Blogger Muslim Juga Seorang Murabbi
Ditulis pada March 20, 2010 – 1:39 pm | Oleh nuaeman Share
Di dalam Islam, Murabbi membawa pengertian yang luas yang mana bukan sahaja sebagai pendidik bahkan turut menyemai nilai adab serta dilengkapi dengan keperibadian yang mulia untuk menjadi ikutan manusia disekelilingnya. Diakui peranan sebagai Murabbi itu begitu mencabar pada masa kini dengan masalah sosial seperti zina, rogol, buang anak, dan ragut semakin menjadi-jadi. Segala kekusutan umat semakin tak terbendung bilamana kes-kes pembunuhan kejam juga berleluasa. Di era siber ini mampukah blogger muslim itu diberi peranan sebagai Murabbi?
Sebelum membicarakan lebih lanjut mengenai peranan blogger sebagai Murabbi adalah lebih baik kita melihat konsep yang ada pada blog itu terlebih dahulu. Tiada siapa dapat menafikan bahawa blog telah menjadi satu platform untuk bertabligh (menyampaikan) pada masa kini. Apa ilmu yang ingin disampaikan ianya bergantung kepada pemilik blog tetapi sebagai Blogger Muslim seharusnya kita tidak mensia-siakan ruang dan peluang yang ada dihadapan mata ini untuk berdakwah disamping berkongsi maklumat.
Tiada salahnya untuk mengatakan bahawa blogger muslim itu juga seorang Murabbi. Walaubagaimanapun sebelum diistilahkan begitu mereka harus terlebih dahulu menggunakan fungsi dan potensi yang ada blog itu pada jalan yang sebaiknya iaini bukan sahaja menyediakan informasi yang mengajak pembaca berfikir berdasarkan apa jua topik perbincangan bahkan turut sama mengetuk pintu hati setiap pelawat untuk mengingati Allah serta ajaran-ajaran yang terkandung di dalam agama yang dianuti sehingga ianya mampu dihayati, diyakini dan diamalkan dalam kehidupan. Kaedahnya ialah dengan tidak lupa menghubungkaitkan sesuatu ilmu itu dengan Mahapencipta disamping menterjemahkan sikap yang mulia kepada pembaca dan juga pelawat.
Setiap Blogger mempunyai pengaruhnya tersendiri sehingga ada sesetengah dari mereka menerima kunjungan ke blog mencecah angka ribuan dalam masa sehari. Justeru bukanlah suatu kesalahan jika mereka memanfaatkan ruang dan kesempatan yang ada untuk sama-sama menyemai mesej islam serta menonjolkan akhlak yang terpuji menerusi blog sebagaimana maksud firman Allah :
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan model ikutan yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. (Surah An nahl ayat 125)
Soal pembaca mampu berubah atau tidak itu perkara kedua tetapi yang penting sebagai blogger muslim kita telah laksanakan sebahagian tanggungjawab untuk mentazkir (memberi peringatan) dan menta’dib (mendidik) mereka manakala untuk berubah, ianya memerlukan hidayah.
Hidayah adalah hak mutlak Allah SWT kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh kerana itu walau sebanyak mana peringatan diberikan jika tiada keizinan untuk seseorang itu berubah maka ia akan kekal sebegitu. Lihat sahaja peringatan langsung daripada Allah dengan berlakunya segala macam bencana alam di segenap pelusuk dunia sehingga kini, tetapi maksiat kekal berleluasa dilakukan oleh manusia-manusia yang hatinya masih keras. Jika kita menyoroti sejarah pula, isteri dan anak nabi Nuh sendiri tidak beriman kerana mereka tidak terpilih untuk mendapat hidayah daripada Allah yang begitu tinggi nilainya itu. Allah telah nyatakan persoalan hidayah ini melalui firmanNya di dalam surah Al-Qasas ayat ke 56:
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk.
Sebagai blogger Muslim, usaha memberi peringatan wajib diteruskan. Setidak-tidaknya tindakan itu akan mengingatkan diri kita sendiri juga agar peranan Murabbi yang dipegang menjadikan kita seorang Blogger Mukmin.
Entri Berkaitan:






12 Responses to “Blogger Muslim Juga Seorang Murabbi”
By khairolghani on Mar 20, 2010 | Reply
sokong 100% apa yg Bro Nueman sarankan..zaman dah berubah..berdakwah melalui blog..
[Reply]
By Kujie on Mar 20, 2010 | Reply
tidak dapat buat semua tetapi jangan tinggal semua – lebih kurang macam tulah… walau pun sedikit sekurang2nya kita tidak tinggalkan langsung….
[Reply]
By hafizmd on Mar 21, 2010 | Reply
Terima kasih utk artikel ni.
Sama macam KaK Jie, moge ade juge walau sikit yg dapat disumbangkan..jangan tak sumbang langsung..
[Reply]
By nuaeman on Mar 22, 2010 | Reply
ye. ruang dah ada..jadi tak dapat bayk sikit pun dah alhamdulillah..
[Reply]
By aktechpage.com on Mar 22, 2010 | Reply
Baru tahu apa itu maksud Murabbi..
Sememangnya blog juga boleh dijadikan salah satu cara untuk berdakwah…
TQ atas perkongsian ini..
[Reply]
By nuaeman on Mar 23, 2010 | Reply
sama-samalah kita menggunakan platform blog ke jalan kebaikkan
[Reply]
By nuaeman on Mar 23, 2010 | Reply
Potensi yang ada pada blog itu begitu banyak.. rugi tidak dimanfaatkan..
[Reply]
By nuaeman on Mar 23, 2010 | Reply
Harusnya begitu..
[Reply]
By NADRI on Mar 23, 2010 | Reply
amat bagus sekiranya semua para blogger dpt berkongsi artikel2 yang boleh dikongsi bersama terutamanya bab2 berkaitan agama..
selain beblog dpt juga berbuat kebaikan..
[Reply]
By Nadri on Mar 23, 2010 | Reply
saya pun ada memuatkan entri2 yg berbentuk keagamaan di blog saya..rasanya tak rugi kalau perkara yg elok dikongsi bersama..
[Reply]
By muhammad fakhruddin on Mar 24, 2010 | Reply
setuju dgn pandangan berdakwah melalui blog.
Pada hemat saya,sesetengah isu agama mungkin kurang sesuai dibicarakan oleh blogger biasa seperti kita,melainkan beliau seorang yang berkelulusan agama. Contohnya isu nama Allah dan perihal Wahabi baru-baru ni.
[Reply]
By asri on Apr 26, 2010 | Reply
memang tak dinafikan boleh berdakwah melalui blog..tapi perkara asas dakwah mesti dibuat iaitu rumah ke rumah. jumpa umat face to face yang mana inilah cara yang dibuat oleh semua nabi2..
[Reply]