Jom sertai PayUPahala2Blog!
Ditulis pada May 7, 2010 – 10:37 am | Oleh nuaeman Share
PayU2blog.com merupakan salah satu program yang mana para blogger akan dibayar untuk membuat sesuatu entri. Segala maklumat berkenaan entri yang perlu dibuat akan diberitahu kepada blogger tersebut terlebih dahulu. Setiap satu entri yang diminta hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 60 perkataan dan bayarannya adalah sekitar usd 5 untuk satu entri. Program ini kelihatan begitu mudah tetapi syaratnya anda perlu mempunyai blog yang berbahasa inggeris. Jika syarat itu mungkin berat untuk anda maka join sahaja PayUPahala2blog!
Menjana Pahala dari Blog
“Sebagaimana tubuh atas dunia ni berkehendak kepada makan dan minum, maka roh juga berkehendak kepada makan dan minum. Untuk makan dan minum di dunia ini kita terpaksa menggunakan duit untuk membeli beras, petrol, bayar sewa rumah. Tetapi duit tu tak laku lagi bila sahaja kita masuk ke dalam kubur. Duit Amerika tak laku. Jongkong emas pun tidak laku. Yang laku hanyalah PAHALA.”
Kenyataan diatas adalah lontaran dari Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan dengan pahala. Jika sebelum ini kita telah banyak membaca informasi tentang betapa hebatnya penangan blog sehingga boleh menjadi salah satu sumber rezeki, tahukah anda bahawa blog juga mampu menjadi penyumbang pahala kepada pemiliknya tidak kira samada blog anda berbahasa inggeris ataupun melayu.
Kita telah jelas bahawa blog itu adalah salah satu cabang media yang begitu popular pada masa kini. Apa jua perkongsian di blog mampu disebarkan ke seluruh dunia dalam jangka waktu yang singkat . Oleh kerana itulah mengapa ada pengiklan-pengiklan yang sanggup membayar sehingga ribuan ringgit kepada seseorang blogger untuk membuat satu entri khas tentang mereka di blog.
Bilamana membicarakan tentang menjana pahala dari blog ianya tidak tertumpu pada blog blog-blog yang mempunyai isi tazkirah semata bahkan sebarang perkongsian ilmu yang memberi manfaat kepada orang ramai tetap dikira ibadah dan juga ada nilainya disisi Allah sebagaimana satu ungkapan dari para ulama Islam:
“Setiap pekerjaan yang baik menuju ketaatan Allah, maka ia adalah dikira sebagai ibadah yang akan mendapat ganjaran pahala di sisiNya”.
Pahala tidak masuk Paypal
Paypal.Com adalah satu akaun kewangan maya yang membolehkan urusniaga berlaku di internet. Dengan menggunakan paypal kita boleh menjual sesuatu barang ataupun servis secara online ke merata dunia dengan begitu mudah. Lebih menarik pada waktu ini pihak paypal telah menambah satu lagi kemudahan untuk rakyat Malaysia iaitu kita boleh terus sahaja membuat pemindahan wang dari akaun paypal ke akaun bank di Malaysia tanpa perlu melalui kad debit lagi. Proses pemindahan ini mengambil masa 3 hingga 5 hari. Kemudahan yang disediakan paypal membuatkan banyak pengiklan-pengiklan memilih mereka sebagai platform untuk pembayaran wang kepada blogger.
Pernah terfikirkah kita bagaimana sekiranya kuantiti pahala yang diperoleh dari blog itu nampak nilainya dan boleh dilihat sebagaimana kita masuk ke akaun Paypal? . Bangun pagi sahaja kita terus login ke akaun pahala dan berkata “owh! semalam ada seorang hamba Allah telah mendapat manfaat dari entri aku yang ini dan pahala aku dapat sebanyak ni.. ” atau “ohoh! pahala aku dapat berganda kerana orang ini benar-benar berubah dari entri tazkirah yang lepas!” ( Berubahnya dia adalah atas izin Allah cuma mungkin sesuatu entri adalah as-sebab sahaja). Seakan menyeronokkan bukan? Tetapi hakikatnya tidak begitu.
Kita boleh saksikan setiap wang yang diterima dengan membuka akaun paypal tetapi ini tidak berlaku apabila kita menjana pahala dari blog. Ganjaran pahala itu insya_Allah ada tetapi ianya menjadi rahsia Allah dan ini merupakan satu motivasi buat kita untuk sentiasa ikhlas dalam melakukan amal baik.
Renung Sejenak
Dunia ini adalah satu persinggahan buat kita sebelum meneruskan perjalanan ke akhirat. Dalam kesibukkan kita membina kredibiliti di dunia maya ini dan juga menjana wang di internet jangan sesekali terlupa untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin sebagai bekalan kita di destinasi akhir itu nanti. Jika USD merupakan mata wang yang biasa kita terima ketika menjana wang di blog maka perlulah diingat bahawa mata wang pahala juga tinggi nilainya. Fahami dan dalami kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini:
“Sesetengah orang tidak berapa minat hendak cari pahala. Apa yang dia minat ialah hendak cari duit, hendak cari harta. Kepada orang-orang begini, dia kena faham bahawa pahala adalah duit “mata wang” yang sangat berguna bila kita masuk ke dalam kubur”
P/S : Ini merupakan Artikel saya yang dikitar semula dan ditambah rencah sedikit.
Entri Berkaitan:
Tags: bagaimana tulis blog dapat pahala, jana pahala, pahala dari blog, raih pahala dengan blog







14 Responses to “Jom sertai PayUPahala2Blog!”
By samdaddycool on May 7, 2010 | Reply
Insaf.. insaf..
JOM login akaun PayUPahala2Blog (clik to register)..
[Reply]
By sangilapi on May 7, 2010 | Reply
kebetulan sungguh…petang tadi buat satu entry baru,guna gambar smiley….malam ni bila aku masuk blog ko,mat…pun guna gambar smiley jugak
[Reply]
By knightblogger on May 7, 2010 | Reply
hehe..ada ke website tu..
[Reply]
By imran on May 8, 2010 | Reply
Masalahnya, ramai yang nampak duit dari pahala
[Reply]
By Dila.13 on May 10, 2010 | Reply
smiley di mana-mana.. maksudnya, happy sentiasa
[Reply]
By samanosuke_04 on May 10, 2010 | Reply
stuju sangat ngan imran.. hehe, aku pun baru nak berjinak2 gak ngan entri2 berciri tazkirah nie..
1 Q : ade betul ke laman web payupahala2blog tue? mane link dia?
[Reply]
By nuaeman on May 10, 2010 | Reply
Register jangan tak register Sam.. tetapi program ni kalau tak register pun masih boleh buat post.
[Reply]
By nuaeman on May 10, 2010 | Reply
Kita sejiwa lah tu.. hehe..
Tapi hatiku sakit hari ini..
[Reply]
By nuaeman on May 10, 2010 | Reply
Kalau takde bolehlah beli domain tu..
[Reply]
By nuaeman on May 10, 2010 | Reply
Tapi hari ini macam kurang happylaa Dila..
[Reply]
By nuaeman on May 10, 2010 | Reply
Setujuuuuuu sangat!
[Reply]
By nuaeman on May 10, 2010 | Reply
Takde lagi laman webnya.. kalau nak diwujudkan pun boleh..
[Reply]
By Dila.13 on May 11, 2010 | Reply
Bro Nuaeman kena tunggu season depan Man Utd rampas balik trophy liga ye baru happy? World Cup mana negara Bro adopt buat negara kedua?
[Reply]
By sangilapi on May 12, 2010 | Reply
mat,bawa-bawa bertenang mat…moga ijad tak tambah ‘lauk’ kat ko,mat
[Reply]