Hebatnya kuasa Tuhan…


Ditulis pada June 23, 2008 – 9:40 am | Oleh nuaeman
Share

Agak mengantuk hari ni.. ditambah pulak dengan hari Isnin huh! memang badan rasa lemah jee nak buat kerja.. Lagipun hari ni memang tak banyak kerja.. Pagi-pagi dah sedia ngan “to do list” yang mana first thing nak buat ialah praktikkan kaedah buat duit yang baru dibeli dari Titan.. tup-tup.. program tu buat hal pulak.. berkali-kali letak email address masih lagi result nya “invalid email address”.. argghh.!!

Takpe.. Next..! Kali ni aku pergi website din beramboi pulak untuk download kaedah buat duit dengan Nuffnang.. Alhamdulillah.. berjaya dimuat turun dengan jayanya.. :) jeng. jeng.. jeng.. dengan senyum lebar aku mula buka file tu.. Erkk!! keluar lak message ” Error Bad Block” .. Apa kejadah pulak nih! okeh… sabar.. sabar.. aku try extract pulak.. mak aihh.. pun kene block gak.. Hampeh!! Apa malang daa..

Last-last aku termenung mengingatkan apa yang berlaku pada aku seawal pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja.. memang ianya betul-betul menggambarkan kuasa dan kehebatan Allah SWT. Aku agak terlambat sebenarnya ke tempat kerja pagi tadi.. dan dalam perjalanan pulak tiba-tiba jammed teruk di lebuhraya Pasir Gudang. Arggh!!.. tension betul.. dah tentu habis minyak yang aku baru sahaja tuang. Nak jadi cerita temp kereta aku pun entah apa sengalnya tetiba jadi begitu panas.. jarum temp sedikit demi sedikit naik hinggalah tinggal betul-betul bersebelahan dengan bahagian bewarna merah tu.. huhuhu.. tak senang duduk aku dan wife aku.. Pada masa yang sama kami sama-sama berzikir dan berdoa pada Allah.. supaya kereta aku tak buat hal.. dalam kami sama-sama menyebut ” Ya Allah.. Ya Allah..” satu keajaiban berlaku yang mana jarum temp tu secara perlahan-lahan turun… Ya Allah.. syukur sangat-sangat.. kalau tidak dengan pertolongan dan kehendakNya sure kereta aku dah tersadai kat tengah jalan dan bukan tu saje.. memang confirm kene hon bertalu-talu punya.. mesti muka paiseh.. je.. huh!

Itu pengalaman yang betul-betul terjadi keatas diri aku seawal pagi tadi.. apapun aku tetap lewat lebih kurang 1 jam. Tak kisahlaa.. janji kereta aku tak mati dan kitaorang pun selamat sampai.. Tak tahu apa lagi nak cakap.. disamping kesyukuran yang amat sangat.. hati ini berkata.. Hebatnya kuasa tuhan…..

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Akur dengan Rancangan Tuhan..
  2. Kalau Tuhan dah tentukan…
  3. Dah takde cerita lain agaknya Malaysia ni.. selain dari RASUAH dan Gila KUASA
  4. Hantu lagi.? ermm.. sungguh ke ni?
  5. Blog itu Bukan Tuhan!

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 376 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 9 Responses to “Hebatnya kuasa Tuhan…”

  2. By zaidi on Jun 23, 2008 | Reply

    kalau hati betul dengan Allah, pertolongan Dia pun betul2 hampir dengan kita

    [Reply]

  3. By xalimx on Jun 24, 2008 | Reply

    Itu lah kekuasaan ALLAH, membantu setiap insan di mana sahaja selagi kita meningatinya.

    “Barangsiapa mengingati Aku, maka Aku akan meingatinya 10 kali ganda” (kalau salah tlg betulkan)

    [Reply]

  4. By nuaeman on Jun 24, 2008 | Reply

    walau camne pun kereta aku memang ada something wrong.. dah sampai masa kot.. cam kita jugak…

    [Reply]

  5. By Raja Kamil on Jun 24, 2008 | Reply

    Alhamdulillah, hang dgn wife tak apa2.
    Hebatkan kuasa tuhan

    [Reply]

  6. By missus on Jun 24, 2008 | Reply

    memang hebat kuasa Tuhan…
    kita saje yg tak mengerti….
    alhamdulillah…..

    [Reply]

  7. By catzer on Jun 24, 2008 | Reply

    Ko doakan utk aku erk, supaya hati aku yg sakit ni sembuh cepat, dan lebih mudah aku focus job aku..Aku tetap berusaha utk diri aku tp..huhuhuhuuh..ko tahukan sakitnya hati bile ditinggalkan oleh org kita syg. :(

    [Reply]

  8. By nuaeman on Jun 24, 2008 | Reply

    Apsal pulak dengan kamu ni catzer.. ish.. ish.. sape yang tinggalkan ko ni.. alahai…Allah kan ade…

    [Reply]

  9. By Din Beramboi on Jun 24, 2008 | Reply

    Ya, kuasa Allah itu hebat…Dia akan tolong apabila kita betul2 harapkan Dia. Tak menduakan Dia…Mcm kes bro ni, duk tgh jalan raya xde sape dah yg patut mtk tolong. Mungkin ms tu harap kat Dia jer…menakjubkan..hu. Bersyukur lah…jgn di timpa musibah, baru nak ingat Dia..

    Catzer, sabar…Allah takkan berpisah dgn ko. Selangkah ko dekat dgn Dia, 10 langkah Dia dekat pd ko.. sabar k. :D

    p/s – Nueaman, teringat lak kisah aku ngan ko..huhu.

    [Reply]

  10. By sangilapi on Jun 6, 2010 | Reply

    banyak sangat rintangan tu bukan pasal apa,mat….DIA suruh ko tumpukan pada kerja-kerja pejabat :)

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled