Haramkah Berblogging?


Ditulis pada March 7, 2010 – 12:55 am | Oleh nuaeman
Share

Blogging merupakan suatu aktiviti yang dilakukan oleh seorang seorang blogger terhadap blog yang dimilikinya. Ini termasuk kerja-kerja mengemaskini blog, meletakkan pautan di blog, menyusun atur kedudukan widget di blog dan pelbagai lagi. Jika telah memiliki blog aktiviti-aktiviti ini merupakan satu perkara biasa. Secara kasar, tidak nampak sebarang unsur haram pada aktiviti-aktiviti yang disebutkan.

Dimana Haramnya?

Setakat ini tidak terdapat sebarang hukum yang dibuat mengenai blog dan juga aktiviti blogging. Walaupun begitu kita boleh sifatkan blog sebagai salah satu cabang media yang mana sama konsepnya sepertimana radio, TV, akhbar dan majalah maka baik ataupun buruk sesuatu media khususnya blog itu bergantung kepada pemiliknya. Kita boleh ambil analogi yang dibuat oleh Dr Yusuf al-Qardawi ketika menjawab tentang hukum menonton TV. Menurut beliau halal dan haramnya bergantung kepada cara dan tujuan sesuatu itu diwujudkan seperti halnya dengan pedang, jika di tangan mujahid ia adalah alat untuk berjihad; dan bilamana di tangan perompak, maka pedang itu merupakan alat untuk melakukan perkara kejahatan.

Secara realitinya pula kita boleh berfikir begini, jika sesuatu blog itu diwujudkan untuk berkongsi tentang sesuatu ilmu yang bermanfaat tidak kira samada ilmu dunia ataupun ilmu akhirat selama mana ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam maka jelas disitu tiada sebab untuk dijatuhkan haram keatasnya. Tetapi ianya akan menjadi sebaliknya sekiranya kandungan serta tujuan sesuatu blog itu memang semata-mata untuk membawa cerita fitnah, gossip, maki hamun dan juga diselangi dengan gambar-gambar yang haram untuk dilihat.

Blog itu mempunyai virus

Tidak dinafikan yang aktiviti berblogging ini kadangkala boleh mendatangkan rasa ketagih. Lebih-lebih lagi jika blog seseorang itu menjadi begitu popular sehingga mencapai ribuan hits di dalam sehari. Sekiranya tidak dibentengkan diri dengan takwa, pemilik blog boleh menjadi alpa sehingga membuatkannya lalai untuk bersolat oleh kerana terlalu asyik masyuk melayan komen-komen di blog serta memikir idea-idea untuk menambah entri-entri yang menarik buat pembaca. Walaupun mungkin kandungan blognya tidak bertentangan dengan ajaran islam tetapi kehadiran blog tersebut telah membuatkan pemiliknya lalai menurut perintah Allah.

Itulah salah satu virus bahaya yang bakal dihadirkan oleh blog. Secara analoginya sama sepertimana kita menonton TV. Walaupun mungkin rancangan yang dihidangkan adalah mengenai tazkirah dan hiburan Islam tetapi keasyikkan menontonnya telah membuatkan kita terlepas untuk bersolat maghrib. Oleh sebab itu setiap blogger muslim wajib membentengi diri mereka dengan takwa supaya tidak mudah terpedaya dengan tipudaya Syaitan yang akan sentiasa mencari jalan supaya kita lalai dalam melaksanakan suruhan Allah.

Dalam kes ini yang menjadikan ianya haram bukan aktiviti berblogging itu tetapi sikap blogger itu sendiri. Jika dalam sesuatu keadaan fungsi blog itu kelihatan sangat berpontensi dalam memperluaskan syariat islam serta memberi kebaikan buat umat mungkin ada ulama yang akan menfatwakan blogging itu wajib sepertimana pendapat seorang Ulama Moden dari Albania, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah berkenaan TV.

Syeikh al-albani telah memfatwakan TV itu haram pada zamannya kerana pada beliau kandungaan TV pada waktu itu adalah 99% rancangan yang melalaikan umat seperti program nyanyian yang haram, pornografi, kefasikan dan kemaksiatan. Tetapi menurut beliau, jika ada Negara Islam yang dapat memanfaatkan TV dengan program-program ilmiah yang sangat bermanfaat buat umat islam maka pada waktu itu beliau tidak akan hanya mengatakan menonton TV itu boleh bahkan akan menghukumkannya sebagai wajib.

( Artikel ini berdasarkan pandangan serta maklumat yang saya perolehi. Sekiranya sesiapa mempunyai pandangan yang lebih baik sila nyatakan. Mohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan di dalam artikel ini )

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 20 Responses to “Haramkah Berblogging?”

  2. By cyza on Mar 7, 2010 | Reply

    Rasanya isi-isi yang di nyatakan memang kool dan baik. BEtul lah tu…aku takleh nak cakap apa2 lagi…semuanya depends on tujuan dan niat asal….

    [Reply]

  3. By dr.aku.la on Mar 7, 2010 | Reply

    bende ape pon kalau da melalaikan memang jadi tak baik.

    [Reply]

  4. By Kujie on Mar 7, 2010 | Reply

    Hidup ada panduan, ada sempadatan utk seimbangkan dunia dan akhirat

    [Reply]

  5. By nuaeman on Mar 8, 2010 | Reply

    Moga kita dapat pimpin blog2 kita kejalan baik..

    [Reply]

  6. By nuaeman on Mar 8, 2010 | Reply

    ada tak benda melalaikan jadi baik?

    [Reply]

  7. By nuaeman on Mar 8, 2010 | Reply

    ahah teringat cerita ustaz pasal keseimbangan dunia akhirat ni mengikut neraca islam..

    [Reply]

  8. By aboi on Mar 8, 2010 | Reply

    ada juga sekali dua saya buat entri pasal gosip2 tanpa mengetahui cerita sebenar-benarnya. huhu

    terima kasih kerana menulis entri ini…

    aboi copy ye masuk blog..

    [Reply]

  9. By wanmus on Mar 8, 2010 | Reply

    semuanya bergantung atas apa tujuan kita berblogging..kalau berniat jahat, memang perlu ditinggalkan..

    [Reply]

  10. By Omar on Mar 8, 2010 | Reply

    betul tu, blog ni kalau salah guna habisla…

    [Reply]

  11. By fiezaradzi on Mar 8, 2010 | Reply

    berblogging ni perlu dengan niat baik.. lau niat nak ngata2 org, nak tuduh sana-sini.. itu dah jadik lain..kalau salah guna, salah la ia..
    suke blog yg beri manfaat..
    opss.. tukar link yer..

    [Reply]

  12. By nuaeman on Mar 9, 2010 | Reply

    Saya juga risau kalau-kalau tersilap buat tetiba menyakitkan sesetengah pihak..

    nak copy? ambillah cik aboi untuk perkongsian semua :)

    [Reply]

  13. By nuaeman on Mar 9, 2010 | Reply

    jadi kene berhati-hati agar tidak menyalahguna atau tersalah guna

    [Reply]

  14. By nuaeman on Mar 9, 2010 | Reply

    Ye betul.. bleh dikembangkan lagi tu

    [Reply]

  15. By nuaeman on Mar 9, 2010 | Reply

    Moga blog tak buat kita lupa diri..

    tukar link? boleh.. tapi saya sedang kemaskini link2 buat masa ni sebelum dipaparkan..

    [Reply]

  16. By hafizmd on Mar 11, 2010 | Reply

    nak jugak..nak nak..:D

    [Reply]

  17. By hafizmd on Mar 11, 2010 | Reply

    terima kasih tuan nuaeman atas ingatan ni..yg penting..kite sentiasa kene ade niat yg jelas dan kenalah baik niatnye..insyaAllah selamat..

    [Reply]

  18. By kenwooi on Mar 12, 2010 | Reply

    blogging should be a hobby =)

    [Reply]

  19. By JHafiz on Mar 13, 2010 | Reply

    blog artis? ada masih konfius lagi?

    [Reply]

  20. By knightblogger on Mar 15, 2010 | Reply

    hemm..kalau sampai melalaikan dan tinggal sembahyang..faham-faham ajela..

    [Reply]

  21. By donny on Mar 21, 2010 | Reply

    i love blogging!

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge