Kalaulah ada di sisi kita.. (Nabi Muhammad SAW)
Ditulis pada April 16, 2010 – 3:13 pm | Oleh nuaeman Share
Di Malaysia kita seringkali dimomokkan dengan pelbagai rancangan realiti yang berbentuk hiburan dimana lebih mendorong kepada kebejatan akhlak dikalangan generasi muda islam. Rancangan-rancangan realiti yang berbentuk ilmiah bukan tidak ada langsung tetapi boleh dikira jumlahnya. Syukur baru-baru ini ada inisiatif dari pihak RTM menerbitkan rancangan realiti ‘Adik-adikku’ . Tetapi waktu siarannya pula seakan tidak sesuai sehingga ramai yang tidak mengetahui kewujudannya. Selain dari itu TV9 ada menerbitkan Akademi Nasyid dan juga Akademi Al-Quran dan yang terkini pula Astro Oasis memperkenalkan rancangan realiti Imam Muda.
Pernah menonton rancangan realiti bertajuk ”Kalaulah ada di sisi kita.. (Nabi Muhammad SAW)” atau di dalam bahasa arabnya “lau kana bainana…” ?
…………………..
Aku tertarik dengan perkongsian dari seorang rakan di Facebook berkenaan salah satu rancangan realiti yang membawa kita mengenal peribadi Rasululullah SAW. Menurutnya rancangan tersebut di siarkan di Arab Saudi dan alangkah bagusnya jika dapat dibawa kesini kerana berdasarkan pemerhatian aku isinya cukup bagus. Walaubagaimanapun konsep rancangan ini tidaklah sama sepertimana rancangan realiti yang menghendaki penonton mengundi tetapi ia tetap digelar sebagi rancangan realiti TV. Kita tonton video pertama ini dahulu.
Sedikit Terjemahan (lebih kurang sahaja..):
“Alhamdulillah, kami mengucapkan terima kasih kepada Puan. terimalah hadiah ini daripada kami di “Kalaulah ada Di Sisi Kita Nabi s.a.w” (lau kana bainana..),
“Jikalau Nabi ada dikalangan kita, apa pendapat Puan?”
” Masya Allah, itu adalah kurniaan yang terbesar sekali” ”Alhamdulillah, hanya airmata sahaja yang mampu mengungkapkan perasaan itu”
” Kalau diberi peluang duduk bersama Nabi s.a.w selama seminit?”
“Allah, soalan yang sangat susah saya nak jawab, (sambil menangis).. kalaulah diberikan peluang itu, maka saya akan gantikan dunia ini untuk bersama Baginda s.a.w..”
Masyaallah.. bagaimana pula kita apabila ditanya sebegitu ya? Yang ramai.., menangis ditinggalkan Boyfriend dan Girlfriend je.., tetapi bila disebut nama Rasulullah SAW seolah-olah tiada rasa apa-apa.. berselawat kepada Baginda pun jarang-jarang.. OK kita tengok versi penuh episod yang sama.. tetapi bahasa arablaa.. cuma ada satu temuramah dengan wanita kristian dilakukan dalam bahasa inggeris.
Semoga sedikit sisipan dari rancangan ini memberi kita sedikit hiburan bermakna di hari Jumaat yang mulia ini..
Entri Berkaitan:






18 Responses to “Kalaulah ada di sisi kita.. (Nabi Muhammad SAW)”
By rohaizad on Apr 16, 2010 | Reply
Entri ini buatkan aku termenung sejenak. Dalam maksud entri ni … nice one.
[Reply]
By Anarm on Apr 16, 2010 | Reply
tiba2 aku rasa sebak.. pandai ko buat ayat.. terima kasih sbb berkongsi benda molek ni..
[Reply]
By adamfaiz on Apr 16, 2010 | Reply
Satu lagi entri menarik, thanks bro kerana mengingatkan kita yang selalu alpa
[Reply]
By Nadri on Apr 17, 2010 | Reply
tak dpt nak bygkan apa akan terjadi dgn generasi akan dtg..program2 berbentuk keagamaan sudah jauh drp kehidupan kita..celik mata program hiburan..sana sini hiburan..terima kasih kerana mengingatkan kami yg alpha..
[Reply]
By imran on Apr 17, 2010 | Reply
Sollu ‘Alan Nabiy!! Di Negara Arab masih banyak lagi yang ingat pada Nabi S.A.W. Buktinya, mereka selalu berselawat ke atas Nabi. DI Malaysia amat susah nak jumpa orang berselawat selain dari waktu solat & zikir.
[Reply]
By samanosuke_04 on Apr 17, 2010 | Reply
hm.. menarik.. rancangan tv realiti camniee laa yang bleh bidas rancangan2 tv skang.. yang ntah pape…
[Reply]
By nuaeman on Apr 18, 2010 | Reply
Alhamdulillah.. kalau maksudnya sampai kepada semua yang membaca..
[Reply]
By nuaeman on Apr 18, 2010 | Reply
Ayat tu.. kawan yang tolong.. ana kureng bahasa arab ni..
.. terima kasih juga kerana sudi membacanya anarm..
[Reply]
By nuaeman on Apr 18, 2010 | Reply
Sama-sama mengingatkan.. moga bermanfaat buat semua
[Reply]
By nuaeman on Apr 18, 2010 | Reply
Risau juga dengan generasi kita nanti yang bro.. hari-hari program hiburan sahaja yang menjadi keutamaan..
[Reply]
By nuaeman on Apr 18, 2010 | Reply
Saya baca pasal rakyat di mesir selalu berselawat melalui novel ayat-ayat cinta.. rupanya memang begitu ya Imran..
[Reply]
By nuaeman on Apr 18, 2010 | Reply
Tapi sayang hampir tiadakan program begini di Negara yang agama rasminya Islam..
[Reply]
By Fahmishah on Apr 18, 2010 | Reply
Kerajaan pun meng’halal’ hiburan yang tiada sempadan. Siang ke malam hiburan. Waktu perdana di’hidangkan hiburan. Negara Malaysia di’pandang kerana selalu memberi idea tentang Islam contoh Islam Hadhari yang di’uar-uarkan, tetapi masih gagal meng’rohaniah’kan rakyat dengan santapan keagaaman.
[Reply]
By fiezaradzi on Apr 22, 2010 | Reply
lau tak de permintaan, tak de la rancangan2 sperti tu kan.. jadi, besederhana lah kita..
tapi pelik, mostly cerita reality tv ni ramai org2 kita yg join & yg tgk.. mmg suke sgt kot.. pastu nangis sbb tersingkir.. yg lelaki pun sama ye.. pelik gak kdg2 tu..
terima kasih atas perkongsian nih.. mmg termenung seketika..
[Reply]
By nuaeman on Apr 22, 2010 | Reply
Betul tu.. majoriti yang menonton dan bersms ialah orang melayu Islam.. aduhai..
[Reply]
By nuaeman on Apr 22, 2010 | Reply
Itu masalah negara kita.. war-warkan ke seluruh dunia mahu jadi negara Islam contoh tetapi hakikatnya.. kita sendiri boleh fikir..
[Reply]
By Prof Nur on Sep 5, 2010 | Reply
Salam saudara, d mana sy leh dptkan video full lau kana bainana?
[Reply]