Jom Periksa Solat Kita!


Ditulis pada July 4, 2008 – 7:44 am | Oleh nuaeman
Share

Aku dikejutkan awal dari tidur hari ni.. syok sangat baca buku terbaru Pak Habib ” Dunia Belum Kiamat 1 ” semalam.., sampai tak sedar aku dah berada kat alam lain.. hehe.. sedar-sedar dah pukul 5.00 pagi.. lepas mandi dan solat.. aku ambil masa sat untuk berfikir sejenak.. fikir tentang perkara yang selalu kita buat.. tapi kemanisannya macam tak terasa.. ada sesiapa rasa macam tu tak? owh aku lupa lupa bagitau perkara yang aku fikir.. hehe.. sorry.. ianya tentang SOLAT.

Aku tau benda ni dah biasa disebutkan dan aku pun timbulkan perkara ni sebab utamanya adalah nak mengingatkan diri aku. Di hari Jumaat yang mulia ni sesuailaa kot untuk kita sama-sama renungkan soal kita dan solat.., sejauh mana kita menepati janji-janji kita dalam solat..? apakah solat kita selama ni mampu mencegah diri kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar..? Tentang solat aku tengok alhamdulillah.. ramai antara kita yang dah laksanakan..tetapi untuk menterjemahkan isi solat tu dalam kehidupan.. emm… berapa kerat jee aku rasa yang mampu yek? Maksudnya.. solat kita selama ni tak berjaya mendekatkan hati kita dengan Allah.. ish.. Di dalam Taurat Allah ada menyebut melaui firman-Nya

” Hai manusia, usahlah kamu lepas peluang supaya kamu berdiri dihadapan-Ku dalam keadaan solat sambil menitiskan air mata,kerana Akulah Allah yang boleh mendekati hatimu dan melalui ghaiblah kamu boleh melihat nur rahsia Ku”

Akan ada satu perasaan yang luarbiasa sekiranya hati kita ni betul-betul rapat dengan Allah.Kira satu perasan yang khusyuk gitu…. Dalam satu tazkirah Tuan Guru Nik Aziz ada diceritakan tentang hikayat orang yang kusyuk yang mana ianya datang hasil dari keimanan dan keyakinan kita kepada keagungan Allah. menurut Tuan Guru Yakin tu.. kedudukannya setingkat lebih tinggi daripada mengetahui (alim) kerana orang yang alim ni.. belum pasti yakin dengan apa yang dia tahu.. emm.. macam sesetengah dari kitalaa yek.. tahu.. tapi tak yakin… emm.. okeh kita cuba dalami apa maksud Yakin pulak..

Kata Tuan Guru lagi.. Keyakinan itu berpunca daripada memahami dengan mendalam, keagungan dan kewibawaan Allah SWT. Setelah ianya masuk ke sanubari maka akan lahirlah sifat khusyuk kepada Allah SWT… emm kesimpulan yang aku dapat buat.. hati kita memang belum cukup yakin walaupun secara lisan setiap hari kita mengulangi ayat-ayat yang terkandung dalam solat.. ianya sekadar lepas di mulut tetapi tidak langsung terdetik dihati…

Wallahualam…

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Status Pengabai Solat
  2. Kenapa ramai orang Malaysia takut nak ke saf depan bila solat?
  3. Masih adakah peristiwa Israk Mikraj di Jiwa kita?
  4. Benarkah Kita mengasihi Allah?
  5. Kita Manusia yang berotakkan Kelkatu?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 3 Responses to “Jom Periksa Solat Kita!”

  2. By yazidyahaya on Jul 5, 2008 | Reply

    iye..betul tu..saya sokong..tetapi kekadang tengah solat fikiran kita melayang..tapi kalau kita fokus dan tekun kita akan merasakan..yang kita hampir dengan dengan Allah..bila kita hampir dengan Allah..kita akan berasa lega dan tenang untuk melakukan pekerjaan..jadi sila fokus bila waktu solat..itu penting

    [Reply]

  3. By nuaeman on Jul 5, 2008 | Reply

    Betul tu yazid.. bukan buat bisnes jee kene fokus.. hehe.. peringatan untk diri aku jugak

    [Reply]

  4. By sangilapi on Jun 6, 2010 | Reply

    nak khusyuk dalam solat ? tak cukup dengan sekadar perlakuan(syariat) sahaja.

    solat itu bukan sekadar tunggang-tonggek sahaja,ada maksud yang lebih tersirat :)

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge