Inilah Kebenaran-kiranya itu yang dicari..

Posted by | Posted in Agama, Pembangunan Diri, Review | Posted on 31-10-2008

Sebagai seorang Islam kerap kali aku memikirkan apakah aku benar-benar mengamalkan segala titah tuhan dalam keseluruhan hidup aku. Secara jujur ramai antara kita yang hanya meletakkan Islam dalam ruang lingkup ibadah sahaja tetapi dalam soal kehidupan bermasyarakat, ekonomi dan politik kita hanyut, di mana banyak yang menyimpang dari kehendak Islam sebagai Ad-din.

Lambakan informasi-informasi yang mengelirukan bahkan ada juga yang menyesatkan menjadikan kita semakin jauh dengan ajaran Islam sebenar sebagaimana yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW. Di tengah-tengah arus kemodenan ini aku lihat Islam di tekan dari setiap penjuru. Ianya bukan sahaja datang dari kaum kafir dan juga misionaris Kristian yang sememangnya telah dinyatakan didalam Al-quran sebagai golongan yang sesat bahkan tambah buruk Islam di pijak oleh penganutnya sendiri. Atas nama mengikut peredaran zaman wujudnya jenama-jenama baru seperti Islam Liberal, Islam Progresif dan beberapa lagi. Kehadiran jenama-jenama baru ini telah menodai kesucian Islam dan mengundang senyum para Ahli Kitab yang telah sekian lama berhasrat untuk memusnahkan serta melemahkan keyakinan umat Muhammad.

Usaha para ahli kitab seakan berjaya apabila timbul terlalu banyak keraguan yang diwujudkan oleh umat Islam sendiri. Sebahagian yang kononnya memperjuangkan feminisme cuma membuktikan bahawa ajaran yang dibawa Rasulullah ada yang telah lapuk dan tidak up to date. Tidak kurang yang mengatakan ianya menindas kaum hawa. Ya Allah.. apa ini semua? Dan aku.. sebagai seorang yang seumur hidupnya mengakui Islam adalah agama yang diwahyukan tuhan. Apa sumbangan yang mampu aku lakukan untuk menangkis ini semua. Kiranya datang golongan -golongan tersebut ataupun mereka-mereka yang sangsi dengan Islam dan bertanyakan tentang kekeliruan yang timbul ini apakah aku telah bersedia dengan segala hujah dan dalil untuk dijadikan perisai bagi melindungi Ajaran suci ini.  Owh.. secara jujur aku sendiri lemah..

Sekiranya difikir sejenak, Allah telah sediakan petunjuk kepada kita iaini Al-Quran sebagai panduan. dan Rasulullah pula telah tinggalkan hadis buat umatnya sebagai rujukan tetapi umat islam sendiri yang menjauhkan diri dari kebenaran walhal segalanya telah ada didepan mata. Ramai dari kita  yang hanya mengguna pakai ajaran Islam yang dirasakan bersesuaian dengan kehendak diri manakala yang berlawanan kita buat-buat terlepas pandang. Tidak sedikit pula yang juga ada menaruh rasa benci pada agama yang mereka anuti ini. Jika inilah yang ada pada jiwa seorang Islam apakah mereka akan menemui jalan kebenaran?

Aku sebenarnya merujuk pada diri sendiri yang kononnya ingin mencari kebenaran tetapi tindak-tanduk sendiri masih lagi banyak yang menjarakkan hubungan aku dengan Allah. Dalam aku tercari-cari informasi-informasi yang berguna dalam merungkai permasalah yang berlaku di kalangan umat Islam tika ini, akhirnya aku ditemukan dengan satu laman yang mempunyai misi yang cukup jelas. Bagi aku ini adalah salah satu laman yang bermanfaat dalam menjawab isu-isu yang aku bangkitkan tadi. Sesuai dengan pencarian aku, blog ini juga dinamakan sebagai Inilah kebenaran. Ianya dikelolakan saudara Menj. Selain padat dengan artikel-artikel tentang permasalahan dan juga perbandingan agama yang kerap dikemaskini ada juga disediakan pautan ke laman-laman yang seumpamanya.

Sekiranya korang juga seperti aku yang cuba mencari sesuatu maka sudah barang tentu korang juga akan teruja dengan blog ini. Bagi aku Inilah kebenaran kiranya itu yang dicari..

Assalamualaikum..

nuaeman

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

No related posts.

14 Comments

  • At 2008.10.31 05:20, Kujie said:

    laman web yang baik,
    bacalah…………carilah…….

    Kujie’s last blog post..Norman Hakim ditangkap khalwat?

    • At 2008.10.31 06:43, megat said:

      alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada orang yang punyai ilmu dan kajian yang cukup untuk menyebarkan dakwah secara tak langsung.

      pengasasnya cukup istimewa dan punyai banyak keistimewaan dalam mendalami ilmu agama kita.

      insya allah dengan adanya web berkenaan maka semakin dekat dan melahirkan ramai manusia yang berguna.

      • At 2008.11.01 05:53, Mohd Hafifi said:

        harap2 mcm tu la megat..

        Mohd Hafifi’s last blog post..Tag Oh Tag

        • At 2008.11.01 06:32, nuaeman said:

          Aku jugak mengharapkan begitu hendaknya..

      • At 2008.10.31 07:10, shaffik said:

        betul laa nuaeman…skang ni orang Islam sendir yng banyak wujudkan keraguan dikalagan umat Islam sendiri..sememangnya skang kita memang tak boleh laps daripada ini semua..Web tu byk memberi pengajaran dan mintak kita fikir-fikir sejenak dengan apa yang berlaku pada diri kita skang ni dan keadaan sekeliling….

        shaffik’s last blog post..Keep Your Credit Card Safe

        • At 2008.11.01 06:31, nuaeman said:

          Petanda akhir zaman.. tetapi kita tak boleh terleka dan perlu segera balik ke jalan Kebenaran..

        • At 2008.10.31 07:37, zariel said:

          aku pun macam kau. sendiri tertanya-tanya.aku sentiasa berharap dapat mendekatkan diri dengan Allah lebih lagi dari sekarang. sama-samalah kita ingat-mengingati…

          zariel’s last blog post..TAG Tertangguh Dari Lochoe

          • At 2008.11.01 06:30, nuaeman said:

            Ya, sama-samala kita ingat memperingatkan antara satu sama lain.. lagi-lagi untuk aku yang selalu terlajak dalam perbuatan..

          • At 2008.10.31 12:34, rohaizad said:

            power giler catatan ni. walaupun panjang, tetapi berjaya drag hati pembaca. tahniah!

            rohaizad’s last blog post..Adakah Google salah satu pembaca setia blog ini? Mengapa Menj ingin memberi RM10.00 setiap seorang?

            • At 2008.11.01 06:27, nuaeman said:

              terima kasih Jad.. moga apa yang datang dari hati akan sampai juga ke hati..

            • At 2008.10.31 12:36, menj said:

              Thanks boss sebab sudi review website aku tu….

              • At 2008.11.01 06:26, nuaeman said:

                Usaga kecil saja ni bro berbanding apa yang ko dah lakukan.. aku doakan projek ko ni berjaya.. insya_Allah..

              • At 2008.10.31 16:24, eyeman said:

                ehm. manusia ini berbeda. :)

                • At 2008.11.03 01:21, chuckiesd said:

                  menj…satu pendekatan yang berbeza untuk blog awk…keep it upp…

                  chuckiesd’s last blog post..Abdul Razak Baginda

                  (Required)
                  (Required, will not be published)
                  fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
                  Qatar Flights Flights to Johannesburg
                  Find Deals Discount Fares