Istimewa Buat Yang Bernama Wanita


Ditulis pada April 9, 2010 – 3:28 pm | Oleh nuaeman
Share

Seloka ini menjengah kantung email aku. Sesuai untuk dikongsi bersama. Walaupun istimewa buat wanita tetapi peringatannya untuk lelaki juga. Mari kita renungkan dan ambil pengajaran..

Buat teman-teman yang diingati..

Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji…

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka…

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa…

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji….

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih…

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu…

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian…

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman…

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan…

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenangan…

(Sumber :Email)

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Emansipasi Wanita di dalam Perempuan Berkalung Sorban
  2. 10 Kesilapan Wanita tentang Aurat dan Tudung
  3. Andai Ramadhan Ini Yang Terakhir..
  4. Buku yang buat para isteri Resah
  5. Inilah Kebenaran-kiranya itu yang dicari..

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 376 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 22 Responses to “Istimewa Buat Yang Bernama Wanita”

  2. By cyza on Apr 9, 2010 | Reply

    Wah penuh bermakna dan puitis…

    [Reply]

  3. By rohaizad on Apr 10, 2010 | Reply

    Entahnya… sejak dua menjak nih, aku tengok dak Ahmad ni punya entri… lain bebenor. Haha

    [Reply]

  4. By imran on Apr 10, 2010 | Reply

    Ni pengaruh buku-buku Ustaz Hasrizal la ni :D

    [Reply]

  5. By sangilapi on Apr 10, 2010 | Reply

    betullah entry amat ni asyik-asyik bab perempuan,aku nak komen pun serba salah :)
    seloka yang bermakna…..carilah teman hidup sebagai pelengkap diri :)

    [Reply]

  6. By nuaeman on Apr 10, 2010 | Reply

    haha.. khas buat blogger-blogger yang dalam hati ada taman ni..

    [Reply]

  7. By nuaeman on Apr 10, 2010 | Reply

    hehe.. bagus apa buku-bukunya.. :) sekrang sedang membaca buku Pak Cahyadi.. “Bahagiakan Diri dengan satu istri’

    [Reply]

  8. By nuaeman on Apr 10, 2010 | Reply

    Huhu.. puitis ke.. tapi copy paste dari email jee ni

    [Reply]

  9. By nuaeman on Apr 10, 2010 | Reply

    Bukan yang pasal kencing berdiri ituhari bab lelaki ke bang.. :)

    [Reply]

  10. By Nadri on Apr 10, 2010 | Reply

    moga kita menjadi suami mithali hendaknya..

    [Reply]

  11. By samanosuke_04 on Apr 12, 2010 | Reply

    hehehe… bagus2! barulaa gadis2 yang baca mende nie buat pilihan yang tepat.. tepat cam aku ke.. hahaha! anyway, sori lama tak hopping sini.. hohoho

    [Reply]

  12. By hafizmd on Apr 12, 2010 | Reply

    cukup bermakna..ade tips dan panduan yang boleh kite gune..moge menjadi suami soleh dan isteri yg solehah..ameen

    p.s – juge buat sesape yg hatinya berbunga bak ditaman

    [Reply]

  13. By fiezaradzi on Apr 12, 2010 | Reply

    moga dapat mjadi panduan buat semua.. terima kasih

    [Reply]

  14. By cyza on Apr 12, 2010 | Reply

    Ada satu movie ko kena tgk….

    http://cyza.us/2010/04/hachiko-a-dogs-story-review/

    Check it out… :)

    [Reply]

  15. By zik on Apr 12, 2010 | Reply

    syukran :-)

    [Reply]

  16. By adamfaiz on Apr 13, 2010 | Reply

    Kepada yang dah ada rumah tapi belum ada “tangga” tu, eloklah cari teman jika berkemampuan…

    [Reply]

  17. By nuaeman on Apr 14, 2010 | Reply

    Amin.., harap-harap begitulah hendaknya bro..

    [Reply]

  18. By nuaeman on Apr 14, 2010 | Reply

    memang lama tak nampak ko, sibuk ke? :)

    [Reply]

  19. By nuaeman on Apr 14, 2010 | Reply

    siapa yang hati berbunga tu.. :)

    [Reply]

  20. By nuaeman on Apr 14, 2010 | Reply

    Maaf sngat dengan Puan fieza.. tetapi jgn risau komen puan fieza semua telah saya gali.. :)

    [Reply]

  21. By nuaeman on Apr 14, 2010 | Reply

    Baru lepas tengok.. sayu tapi air mata aku mahal sikit.. :)

    [Reply]

  22. By nuaeman on Apr 14, 2010 | Reply

    :)

    [Reply]

  23. By nuaeman on Apr 14, 2010 | Reply

    Ya betul.. kalau siapa nak tambah tangga pun boleh juga.. hehe

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled