Jana Wang melalui Wang Pos: Halal atau Haram?
Ditulis pada November 10, 2009 – 4:25 pm | Oleh nuaeman Share
“ Ini senang punya bisnes.. modal RM 30 saja maa.. ramai melayu suka tau..”
Lelaki yang agak berusia berbangsa cina ini bersungguh-sungguh benar mengajak aku dan isteri menyertai program ‘buat duit’ melalui wang pos yang diperkenalkannya kepada kami sementara menunggu kereta siap diservis.
Aku sebenarnya dah lama tutup pintu untuk program-program sebegini dan kini lebih selesa dengan sumber pendapatan yang jelas tanpa perlu melabur buta walaupun hanya RM 30. Tertanya-tanya juga apakah yang dilakukan ini boleh dikategorikan sebagai bisnes sedangkan tidak ada produk. Satu lagi perkara yang dicanangkan ialah konsepnya untuk bantu membantu sesama kita. Sekali fikir macam boleh terima tetapi alangkah lebih elok jika mendapat ulasan dari mereka yang lebih ahli dalam hal ni.
Kebetulan pula ketika membaca majalah Solusi keluaran ke 13 ada membicarakan isu yang bermain di kotak fikiran aku ini. Aku kongsikan disini ulasan yang dibuat oleh Ustaz Zaharudin Abdul Rahman berhubung kemusykilan seorang pembaca berkenaan pelaburan dalam sistem wang pos. Oleh kerana ulasan itu agak panjang aku cuba bentangkan dalam bentuk point supaya mudah untuk dibaca.
Soalan
Saya ada masuk suatu program pyramid, dengan modal cuma RM 30. Caranya ialah dengan membeli wang pos berjumlah RM 5 sebanyak enam keping. Setiap satunya hendaklah ditulis dengan nama si penerima di ‘atas’ kita dan ini merupakan sumbangan ikhlas kita. Kemudian setelah nama kita tersenarai, kita mencari ahli-ahli baru pula dan giliran kita pula mendapat sumbangan RM 5 daripada ahli dibawah. Dalam masa sebulan berbelas-belas keeping wang pos akan diterima dan berjumlah beratus-ratus ringgit.
Soalannya, apakah hukum menerima duit tersebut? Pelaburannya Cuma RM 30 tetapi pulangannya agak lumayan.
Jawapan
Berdasarkan penerangan diatas sistem pelaburan tersebut tidak halal di sisi Islam.
Ia juga tidak boleh dikategorikan sebagai pelaburan. Mengapa?
Rukun Pelaburan Islam dibawah konsep mudarabah dan musyakarah adalah
- Wang Pelaburan dalm jumlah tepat dan diketahui
- Pelabur
- Pengusaha
- Bisnes yang Halal/pekerjaannya
Antara syarat sahnya pula
- Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama
- Tiada jaminan modal selamat
- Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu
Huraian
1.Tiada Perniagaan
Berdasarkan rukun dalam pelaburan Islam atas asas mudarabah dan musyarakah ianya mesti ada satu perniagaan yang halal serta terbuka kepada untung dan rugi.
Masalah sistem ini:
- Duit pelabur (peserta) diserahkan tetapi tiada perniagaan tertentu dijalankan.
- Ada pula jaminan sebagai sumber mendapat untung.
Persoalan
- Dimanakah datangnya sumber mendapat untung tersebut?
- Apakah produk sebenar jika ianya dikatakan perniagaan?
- Tidak dinyatakan ‘profit sharing ratio’ andai dikatakan ianya berdasarkan profit sharing.
Kesimpulan
- Jelas, sistem yang dilaksanakan tidak menepati rukun pelaburan dalam Islam.
- Menjual pusingan ahli dan sistem piramid adalah tidak diterima Islam.
- Hukum tak berubah walaupun berselindung dibawah konsep ta’awun (kerjasama), sedekah, tolong menolong dan sebagainya.
2. Elemen Riba
Berdasarkan sistem yang dibuat setiap peserta dijanjikan dengan pulangan lumayan jadi mereka akan menyertai sistem dengan niat, harapan serta janji oleh pihak pengurusan bahawa mereka akan mendapat derma dalam bentuk wang dengan nilaian yang lebih banyak dari apa yang telah diberi.
Penjelasan
Di dalam feqah Islam seseorang yang menderma tidak boleh mensyaratkan kepada penerima atau mana-mana pengurus sistem untuk mengembalikan sejumlah wang semula kepadanya, khususnya dalam nilai lebih besar. ( ini sistem buruk siku ni.. ?)
Jika berlaku, sifat hadiah tadi akan berubah daripada hadiah biasa kepada hadiah bersyarat pulangan. Ini telah mengubah kontrak asal ‘derma’ kepada sifat ‘jual beli’. Berbalik kepada hukum, Islam mengharamkan pertukaran wang dengan wang yang berbeza nilainya dan bertangguh pula.
Selain itu, sifat jual beli mewajibkan agar semua rukun dan syaratnya ditepati dan jelas seperti subject matter, tempoh,nilai, pihak yang bertransaksi dan lain-lain.
Masalah sistem ini
- Banyak perkara yang tidak jelas seperti:-
a) Tempoh dapat semula wang
b) Berapa nilai,
c) Siapa pihak yang disebelah sana yang sedang berurusan dengan kita
Kesimpulan
- Konsep yang dibawakan oleh sistem wang pos iaitu derma dan tolong menolong tergolong dalam kategori bermasalah dari sudut rukun jual beli Islam.
- Sistem ini jatuh dalam kategori riba atau syubhah riba yang merupakan haram disisi Islam
3.Elemen Judi
Bilamana peserta memberikan sejumlah wang untuk menyertai sistem yang diistilahkan sebagai ‘derma’, mereka tentunya mengharapkan pulangan berlipat ganda di kemudian hari tetapi dapat atau tidak ianya masih belum pasti. Tatkala itu definisi judi, spekulasi dan gharar wujud dalam pelaburan ini.
4. Makan Harta secara Batil
Berdasarkan huraian sahabat besar, ibnu Abbas r.a semasa menghuraikan ayat ke 29 dari surah al-Nisa’ yang bermaksud “ Wahai orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.”
Beliau mentafsirkan erti makan harta secara batil,palsu dan tidak sah adalah mengambil harta tanpa balasan kerja yang setimpal. (Ruj tafsir al-Tabari, al-Razi)
Terdapat juga athar yang disandarkan kepada ibnu Abbas yang beliau berkata: “ Riba adalah setiap hadiah yang mensyaratkan pulangan lebih besar daripada pemberiannya” (Al-Jami’fi Usul al-Riba)
Kesimpulan
- Program Wang Pos jatuh dalam erti kata mengambil harta orang lain tanpa kerja yang setimpal atau pemberian yang setimpal. Ianya hanya mengambil keuntungan di atas jumlah orang yang masuk ke dalam sistem.
- Ianya sama sekali tidak berbeza dengan ciri-ciri riba iatu wang dipaksa melahirkan wang yang lain tanpa sebarang perantara aset dan kerja yang menambah nilai ekonomi setempat.
Kalau rasanya masih belum jelas adalah lebih baik sekiranya dapat menghubungi Ustaz Zaharudin sendiri. Apa yang disampaikan ini adalah sekadar perincian dari ulasan beliau di majalah Solusi isu 13 dan boleh juga dibaca dilaman web beliau. Rasanya INI salinan originalnya.
Entri Berkaitan:























16 Responses to “Jana Wang melalui Wang Pos: Halal atau Haram?”
By aidi-safuan on Nov 10, 2009 | Reply
ouhhh…camtuh rupanya…thanx for da info!
click ur ads~
[Reply]
By denaihati on Nov 10, 2009 | Reply
beza pinjaman perumahan dan kereta antara islam dan sistem bukan islam adalah nilai yg ditetapkan dan ada akad di mana ke dua pihak bersetuju. Bukan kah sistem wang pos ni berlaku apabila peserta sudah bersetuju dengan sistem agihan dan perkongsian. kemudian duit hanya di perolehi jika peserta buat kerja iaitu mencari peserta baru yang bersetuju dengan sistem yang disediakan.
[Reply]
By shahrul on Nov 12, 2009 | Reply
Derma menderma. Ambil duit org tanpa memberi produk atau servis mmg org penipu lah tu.
[Reply]
By farahaznil on Nov 13, 2009 | Reply
aku tak penah msk program ni..tp aku penah dpy wang ppos dr titan..hi hi hi
[Reply]
By nuaeman on Nov 14, 2009 | Reply
saya faham tu.. cuma persoalannya tidak ada konsep perniagaan disitu.. kemudian duit itu memang hasil pusingan ahli-ahli.. nak kata konsep kutu pun bukan sebab macam kutu.. pengeluran kita adalah sama sesama ahli.. cuma untuk dapat duit tu ikut giliran.. macam wang pos ini yang sama faham dari mereka yang promosikan.. keluar sekali jee.. lepas tu dapat berkali-kali.. kalau berdasarkan pernyataan di atas tu.. ianya tak boleh dikira derma.. dan walau peserta dah setuju.. rasanya setiap kali yang join tu mesti ada niat nak untung berganda.. kalau saja-saja masuk.. baik sedekah masjid saja..
sekadar pendapat saya laa..
[Reply]
By nuaeman on Nov 14, 2009 | Reply
[Reply]
By nuaeman on Nov 14, 2009 | Reply
aku pernah terjebak juga masa pelaburan internet dulu.. lebih kurang sama jugak konsepnya.. huhu.. hangus…
[Reply]
By titan on Nov 14, 2009 | Reply
aku pernah juga buat benda ni dulu. masa umur 17-18 tahun dulu. Sekarang, biarlah. Kekadang dapat gak surat2 camni. Aku abaikan aje..
[Reply]
By samdaddycool on Nov 18, 2009 | Reply
Aku pernah ditegur beberapa tahun lepas tentang benda ini…
PERSOALANNYA : sebab ia konsep piramid, apa akan jadi pada orang terakhir?
Orang atas untung, yang akhir takde untung/ sia-sia sebab semua oranfg di atasnya dah buat, jadi dah tepu.
Betul ia sebenarnya salah sebab kita meminta sumbangan orang (guna nama Allah plak tu), padahal untuk kegunaan sendiri. Yang layak meminta sedekah adalah fakir dan miskin sahaja.
[Reply]
By samdaddycool on Nov 18, 2009 | Reply
Berlambak aku dapat sekarang, boleh kata seminggu sekali mesti dapat.
[Reply]
By faizulamin on Nov 20, 2009 | Reply
ada seorang teman dulu, cukup bangga bila sebut dia bersumber pendapatan dari wang pos ini.
tarbiah islam ada, tp mungkin ia terlupa bab ini. semoga diampunkan dosanya..
[Reply]
By reezluv on Dec 10, 2009 | Reply
dulu aku penah buat..masa taktau apa..skang ni aku snyum jek tengok flyers merata2…hehe
[Reply]
By emmar on Mar 3, 2010 | Reply
ada orang datang kpd kami, katanya orang drpd JAIS dan dikalangan ustaz pun dah dengar, kata mereka tak nampak penipuan atau salah dr segi syarak. dan sekarng mereka pun dah masuk program ni.
[Reply]
By intan on Mar 9, 2010 | Reply
Rata2 yg selalu ditipu adalah org kita sendiri.Sebabnya? Kerana tamak. Mahu dapat duit cepat.Yang kedua sebab jahilnya tentang hukum hakam agama. Halal haram semuanya ditolak ketepi kerana duit.
[Reply]
By Aery on Apr 12, 2010 | Reply
haram la pulak..aku baru je join..
[Reply]
By suria on Apr 30, 2010 | Reply
ntah..klu haram nape msih ade bnde2 ni..kejap ckp len..kjap nnti ckp len..mne orng2 yg septtunye nape xbnteras hingga akar umbi..mkn gji bute pe ke..
[Reply]