Esok 10 Muharram kan? Jom Puasa….
Ditulis pada January 6, 2009 – 1:26 pm | Oleh nuaeman Share
Esok sudah 10 Muharram. Ada sesiapa yang mahu mempertingkatkan amalan serta menambah pahala ibadah di tahun baru nih? Jomlah kita berpuasa esok. Bukankah semua sudah pasang azam di awal-awal tahun baru hendak menjadi manusia yang lebih baik. Apakata kita mulakan dengan berpuasa sunat esok kemudian selepas itu kita susuli pula dengan puasa Isnin dan Khamis. Bagi orang bujang tu adalah lebih-lebih lagi digalakkan….
Kalau ditanya apa fadhilatnya berpuasa 10 Muharram maka saya berkongsi satu hadis yang direkodkan oleh Muslim.
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari ‘Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Muslim)
Tetapi amalan berpuasa 10 Muharram ini seeloknya disekalikan dengan berpuasa pada 9 Muharram ataupun 11 Muharram. Jika tidak pun berpuasa sahaja pada ketiga-tiga hari tersebut. Kalau mengikut hadis Nabi ianya untuk mengelakkan daripada persamaan dengan amalan orang Yahudi. Makruh pula hukumnya nanti. Sebagaimana maksud Hadis:
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Berpuasalah pada hari ‘Asyura (10 Muharram) dan janganlah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya.” (Riwayat Imam Ahmad)
Kalau rasa hendak memperbanyakkan lagi, ini antara amalan yang digalakkan.
Amalan 10 Muharram
1. Mandi Sunat.
Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
2. Sembahyang sunat 4 rakaat.( 2 salam )
Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura 2 rakaat kerana Allah Taala.”
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas ( Qulhuwallah..) 11 kali.
3.Membaca surah Al-Ikhlas ( Qulhuwallah..) hingga akhir 1,000 kali.
4. Melapangkan masa/belanja anak isteri dan keluarga.
5.Memuliakan fakir miskin.
6.Menahan marah.
7.Menziarahi rumah orang alim.
8.Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Caranya : Usap dari bahagian belakang kepala ke hadapan.
9.Bersedekah.
10.Bercelak.
11.Menjamu orang berbuka puasa.
Selamat Berpuasa dan menambahkan amalan sunat..
Entri Berkaitan:
- Batalkah puasa kita kalau….?
- Jenis- Jenis Puasa
- Puasa Dulu-Dulu..
- Paklah Letak Jawatan Esok?
- Muhasabah Diri Ke Arah Mukmin Cemerlang
Tags: 10 dan 11 muharram, Amalan 10 Muharram, Amalan sunat 10 muharram, hari asyura, Niat puasa 10 muharram, Puasa 10 muharram, puasa 9






14 Responses to “Esok 10 Muharram kan? Jom Puasa….”
By Kujie on Jan 6, 2009 | Reply
ia, betul tu, baru tadi di surau berbincang..erk bukan bincang cuma sentuh secara ringkas tentang puasa 9 & 10 muharam.
Kita disunatkan berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.
Insyaalah tadi dah janji dengan anak kak jie, esok dan lusa dia sama2 nak berpuasa.
Jom…
Kujie’s last blog post..Tuhan tolonglah ku cinta dia
[Reply]
By chuckiesd on Jan 6, 2009 | Reply
Thansk nuaeman..info dan peringatan untuk semua..insyallah…
chuckiesd’s last blog post..9 Tahun dah dapat Microsoft Professional Certificate.
[Reply]
By pcuserz on Jan 6, 2009 | Reply
permulaan yang baik,
untuk tahun yang baik.
insyaAllah
pcuserz’s last blog post..welcome 2009
[Reply]
By eZad on Jan 7, 2009 | Reply
Aku pun nak pose gak..sama2 pose yek..buka Nuaeman blanje..huhu
[Reply]
By nuaeman on Jan 7, 2009 | Reply
Esok berbuka sekali ye kak jie..
[Reply]
By nuaeman on Jan 7, 2009 | Reply
No problem.. kat mana nak berbuka zad.. aku belanja roti telur bawang jee.. okeh?
[Reply]
By Mohd Safuan on Jan 7, 2009 | Reply
Assalamualaikm,
Bagus usaha nuaeman utk saling memperingati sesama kita umat islam.
Saya pun turut berpuasa sunat arini kerana mengetahui banyak fadhilat dan kelebihannya.Semoga niat murni ini dapat diteruskan
Mohd Safuan’s last blog post..4 Cara membuang tabiat "buang masa"
[Reply]
By eZad on Jan 7, 2009 | Reply
No poblem lain kali bro..hehe, aku mahu berbuka bersama Ibu ku hari ini..
[Reply]
By ChekguBH on Jan 7, 2009 | Reply
lorr…aku terlambat la bace entry nih….
7hb la 10 muharam yea…
xpe. puase sunat yg lain kn byk lagik…
[Reply]
By nuaeman on Jan 7, 2009 | Reply
Yep, moga kita sama-sama dapat berkongsi dan mengamalkan perkara-perkara yang baik ni.. salam ukhwah..
[Reply]
By nuaeman on Jan 7, 2009 | Reply
Takpa chegu.. dah terlepas nak buat camna.. insya_Allah ada peluang lagi untuk akan datang..
[Reply]
By nuaeman on Jan 7, 2009 | Reply
Insya_Allah.. bgitula hendaknya..
[Reply]
By habibur on Jan 15, 2009 | Reply
I like your site specally your post content you have writen the specific truth about the islam and other thing keep posting like this my wishes with you
similar i have the same site a related to your i am updating thecontent every day check my site “url”
http://wwwallindiaislam.blogspot.com/
habibur’s last blog post..7 Duties & 7 things forbidden 4 a muslim
[Reply]
By rayban on Aug 13, 2010 | Reply
sama2 kita mengamal dan melipat ganda amal ibadat kita
[Reply]