Izinkan Daku berzina..
Ditulis pada December 12, 2008 – 5:24 pm | Oleh nuaeman Share
Hari ini jika diperhatikan perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim seakan tidak ada batasan lagi. Berpegang tangan sudah jadi perkara biasa manakala bercium di khalayak dah macam tak jadi satu kesalahan.
Aku teringat satu peristiwa ketika aku keluar minum dengan seorang sahabat beberapa minggu lepas. Pada waktu tu lebih kurang jam 11.00 malam yang mana pelanggan dah agak berkurangan di warung yang kami singgah. Di belakang sahabat aku ada satu lagi meja yang dihuni oleh dua anak muda berlainan jantina. Dari raut muka dan fizikal sememangnya masih kategori remaja bawah umur. Aku tidak marahkan mereka nak singgah minum disitu cuma satu perkara yang agak kurang manis berlaku.
Kelihatan dua remaja ni asyik berbalas ciuman sambil tangan menyeluk baju masing-masing. Tanpa rasa segan sedikit pun dengan orang sekeliling. Kelemahan iman aku hanya mampu untuk membenci perkara tu didalam hati. Terdetik rasa takut jika perkara-perkara ini berlaku pada anak-anak atau generasi aku akan datang. Owh..! Bagi mereka yang belum mempunyai hubungan yang sah dengan pasangan tetapi berhasrat untuk berpegangan tangan ataupun mungkin melakukan lebih dari itu sila renungkan kisah ini..
“Satu hari seorang pemuda datang menemui nabi Muhammad saw, dan berkata, “Ya Nabi Allah, izinkan daku berzina!”
Orang-orang disekitar nabi berteriak-teriak demi mendengar pernyataan pemuda itu. Namun, Nabi Muhammad saw, justeru berkata, ”Suruh pemuda itu mendekat padaku.” Pemuda itupun menghampiri nabi Muhammad dan duduk dihadapannya.
Nabi berkata kepadanya,””Apakah kamu suka orang lain menzinai ibumu?”
Segera pemuda itu menjawab, ”Tidak, semoga Allah menjadikan diriku sebagai tebusanmu”
Nabi saw bersabda, ”Begitu pula orang lain, tidak ingin perzinaan itu terjadi pada ibu-ibu mereka.””Sukakah kamu jika perzinaan itu terjadi pada anak perempuanmu?” tanya nabi saw lagi.
Dan dengan segera pemuda itu menjawab, ”Tidak, semoga Allah menjadikan diriku sebagai tebusanmu.”
”Begitu pula orang lain, tidak ingin perzinaan itu terjadi pada anak perempuan mereka.” kata Nabi saw.”Sukakah kamu jika perzinaan itu terjadi pada saudara perempuanmu?” Nabi saw kembali bertanya, dan sang pemuda menjawab ’Tidak!”, pertanyaan itu berlanjut hingga nabi saw menyebutkan saudara dari pihak ibu dan pihak bapak, dan untuk semua pertanyaan, pemuda itu memberikan jawapan yang sama.
Kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya yang mulia pada dada pemuda itu seraya berdoa, ”Ya Allah, sucikan hatinya, ampuni dosanya, dan pelihara kehormatannya.” Setelah itu tidak ada yang paling dibenci pemuda itu selain perzinaan.
Bagi aku kisah ini bukan sahaja ditujukan untuk kes berzina sahaja tetapi perkara-perkara lain yang mendekatkan kita dengan zina itu sendiri. Apakah kita akan redha jika cumbuan, berpegangan tangan dan lebih dari itu dilakukan kepada mereka yang sedarah dengan kita. Jika tidak matikanlah juga hasrat untuk melakukannya pada orang lain.
Moga ada manfaat
nuaeman
Entri Berkaitan:
























41 Responses to “Izinkan Daku berzina..”
By rohaizad on Dec 12, 2008 | Reply
Bila syaitan dan naik ke kepala, nafsu juga terus meng’iya’kannya.
* Apa-apa pun, blogger juga boleh memainan peranan dalam membantu dalam kempen kesedaran macam post ko ni.
rohaizad’s last blog post..Menjana wang dengan Chitika.
[Reply]
By KNizam on Dec 12, 2008 | Reply
dah kena malapetaka nanti diaorang sedar kot
KNizam’s last blog post..KNizam Artwerk Is Now Powered by WordPress 2.7 Coltrane !
[Reply]
By menteil on Dec 12, 2008 | Reply
yup! sokong rohaizad..
bukan untuk orang lain jer, tapi diri sendiri jugak..
[Reply]
By zariel on Dec 12, 2008 | Reply
semoga doa Rasullullah saw tempiasnya turut mengenai kita semua
zariel’s last blog post..Yang Terbaru… (entri malas)
[Reply]
By titan on Dec 12, 2008 | Reply
ehm..zaman sekarang. itu normal. kawin cerai. tu pun normal. bunuh membunuh. itu pun normal. tukar agama. itupun normal. arhh…aku tak tau lagi apa nak cakap. aii..
titan’s last blog post..13 Cara Pendapatan Internet Terbongkar
[Reply]
By samdaddycool on Dec 12, 2008 | Reply
Semoga aku dan keturunanku dijauhkan dari zina…
samdaddycool’s last blog post..Is this your dream car???
[Reply]
By eSempoi.com on Dec 12, 2008 | Reply
aku setuju dengan artikel ni… thanks, semoga ni semua jadi ingatan buat aku…
“kapel tak semestinya akan kawin”
eSempoi.com’s last blog post..Simbolik Seni orang ais
[Reply]
By pcuserz on Dec 12, 2008 | Reply
unsur negatif sebegini patut ditegah.
namun tak ramai yang berani tampil, menegah dan menegur. (termasuk saya yang lemah ini)
silap2 kita kene sergah balik.
moga2 diberikan kekuatan.
[Reply]
By ezad on Dec 12, 2008 | Reply
Erk nape xrakam gambar, kasi diorang malu..hehe
[Reply]
By chuckiesd on Dec 12, 2008 | Reply
ni laa yang berlaku sekarang ni..macam dah takder malu dan segan…macam dah tak ingat dosa dah…ni laa takut kalau jadi kat anak2 kita nanti..
chuckiesd’s last blog post..Slang orang Johor.
[Reply]
By Kujie on Dec 13, 2008 | Reply
babi tu dia kata haram- berbuih2 mulut dia mencela
tapi bersentuhan bukan muhrim juga haram
[Reply]
By EiNS on Dec 13, 2008 | Reply
Org berkapel xpe lg la…tp kalo dh tahap zina tu xleh dimaafkan la sbb dosanya terlalu besar..
Apa2hal kawen dlu pastu buat la apa yg suka ngan pasangan masing2..xde dosa dah..dia jadi pahala plak sbb memberi nafkah batin…
EiNS’s last blog post..Reunion Budak² Kelas 6 Merah
[Reply]
By ijamidayu on Dec 13, 2008 | Reply
Pelbagai isu.. Kita pun tidak pula menegur kesalahan depan mata..
Entah la.. Kemungkaran.. Sudah lama meningkat.. Apa pun sekarang lebih terang dan jelas..
Entah la.. Oh!! Bangsa n Agamaku..
ijamidayu’s last blog post..Bonus Hujung Tahun
[Reply]
By EmahTimah on Dec 13, 2008 | Reply
Hai.. tahnia sbb berjaya buat saya terkezut baca tajuk ini.. bgus sarat dengan msj berguna..
EmahTimah’s last blog post..Patutkah Cuti Kakitangan Awam Baru Dikurangkan?
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
Aku menyokong dan akan turut serta dengan saranan ko tu. sememangnya ianya perlu!
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
Masa tu dah terlambat.. walau tuhan dah tunjukkan pelbagai perkara.. tetap tiada kesedaran bagi mereka
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
bila kita menyeru kepada kebaikkan sememangnya benda tu utamanya adalah kepada penulis.. peringatan diberikan untuk perkongsian bersama.. dengan harapan sekiranya bernilai.. mohon keberkatan dariNya..
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
Ya, kalau boleh memang nakkan begitu kerana kita juga umatnya walau tak sempat menemuinya..
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
Akhir zaman Titan.. dah tertulis ianya akan berlaku.. secara tak langsung menguji kita juga..
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
Amin.. moga begitu hendaknya.. Sam
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
Betul.. kapellaa sepuluh tahun pun tapi kalau dah bukan jodoh.. tetap tak jadi..
(ada pengalaman nih)
[Reply]
By sufian on Dec 13, 2008 | Reply
baca tajuk aku dah panas! tapi bila baca isi (kisah sahabat)..sejukkk hati aku..
sufian’s last blog post..Screenshot Maybank2u Phishing!
[Reply]
By Taukey on Dec 13, 2008 | Reply
aku bab macam ni aku akan fikir dua tiga kali. aku akan fikir kalau anak aku ke, kalau adik perempuan ke, anak buah aku ke yang terkena. macam mana perasaan aku. sebab tu aku tak buat. satu lagi curang. Aku tak pandai bab bab tu. aku tgk orang sekeliling aku senang senang jer buat. tapi aku takut. aku takut perasaan orang terluka.
Taukey’s last blog post..Kursus Belajar Joomla
[Reply]
By chuckiesd on Dec 13, 2008 | Reply
betul laa…mintak di jauhkan daripada bender2 macam ni…takut kena kat family sendiri..
chuckiesd’s last blog post..Slang orang Johor.
[Reply]
By izzat aziz on Dec 13, 2008 | Reply
pertama masalah ibubapa yang “tkpelah budak zaman sekarang”
kedua undang2 mcm tkde je.. nama je negara islam..
ketiga manuzia akhir zaman..
izzat aziz’s last blog post..akademik dan bukan akademik
[Reply]
By nadinezuharra on Dec 13, 2008 | Reply
emm..orang sekarang dah ‘open minded’ mcm orang barat..tu yang buka sana sini tu..perangai pun bebas semacam,takde sape nak larang walaupun parent sendiri..Nauzubillah…
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
Iman yang kita ada sekrang memang lemah.. hanya mampu sisihkan dalam hati sahaja.. tak ketinggalan juga sama..
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
Menngaibkan orng pulak nanti zad..
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
betul tu kak jie.. babi mereka geli amat.. tapi main geli-geli ngan pasangan bukan muhrim boleh pulak dia kata nikmat.. adei..
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
itu yang sangat ditakuti.. zaman anak-anak kita esok
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
sebelum kahwin mereka rasa seronok seban syaitan ada join sekali..
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
Tanggunjawab kita sekarang mengingatkan antara satu sama lain..
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
Mekasih.. selalu-selalulaa singah cik emahtemah..
[Reply]
By nuaeman on Dec 13, 2008 | Reply
Baguslaa camtu taukey.. memang begitulaa sepatutnya
[Reply]
By nuaeman on Dec 14, 2008 | Reply
Nasib baik baca sampai habis dulu yek..
[Reply]
By nuaeman on Dec 14, 2008 | Reply
setuju dengan kamu.. terutama sekali pasal akhir zaman..
[Reply]
By nuaeman on Dec 14, 2008 | Reply
benda ni dah terlalu berluasa sehinggakan kita nak menegur pun jadi serba salah.. orang nak buat baik pulak rasa segan.. dunia dah terbalikkan..
[Reply]
By aleh49 on Dec 16, 2008 | Reply
tlalu bebas sgt..ble dtgur..yg dhwb “ko sbuk pasl..kbur ko lain..kbur ak lain la”..
aleh49’s last blog post..35 shortcuts untuk photoshop.
[Reply]
By Hamba Allah on Aug 18, 2010 | Reply
Salam …saudara nuaeman ,izinkan saya berkongsi post ini di blog saya ,ya??
Hamba Allah recently posted..If you register your site for free at
[Reply]
nuaeman Reply:
August 18th, 2010 at 4:35 pm
Silakan ya Hamba Allah.. perpanjangkanlah jika ada manfaat..
[Reply]