Definisi Cinta


Ditulis pada January 30, 2009 – 12:22 pm | Oleh nuaeman
Share

Aku bukanlah doktor cinta untuk berbicara panjang lebar tentangnya. Walau begitu aku sememangnya seorang manusia yang tidak boleh tidak turut punyai rasa cinta. Cinta punyai makna yang pelbagai mengikut kefahaman setiap insan. Yang pasti ramai bersetuju bahawa Cinta itu buta..

Err.. masa aku kecil-kecil aku tak pasti apakah yang dimaksudkan dengan Cinta itu buta. Bila melihat gelagat manusia sekeliling aku mula faham yang cinta tidaklah buta seperti yang diperkatakan tetapi manusia yang mabuk cinta selalunya yang buta. Kerana itu mereka asyik teraba-raba. Apakah itu makna cinta? begitu murah dan erotik sekali..

Aku mula berfikir.. apakah Cinta seharusnya difahami dalam soal perhubungan adam dan hawa sahaja. Bagaimana pula Cinta kepada Ibu Bapa dan juga Rasul. Apakah ianya sekadar ucapan dimulut tetapi tidak dihati. Sayang sungguh apabila perkara yang utama selalu dilepas pandang. Walhal cinta pada ibu bapa adalah tanda cinta pada Rasul. Kalau begitu benarlah sekali lagi cinta itu menjadikan manusia buta kerana mabuknya pada cinta, sepasang kekasih sanggup membelakangkan Ibu dan Bapa. Itu yang pada mereka adalah erti sebuah pengorbanan atas nama Cinta. Ceh!

Aku masih lagi tercari-cari definisi Cinta.. yang kononnya mampu membuatkan seorang itu mabuk dan buta kerananya. Kalau kerana belai kasih seorang kekasih kita mampu ikut lari bersamanya bagaimana pula dengan belai kasih Allah yang seumur hidup dirasakan yang mana diingatkan sekali lagi bahawa Dia adalah Maha Pengasih. Mungkin juga kali ini aku terima jika Cinta itu dikatakan buta.. kerana aqal dan hati manusia begitu mudah terpesong dengan menjadikan Cinta sebagai sebab.

Definisi Cinta itu begitu tulus dan suci..  tetapi menjadi hanyir kerana salahnya tanggapan manusia. Cinta yang  dihadirkan manusia kebanyakkannya membuatkan mereka jauh dari Maha Pencipta. Jadi tidak hairanlah Ibu bapa dan Rasul juga mereka lupa. Cuba tanya pada diri kita pula.. cinta yang ada pada ketika ini.. cinta yang bagaimana??

Terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :

“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa , menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri.”

Renung-renungkan..

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Bukti Cinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar ucapan di bibir
  2. Sejarah Adam dan Hawa seringkali berulang..
  3. Ketika Cinta Bertasbih : Lebih Mantop dan Mengusik Jiwa
  4. Oh! Ayat-Ayat Cinta..

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 7 Responses to “Definisi Cinta”

  2. By eZad on Jan 30, 2009 | Reply

    Ya betul, cinta pada Pencipta yang paling utama, tapi manusia kekadang x pernah rasa insaf dan xredha akan dirinya dan nk menyalahkan manusia lain apabila cinta ditolak..bukankah itu hikmah.

    [Reply]

  3. By ariel on Jan 30, 2009 | Reply

    cinta akan bermakna apabila manusia pandai untuk menghargainya..sebelum melafazkan kata cinta kepada orang lain hayatilah cinta dalam diri kerana dari situlah kita akan menghargai cinta yang suci..

    ariel’s last blog post..Adakah kita Orang sebenar??

    [Reply]

  4. By Mawi on Jan 30, 2009 | Reply

    Aslkm,Salam ziarah,sye nk jemput tuan rumah atau sesape je dtg ke kenduri blog sye ni di http://sabtu-day.blogspot.com ..n jgn lupe linkkan kad jemputan kenduri blog ni ye,ok bye

    [Reply]

  5. By chekguBH on Jan 31, 2009 | Reply

    org yg pernah mengalaminya je yang tahu…
    manis cinta kepada ibu bapa dan pencipta pun manis jugak….

    chekguBH’s last blog post..Ini Bukan Kisah Mesin Basuh lagi, ye! :P

    [Reply]

  6. By Kujie on Jan 31, 2009 | Reply

    erti cinta sebenarnya bergantung kepada keperluan masing2….apa yang sebenarnya bagi kita belum tentu betul utk orang lain

    [Reply]

  7. By abu dzar on Jun 17, 2009 | Reply

    Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
    Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

    Bermula dengan cinta pada kata-kata Tuhan iaitu Al-Quran kitab yg telah diturunkan 1400 tahun dahulu. Cinta Tuhan kepada Manusia masih kekal sampai sekarang (Al-Quran), tetapi bagaimana cinta kita terhadap Tuhan? Renung-renumgkan….

    [Reply]

  8. By NAINA on Sep 9, 2009 | Reply

    betul keee………………………….

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge