambar Guna Picnik.Com

    [Reply]

  5. By anis on Jan 16, 2009 | Reply

    pramu tu berlagak jek selalu..=P

    anis’s last blog post..Interview di UTEM Melaka

    [Reply]

  6. By Yaz on Jan 16, 2009 | Reply

    ada makna disebalik kata2…

    Yaz’s last blog post..[PC] Command And Conquer Red Alert 3

    [Reply]

  7. By samdaddycool on Jan 18, 2009 | Reply

    meh aku tolong basuh muka pramugari tuuu.. :P

    samdaddycool’s last blog post..From pasar malam to Lelong… now Tudung Ekin on eBay

    [Reply]

  8. By ijamidayu on Jan 19, 2009 | Reply

    Lain macm ja nak basuh muka pramugari tue..

    Kalo dia cuci muka just utk buang mekap memang la 2 kali..

    Jika dia tidak beramal Pada ALLAH maka itu merupakan kita perlu mencuci muka dengan pencuci muka yang dibuat oleh Israel utk melekakan kita.. :D

    Betul ker.. :D

    Apa pun nice n short story to make people 2 thing bro.. Keep up…

    ijamidayu’s last blog post..FED UP LA WAT E-BIZ NIE!!! CAMNER ANDA ELAKKAN PERKARA NIE…

    [Reply]

  9. By azarre on Mar 15, 2009 | Reply

    mantaaaapp nian nih…

    azarre’s last blog post..MaraMaraMara….

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge