Jumaat Yang Barakah…


Ditulis pada July 11, 2008 – 3:22 pm | Oleh nuaeman
Share

Alhamdulillah… dah sampai hari Jumaat.. bagi orang yang bekerja 5 hari cam aku memang seronok kalau tiba hari Jumaat ni.. waktu rasa singkat jee.. yelahkan.. tengahari dah pergi solat jumaat.. 1 jam lebih dah tentu habis kat situ.. emm.. pastu buat kerja sikit.. tup-tup dah sampai waktu balik.. huhu.. yang lebih seronoknya untuk aku ialah hari ni bolehlaa aku balik kerumah aku.. bagi yang tertanya-tanya.. sebenarnya memang aku balik rumah seminggu sekali jee.. oleh sebab kedudukan rumah aku ngan tempat kerja boleh tahan jauhnya.. lebih 100km ulang alik.. penat satulaa.. tambah lak dengan keadaan wife aku sekarang ni.. minyak pun save sikitkan.. :)

Cerita pasal hari Jumaat ni banyak benda yang berlaku dalam hari Jumaat nikan.. mengikut kitab-kitab yang aku pernah baca Nabi Adam dijadikan pada hari Jumaatkan.. dan berkahwin dengan Hawa juga pada hari Jumaat. Kalau tak silap Nabi Adam keluar dan masuk Syurga pun pada hari Jumaat. Hari ini juga merupakan hari wafatnya baginda.. itu bab Nabi Adam.. belum lagi yang lain-lain.. Menurut ulama hari jumaat ni merupakan hari berkumpul.. emm macam kita solat Jumaat tulaa.. tapi ada yang lebih besar.. iaini berkumpulnya kita semua umat manusia di Padang Masyar kelak.. saat menunggu hisab.. ouch..! dah sedia ke semua untuk menghadapi saat tu..

Kalau kita belek-belek risalah agama dah tentu jumpa tentang beberapa keberkatan hari Jumaatkan.. yang mana seeloknya kita mengambil peluang untuk mengisi hari ni.. dengan amalan-amalan sunnah dan mulia. Masalah utama kita ni selalu baca tapi praktis kurang.. betul? yang tahu solat jumaat jee.. hehe.. tu pun kadang ada yang jenis tak paham.. tengah-tengah solat pun tak off handphone.. bukan tu saje.. yang boleh jawab Hp tengah solat pun ada.. astagfirullah…!

Dulu setiap Jumaat aku selalu buat satu risalah tazkirah untuk diletakkan di surau tempat kerja aku.. aku beri namanya “Al Fikrah”. Selain artikel aku..dalam tu, ada juga diselitkan info,sejarah dan motivasi yang aku selang selikan dengan al-Quran dan hadis.. tu pun ada yang tak suka.. pelik manusia ni. Masalah juga kalau benda-benda agama ni orang asyik kaitkan dengan politikkan.. last-last aku stop.. n berhenti kerja.. bukan atas sebab tu semata-matala.. dah ada peluang lebih baikkan.. eloklaa.. berhijrah..

Di Jumaat yang mulia ni.. elok aku kongsikan sedikit info tentang amalan-amalan sunnah dan mulia yang seeloknya dilaksanakan pada hari Jumaat. Tanpa membuang masa kita singkap satu persatu…

1. Membaca doa di hari Jumaat.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga. Emm.. peluang baikkan ni tapi kita selalu tak manfaatkan..

2. Bacaan surah solat subuh serta sujud Sajdah.

Sunat membaca surah as-Sajdah pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua dengan surah al-Insan. Hendaklah dibaca keseluruhan kedua-dua surah tersebut. Hendaklah juga sujud sajdah pada ayat sajdah dalam surah tersebut.huhu.. secara jujur dah lama jugak aku tak buat sujud Sajdah.. melainkan kalau solat kat Masjid..

3. Selawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan memperbanyakkannya.

Ini benda paling senangkan.. kena periksa diri masing-masing ada buat tak.. ada beberapa kelebihan yang aku tau.. antaranya..

i. Hampir dengan Baginda s.a.w pada Hari Kiamat.
Ibnu Masud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; Sesungguhnya seutama-utama manusia di sisiku (orang yang paling hampir) dengan aku pada hari kiamat ialah mereka yang lebih banyak berselawat ke atasku.

ii. Gandaan selawat ke atasnya sebanyak 10 kali selawat.

Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat ke atas.

iii. Bercahaya pada hari kiamat kelak.
Daripada Ali bin Hussien bahawa datuknya, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat seratus kali, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan bercahaya, andainya cahaya ini dibahagi-bahagikan antara kesemua makhluknya, maka cahaya itu akan cukup meliputi mereka.

iv) Dosa akan diampunkan.
Abu Dzar telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya; Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada hari Jumaat sebanyak dua ratus kali dua ratus dosanya.

4. Bacaan surah al-Kahfi pada siang dan malam Jumaat.

Amat besar fadhilatnya bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada siang hari Jumaat. Imam as-Syafie menyatakan dalam kitabnya al-Um adalah besar fadhilatnya juga jika membacanya pada malam Jumaat. Kita selalunya tau Jumaat tu Yassin jelaakan.. tu pun tak tau apa fadhilatnya.. orang buat kita buat.. tulaa teruknya bila amal tanpa ilmu.. maka jadila benda tu bersifat bidaah..

5. Mandi sunat Jumaat.

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abu Hurairah supaya mandi sunat Jumaat pada setiap minggu walaupun terpaksa membeli air dengan wang yang selalunya dibelanjakan untuk membeli makanan hariannya. Manakala fadhilatnya amatlah besar di sisi Allah sebagaimana sabdanya yang bermaksud; Barangsiapa mandi junub, mandi (sunat Jumaat), keluar dari rumahnya dan bersegera ke masjid untuk menghampiri imam (mendengar khutbah) dan tidak melakukan perbuatan sia-sia, maka akan ditulis untuk setiap langkahnya pahala puasa selama setahun. Tak susahkan ni.. niatkan aje..

6. Berpakaian cantik dan elok.

Hari Jumaat merupakan hari terbesar dan merupakan hari raya pada setiap minggu. Sayugialah dipilih pakaian yang paling baik untuk dipakai bagi membesarkan hari perayaan bagi orang-orang mukmin sebagaimana pakaian yang dipilih pada setiap kali menyambut hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Menurut para ulama warna yang paling afdhal ialah warna putih dengan berserban, kerana malaikat akan berselawat ke atas orang mukmin yang memakai serban. Menurut Imam Nawawi, disunatkan mengucapkan tahmid, tasbih dan istighfar ketika memakai pakaian. Ada yang buat..? alhamdulillah…. :)

Cukuplaa tu dulukan.. memang banyak kalau ikutkan.. tapi kita fokus satu-satu..lak elok. Ada masa kita sambung lagi.. takpun sesiapa rasa nak tambah lagi kat bahagian komen tu pun aku tak kisah.. kita saling ingat-mengingati.. antara satu sama lain.. dalam sibuk cari duit kat internet ni.. sekurang-kurangnya kita menambah juga saham akhirat.. takkan paypal jee nak dipenuhkan yetak..? Oklaa.. sampai disini dulu perkongsian dan celoteh aku.. semoga korang melalui hari ni dengan penuh barokah.. amin…

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Hukum Berjual Beli di Masjid pada hari Jumaat.
  2. Senda Jumaat : Kain Kapan si Putar Alam
  3. Kenangan Bersolat Jumaat di California
  4. Kenapa ramai orang Malaysia takut nak ke saf depan bila solat?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 8 Responses to “Jumaat Yang Barakah…”

  2. By ijamidayu on Jul 12, 2008 | Reply

    Salam nuaeman,

    Thanks for sharing… Saya sendiri pernah alami keadaaan seperti saudara.. Lama gak dalam 7 bulan. Tapi apa pun ini adalah dugaan yang ada hikmahnya. Hope saudara dapat tempuhi dengan tabah ujian nie.. Apa pun nice sharing, membuat kita sedar apa yang kita selalu terlepas pandang. Saya sendiri pun bnyk yg khilaf.. Dengan perkongsian sebegini kita akan lebih alert.

    [Reply]

  3. By Muhafis on Jul 12, 2008 | Reply

    hari jumaat adalah penghulu bagi semua hari..
    thanx coz sharing sdikit ilmu kat sini..
    ada input yg ak dapat.. =)

    [Reply]

  4. By titan on Jul 12, 2008 | Reply

    hari jumaat memang best..

    [Reply]

  5. By samdaddycool on Jul 20, 2008 | Reply

    hari jumaat penghulu segala hari, nabi adam dijadikanpada hari JUmaat, dimasukkan kedalam syurga pada hari Jumaat, dikeluarkannya pada hari Jumaat… dan tidak akan terjadi qiamat melainkan hari Jumaat.

    p/s – ramai org suka malam jumaat.. :P

    [Reply]

  6. By bantingboy on Jul 22, 2008 | Reply

    rugila pada sesapa yang tak solat jumaat dan terlepas malam jumaat..

    [Reply]

  7. By Hidayah on Mar 12, 2010 | Reply

    salam ‘alaik…
    artikel yg menarik…
    minta izin salin ye..
    nak ltak kt fb..
    saya dahulukan dgn ucapan terima kasih…
    makaseh…

    [Reply]

  8. By nuaeman on Mar 12, 2010 | Reply

    Tiada masalah.. ilmu itu untuk disampaikan..

    [Reply]

  9. By sangilapi on Jun 7, 2010 | Reply

    kalau jatuhnya malam jumaat keliwon macam mana pulak,sam :)

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge