Gadaikan maruah agama untuk 40 usd sehari


Ditulis pada November 7, 2008 – 9:17 pm | Oleh nuaeman
Share

Sanggupkah korang menggadaikan maruah agama sekiranya seseorang menawarkan gaji 40 usd sehari untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan korang memijak ajaran suci? 40 usd sehari tu.. paling tidak sebulan dah nak mencecah 1000 usd dan dah lebih RM 3000 kiranya di convert ke Ringgit Malaysia kan. Satu sahaja yang perlu dibuat, kerja yang amat simple iaini copy paste tetapi berkenaan dengan maklumat yang menghina Allah dan Rasul. Setiap hari ko buat kerja tu maka setiap harilah wang dimasukkan ke akaun paypal. Sanggup?

Inilah yang berlaku ke atas aku awal minggu ini. Dari minggu lalu aku dihubungi seorang rakan di Forum luar negara yang memperkenalkan aku kepada seseorang bagi membantunya melaksanakan satu projek jangka panjang dan dari awal telah dikatakan habuan yang bakal aku terima memang berbaloi.  Aku memperkenalkan diri aku sebagai Ahmad yang mana aku harap dia faham aku seorang muslim.

Dari minggu lalu kami hanya bersoal jawab dari segi kemahiran, masa yang boleh diberikan untuk lakukan kerja, dan soal pembayaran upah. Bila mendengar dari job dengan dia sahaja aku berpeluang meraih lebih 1000 usd sebulan, aku rasa ini satu tawaran yang cukup baik. Walaubagaimanapun aku tak diterangkan secara terperinci mengenai kerja yang bakal aku lakukan sehinggalah pada awal minggu ini.

Aku diberikan satu laman web beserta password. Laman itu nampak cantik kerana ada nama islam didalamnya yang mana aku ingatkan baguslah kalau aku membantu meluaskan info-info tentang Islam tetapi rupanya tidak. Ianya hanya merupakan sebuah laman web yang mempersendakan Islam, Allah dan Rasulnya, Nabi Muhammad SAW. Pekerjaan pertama aku adalah memasukkan gambar-gambar bagi mempersoalkan kewujudan tuhan yang pada masa yang sama mempersendakan Allah. Ya Allah! aku tak terfikir langsung akan diberikan kerja-kerja sebegini.

Di dalam laman web tersebut turut dimuatkan penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW apabila Baginda dikaitkan sebagai seorang yang gila seks, perogol dan banyak lagi yang pada aku cukup menyakitkan. Aku terkedu dan tika itu terlintas dibenak fikiran aku apakah mereka ini fikir kita sebagai seorang Islam begitu murah nilai maruahnya hingga sanggup mereka menawarkan kerja-kerja sebegini kepada kita. Dan andaikata ada seseorang yang begitu terdesak dan memang perlukan wang maka aku pasti akan ada yang sanggup lakukan kerja tersebut. Bagaimana dengan korang? Sanggup korang lakukan.. demi $40 usd sehari.

Aku bersyukur pada saat itu ada seorang sahabat yang sanggup meluangkan masa untuk aku kongsikan apa yang terjadi dan secara tak langsung dia juga tahu tentang kewujudan laman-laman ini. Tak heranlah bila aku lihat namanya juga terpalit dalam salah satu entri. huh!

Saat inilah korang akan rasa peri pentingnya laman laman seperti Inilah Kebenaran dan perlu di perbanyakkankan lagi maklumat-maklumat berguna sebegini. Jika tidak, kita tak berupaya menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap agama suci kita. Sebagaimana berlaku di Indonesia, telah wujud begitu ramai golongan yang anti agama dan perkara ini dah mula menular kesini. Mereka-mereka ini dah mula menjadikan wang sebagai umpan kepada umat islam seperti kita untuk terlibat secara tak langsung dengan projek-projek mereka. Tidakkah korang fikir ini jarum-jarum halus untuk menghancurkan umat Muhammad. Korang perasan tak? Sanggupkah korang melihat maruah Islam tergadai hanya kerana sejumlah wang? Renung dan fikirkanlah..

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Sekolah Agama guna pelajar kutip derma wajar dihukum: Mufti Perlis
  2. Penting!!:50 usd sehari bukan produk nuaeman
  3. Kos Makanan Asrama naik RM 3 Sehari
  4. Inilah Kebenaran-kiranya itu yang dicari..

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 40 Responses to “Gadaikan maruah agama untuk 40 usd sehari”

  2. By chuckiesd on Nov 8, 2008 | Reply

    ni kurang ajar namernyer….aku tak kan buat walaupun diberikan 10kUSD…tidak…skang ni kiter kene perjuangkan maruah kita sebagai Islam…aper kata kiter ramai-ramai komen kaw2 pun mengenai site tu…supaya site tu lumpuh….biarkan die….amcam sesukahati mempersenda junjungan Kita…

    [Reply]

  3. By zariel on Nov 8, 2008 | Reply

    kita repot je pada pihak berkuasa. tgk apa diorang nk buat. klau tak jadi gak kita cr sapa yg expert. hack je website2 cmtu. cilaka punya kafir!

    [Reply]

  4. By muhafis on Nov 8, 2008 | Reply

    ak tak sanggup numan. dosa besar tue. dah la ak byk dosa kang tambah lagi. mmg ak tamak sket, tapi lagi sanggup kalau di offer jadi cine buta. =p gurau je.

    [Reply]

  5. By chuckiesd on Nov 8, 2008 | Reply

    Nuaeman…aku cadangkan ko letak nama website tu…pastu kiter pakat semua buat review kat site tu…hentam habis2…biar seluruh dunia tau kita orang Islam ni ada maruah…jangan suka2 hati jer…

    chuckiesd’s last blog post..Voip will make you happy.

    [Reply]

  6. By Adry on Nov 10, 2008 | Reply

    Astagfirullah al azim…. sampai begitu sekali.. taknak la aku.. biar 100usd sehari pun aku tak nak…

    Adry’s last blog post..Cike puke… a day with orphans…

    [Reply]

  7. By nuaeman on Nov 10, 2008 | Reply

    Mereka memang mengutuk Islam dengan keji sekali.. aku rasa kalau ko tengok website tu lagi panas.. dibuatnya

    [Reply]

  8. By nuaeman on Nov 10, 2008 | Reply

    Emm.. bahaya bila mereka mengumpan wang macam nih.. mungkin pada kita tak mahu tapi kita tak tahu pada orang lain yang mana terdesak tu..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Nov 10, 2008 | Reply

    Kalau aku letak macam tolong promosi pulak.. rasanya lebih baik kita menyokong web-web yang pro Islam dalam usaha membanteras benda ni semua.. kita promosikan web-web sebegini.. supaya kita dan generasi seterusnya akan mendapat maklumat yang betul.. sebab kiranya Iman lemah dan termasuk pula pada web-web yang anti agama ni.. aku risau akan berlaku atau wujud pulak rasa sangsi mereka paga agama yang dianuti.

    [Reply]

  10. By chuckiesd on Nov 10, 2008 | Reply

    oo cam tu eh nuaeman…so kiter pakat2 sokong web-web yang pro islam..ajak kawan2 ramai-ramai lepak kat sana n dapatkan ilmu yang betul…

    chuckiesd’s last blog post..Suka tak Berjogging?

    [Reply]

  11. By Raja Kamil on Nov 10, 2008 | Reply

    Alhamdulillah, moga kau terus teguh dalam beriman

    Raja Kamil’s last blog post..kuasablog.com – Sebuah Review

    [Reply]

  12. By izzat on Nov 10, 2008 | Reply

    ak pun x sanggup wat benda camtu, x tenteram hidup ni.. dan paling penting ak x nk hidup ngan rasa bersalah dan berdosa pada diri, islam, rasulullah dan Allah.

    p/s:boleh sharekan link? boleh sama2 sebarkan…

    izzat’s last blog post..Barack Obama, The Next President of United State of America

    [Reply]

  13. By titan on Nov 10, 2008 | Reply

    ai…selalu aku dah tolak job macam tu. siap aku bagi warning lagi..

    titan’s last blog post..I Got 5th Payment From TNX

    [Reply]

  14. By topo on Nov 10, 2008 | Reply

    mintak dijauhkan la dari benda2 macam tu jadi kat aku….

    topo’s last blog post..adeh tag 21 tentang buat duit, blog dan topo…

    [Reply]

  15. By chuckiesd on Nov 10, 2008 | Reply

    mintak di jauh-jauhkan…masyallah..

    chuckiesd’s last blog post..Suka tak Berjogging?

    [Reply]

  16. By shaxx on Nov 10, 2008 | Reply

    x sanggup dan x mau peduli pasal brapa nak bayar pun…

    shaxx’s last blog post..Do You Need 2 Handphones?

    [Reply]

  17. By ijamidayu on Nov 11, 2008 | Reply

    Astarfirullah!! Terperanjat dah aku nie!! Begitu nipis iman kita nie dicabar dgn godaan sebegini.

    Boleh hilang pedoman nie!!

    ijamidayu’s last blog post..Perniagaan Internet Menjanjikan Kita Menjadi Jutawan!

    [Reply]

  18. By Kujie on Nov 11, 2008 | Reply

    Terus terang, langsung tak terfikir benda mcm ni ada..

    Syukurlah..duit bukan segala-galanya

    Kujie’s last blog post..Blog saya digoogle oleh Shah Rukh Khan

    [Reply]

  19. By samdaddycool on Nov 12, 2008 | Reply

    sungguh kurang ajor!

    samdaddycool’s last blog post..Kain rentang

    [Reply]

  20. By Happy Blog on Nov 12, 2008 | Reply

    diorang byar banyak pun aku tak sanggup.
    sungguh keji benda macam ni.

    [Reply]

  21. By kento on Nov 12, 2008 | Reply

    nauzubilah bro…
    dapat USDXXX……. sehari pun aku tolak…

    kento’s last blog post..MLM Vemma Scam, Halal Atau Haram?

    [Reply]

  22. By SyedHafidz on Nov 12, 2008 | Reply

    saya tak pernah dapat keje camtu lagi..
    tp keje2 yg berkaitan ngan adult sllu dpt..
    kate keje data entry, tp kene wat keje upload video porn..
    tak ke pening kepale?
    saya tolak keje2 camtu..wat sakit mata aku jekk

    [Reply]

  23. By nuaeman on Nov 12, 2008 | Reply

    Bagusla camtu Adry.. jangan sampai termakan dengan umpan mereka tu..

    [Reply]

  24. By nuaeman on Nov 12, 2008 | Reply

    Amin.. sama-samalah kita menghindarinya..

    [Reply]

  25. By nuaeman on Nov 12, 2008 | Reply

    Ok Izzat nanti aku sharekan linknya.. atau ko boleh YM aku jee.. amacam?

    [Reply]

  26. By nuaeman on Nov 12, 2008 | Reply

    Kurang ajarkan depa nih..

    [Reply]

  27. By nuaeman on Nov 12, 2008 | Reply

    Yep, aku pun doakan begitu juga..

    [Reply]

  28. By nuaeman on Nov 12, 2008 | Reply

    Betul tu bro.. mereka ingat umat islam ni murah sangat agaknya..

    [Reply]

  29. By nuaeman on Nov 12, 2008 | Reply

    Kita cuma risau mereka-mereka yang desperate jee kemungkinan besar akan mengambil job ni..

    [Reply]

  30. By nuaeman on Nov 12, 2008 | Reply

    Baguslah tu Kento, jangan biarkan mereka mengangap umat islam ni amat mudah diumpan dengan wang sehingga sanggup memijak agama yang mereka anuti

    [Reply]

  31. By nuaeman on Nov 12, 2008 | Reply

    Itulah.. kurang ajar secara tertib.. camne tu eak.. hehe.. yelah mereka offer secara perlahan-lahan.. mula2 bagitau pasal duit dulu.. dah last-last baru bagitau kerja camne.. hampeh!

    [Reply]

  32. By nuaeman on Nov 12, 2008 | Reply

    Sekarang dah macam-macam dah Kak Jie.. berhati-hati jelaa..

    [Reply]

  33. By nuaeman on Nov 12, 2008 | Reply

    hati-hati jelaa syuxx.. kamu tu nanti ambil job tengok-tengok dulu.. apapun welcome to my blog :)

    [Reply]

  34. By nuaeman on Nov 12, 2008 | Reply

    Haa bab tu pun boleh tahan banyak.. tapi selalunya mereka inform masa letak offer..

    [Reply]

  35. By titan on Nov 15, 2008 | Reply

    bukan kurang ajar. cuma depa salah parking aje. haha..

    selalu aku cakap, sorila. I’m not interested with this kind of job even you ask me to do it for 1 million dollar. Huhu..siap pujuk aku lagi tuh. Cakap harga leh runding. Mungkin dia tahu aku rajin wat posting kat forum dan blog. Dia yg PM aku kt DP. Bukan aku cari depa..harua tul..

    titan’s last blog post..I Got 6th Payment from TNX

    [Reply]

  36. By nuaeman on Nov 15, 2008 | Reply

    sama jugak dengan kes aku.. org tengah contact aku kat DP.. then deal guna email.. bagi aku mereka memang kurang ajar sebab sedikit sebanyak aku tahu pokok pangkal cerita nih.. dia memang anti dengan salah sorang rakan blog kita sebab selalu berdebat soal Islam. Siap dia ada sebut nama rakan kita tuh dlam site yang dia buat..

    [Reply]

  37. By titan on Nov 18, 2008 | Reply

    siapa rakan kita tuh?

    [Reply]

  38. By Supermance on Apr 19, 2009 | Reply

    wow, thats a lot of money, Alhamdulillah Allah still with you bro

    Supermance’s last blog post..Hanya di Jepang : Makanan Jadi Maenan !

    [Reply]

  39. By aquabot on May 3, 2009 | Reply

    Lot of money in your small pocket try to share it in the true way of allah.

    [Reply]

  1. 2 Trackback(s)

  2. Nov 20, 2008: Blog nuaeman | Apabila FaithFreedom Indonesia Lenyap
  3. Apr 15, 2009: Blog Nuaeman » Blog Archive » Duit bukan segalanya…

Post a Comment

CommentLuv badge