Buat apa baca al-Quran kalau dah tak faham kandungannya.
Ditulis pada November 20, 2008 – 5:06 pm | Oleh nuaeman Share
Apakah persoalan ini ada terlontar di mulut ataupun dihati kita? Perkara ni pernah menjadi isu satu ketika bilamana bukan sahaja baca al-Quran malah mengaminkan doa pun ada yang tidak mahu atas alasan mereka tak faham isi kandungan bacaan doa kerana ianya berbahasa arab. Jadi sebagai jalan pintas bagi sesetengah orang kita, adalah lebih baik tak payah aminkan doa dan tak payah baca quran. Mudahnya kan? Bukannya nak ambil inisiatif untuk lebih memahami dan mendalami isinya tetapi ditinggalkannya terus.
Tak perlu difikirkanlah siapa tu.. Sekarang, cuba tanya balik diri kita bila pulak kali terakhir kita membaca kitab suci yang diturunkan kepada Rasulullah dan sekelian umatnya. Pagi tadi? Semalam? Minggu Lepas? Bulan Lepas? Tahun Lepas atau ketika belajar mengaji dulu ataupun mungkin juga tak pernah baca langsung? Opss…! Teruk kadangkala memikirkan diri ini. Mengaku beragama Islam, marah bila dikatakan kafir tetapi tugas dan amalan sebagai seorang Islam selalu sangat terlalai. Bukan tak ada petunjuk, saban waktu Allah memperlihatkan kuasanya bagi mereka yang berfikir. Al-Quran..? huh! Surat Khabar, Majalah Ringan dan Blog lagi best. Melakukan blog walking adalah lebih penting dan bernilai dari membaca satu muka surat Al-Quran sehari. Baca dan komen kat blog lebih seronok. Boleh dapat member, dapat backlink, dapat trafik.. kalau Baca Al-Quran kemudian tak faham.. dapat apa??!
Sedihnya aku sebagai hamba tuhan yang kononnya mengaku beriman…
Selingkar Kisah.. aku perolehi dari sebuah Forum Islamik ( aku cuba alihbahasa sebaik mungkin maaf andai ada kesilapan)
Kisah seorang tua berbangsa Amerika yang beragama Islam dengan cucunya. Setiap pagi orang tua ini akan bangun awal pagi lalu duduk di meja dapur membaca Al Quran. Si cucu memerhatikan tingkah laku datuknya dan cuba sedaya upaya mengikut jejak langkahnya. Satu hari si Cucu bertanya ” Atuk, saya cuba membaca Quran sebagaimana yang atuk lakukan tetapi saya tak faham isinya, dan apa yang saya faham akan saya lupa kembali setelah sahaja saya menutup kitab tu”. Si datuk yang dari tadinya memasukkan arang ke dalam dapur mula menjawab ” Ambil bakul arang ni, pergi ke muara sungai dan bawa balik sebakul air”
Si cucu melakukan apa yang disuruh tetapi semua air telah terkeluar sebelum dia sempat sampai ke rumah. Si datuk ketawa sambil berkata ” Kamu sepatutnya perlu lebih pantas ” lalu mengarahkan cucunya melakukan sekali lagi. Maka kali ini si cucu berlari lebih pantas tetapi keputusannya tetap sama dimana dia hanya membawa balik bakul kosong. Dalam keadaan tercungap dia memberitahu datuknya adalah mustahil untuk membawa air dengan bakul lalu bercadang untuk ditukar dengan baldi. Si datuk bersuara ” Atuk tak mahu sebaldi air tetapi sebakul air, kamu tak melakukannya dengan bersungguh” dan beliau keluar ke pintu untuk melihat cucunya terus mencuba. Tika ini, si cucu tahu ianya satu perkara mustahil tetapi dia mahu datuknya menyaksikan sendiri walaupun dia berlari cukup laju bakul tersebut tetap akan kosong setelah sampai sahaja kerumah mereka. Sekali lagi si cucu melakukan perkara yang sama tetapi sesampai sahaja kepada datuknya hasilnya tak berubah.
Dalam keadaan tercungap, si cucu berkata “Lihat Atuk, ianya tak berguna”" Apakah atuk fikir cara ini berguna” Si datuk bersuara ” Cuba tengok bakul tu” dan buat kali pertama sicucu ini menyaksikan bakul arang itu sudah berubah. Berlakunya satu transformasi dari sebuah bakul arang yang kotor kini telah bersih diluar dan dalam. “Cucuku.., itulah yang berlaku tika kita membaca Al-Quran, mungkin saja kamu tak memahami dan mengingati isi kandungannya, tetapi setelah kamu membacanya, kamu juga akan turut berubah, luar dan dalam. Itu anugerah Allah dalam kehidupan kita“
Aku harap perkongsian ini dapat memberikan sesuatu.. buat semua dan lebih penting diri aku yang kerap lalai dan lupa..
Entri Berkaitan:





21 Responses to “Buat apa baca al-Quran kalau dah tak faham kandungannya.”
By titan on Nov 21, 2008 | Reply
aku yakin aku dpat sesuatu dari post ni. Thanks nuaeman!
titan’s last blog post..Finally, Matched has Closed..
[Reply]
By Kujie on Nov 21, 2008 | Reply
Insya allah baru balik kelas
Kujie’s last blog post..Kangen
[Reply]
By KampungBoy on Nov 21, 2008 | Reply
Wokey…cun. Thanks 4 ur support. Kira kita berjiranla…skang nie kan. Sudi2kanlah mai datang umah(blog) aq tu…
KampungBoy’s last blog post..Percuma !!! Mudah Nak Promosi Kalau Guna Software Ini !!
[Reply]
By ijamidayu on Nov 21, 2008 | Reply
Manfaatkan sungguh post ko nie!!
ijamidayu’s last blog post..Tingkatkan Traffic Ke Blog
[Reply]
By ikram84 on Nov 21, 2008 | Reply
bagus ko punya point… sesuai dengan kisah teladan… memang betul sudah ramai yang lupa kepada al-quran.. dan kadang-kadang… agama sendiri pun boleh lupa…(tak solat)
harap-harap jangan lah aku jadi macam tu…
[Reply]
By rohaizad on Nov 21, 2008 | Reply
Post yang sungguh makan dalam…
rohaizad’s last blog post..Marathon untuk hotkey – bahagian 1.
[Reply]
By aeropama dot com on Nov 21, 2008 | Reply
aku paling bengan bila orang ada pemikiran macam kat tajuk kau. sekurang-kurangnya ianya satu permulaan yang baik kepada perkara baik yang lebih besar. tak gitu taiko?
aeropama dot com’s last blog post..13 hari, 14 jam sehari di lapangan.
[Reply]
By megat on Nov 21, 2008 | Reply
info bagus! aku rasa macam pernah dengar cerita yang lebih kurang sama. tetapi caranya lain. motifnya sama.
kisah terpencil seperti ini yang perlu disebarkan! keikhlasan dan kusyuk itu yang paling utama. sama juga kalau kita mendengar orang mengaji, dengar sahaja dah boleh menenang dan mensucikan jiwa.
megat’s last blog post..Walimatul Urus, Hari Pernikahan Semakin Hampir
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
Sama-sama.. dan terima kasih jugak kerana kesudian ko berkunjung dan memberi komen membina disini. Aku juga menghargai tu..
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
Insya_Allah akan aku lawat jiran-jiran aku..
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
Ada pun kak Jie.. lama tak nampak.. sibuk ke sekarang..
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
Demi mengingatkan diri sendiri dan andai ada manfaat untuk orang lain.. alhamdulillah..
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
Gitu.. gitu..
lama tak nampak ko syam.. sibuk ke..
[Reply]
By callister on Nov 22, 2008 | Reply
huhu..memg terasa gak bc post ni..
sebenarnya, sy ada tinggal komen gak b4 ni tapi kena mkn..
callister’s last blog post..Am i hot stuff? You tell me
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
Eh.. ye ke callister.. tak tau pulak mana dia pegi.. sebab memang takde pulak masuk spam ke apa.. selalu kalau ada yang tak keluar dia masuk spam.. tapi komen ko kemana menghilang masuk menjadi misteri.. apapun jangan putus asa untuk beri komen k..
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
Diharap mesej yang dibawa.. sampai untuk semua.. tak terkecuali diri aku..
[Reply]
By callister on Nov 22, 2008 | Reply
haha..biar la kan..
jgn risau aku xakan putus asa untuk bg komen..
callister’s last blog post..Am i hot stuff? You tell me
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
Andai hati ikhlas.. insya_Allah.. itulaa hasilnya.. walaupun kurang faham tetap ada ganjaran disisi Allah.. apapun untuk lebih baik.. cuba ambil tahu makna disebalik ayat yang dibaca..
[Reply]
By nuaeman on Nov 22, 2008 | Reply
Terima Kasih… Aku hargai tu..
[Reply]
By callister on Nov 23, 2008 | Reply
hehe..xpayah time kasih..
callister’s last blog post..Am i hot stuff? You tell me
[Reply]
By aeropama dot com on Nov 24, 2008 | Reply
sibuk sikit la bro. keja banyak nak mampos ni. wahahaha
[Reply]