Blog menjadi bahan bukti di akhirat


Ditulis pada March 13, 2010 – 10:25 pm | Oleh nuaeman
Share

Allah berfirman:

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian pula kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” (Yassin : Ayat 65)

Jika kaki, tangan dan mulut akan menjadi saksi  di akhirat

Blog pula adalah salah satu bahan bukti kepada tangan serta jari jemari.

Apa yang kau tulis?

Apa yang kau gambarkan?

Suatu hari pasti akan diperhitungkan..

Blog memang tak bernyawa

Blog juga tak punya suara

Tetapi ia punya Jiwa

Jiwa yang dihadirkan pemiliknya

Untuk diresap ke minda pembaca

Kita semua sedar…

Apa guna blog tanpa pembaca

Disana ada tanggungjawab tertancap pada Blogger

Kemana kau ingin membawa mereka?

Sama-sama menghirup haruman Syurga

Atau merasai kepanasan lembah Neraka

Ingatlah!

Usah berblog jika hanya mahu berumpat keji

Kelak berguni dosa yang akan kau tanggungi

Usah berblog jika hanya mahu bergosip dan fitnah sana-sini

Kerna itu hanya buat kau miskin pahala suatu hari nanti

Usah berblog jika hanya mahu diangkat dan dipuji

apakah kau lupa disitu ada syaitan sedang bersembunyi?

Marilah bermuhasabah..

Blogger Muslim perlu punyai jiwa hamba

Untuk menuntun diri dan sekalian pembacanya

Kerna kaulah Murabbi di era Cyber

Alang-alang berblog

biarlah sampai membuka jalan ke syurga..

Hutan Bandar

Mac 2010

Masih belum mempunyai blog .COM dan punyai impian memilikinya?

Mulakan Langkah pertama DISINI.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Maksiat Viral daripada Blog
  2. Bukti Cinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar ucapan di bibir
  3. Lelaki kencing berdiri tidak layak menjadi Suami?
  4. Penangan Blog
  5. Panjang Usia dengan Blog

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 16 Responses to “Blog menjadi bahan bukti di akhirat”

  2. By samanosuke_04 on Mar 14, 2010 | Reply

    ‘murabbi di alam cyber’ suka istilah nie.. jangan ingat benda2 siber, dosa pahala tak ambik kira.. nice one nuaeman..

    [Reply]

  3. By khairolghani on Mar 15, 2010 | Reply

    ayat tersusun rapi..seronok membacanya dari awal sampai akhir..Thanks for sharing..

    [Reply]

  4. By nuaeman on Mar 15, 2010 | Reply

    Benar tu sahabat…

    [Reply]

  5. By nuaeman on Mar 15, 2010 | Reply

    Moga kita saling mengingati..

    [Reply]

  6. By kenwooi on Mar 15, 2010 | Reply

    blogging should be a hobby =)

    [Reply]

  7. By knightblogger on Mar 15, 2010 | Reply

    yap. bukti kukuh..

    [Reply]

  8. By yazidyahaya on Mar 16, 2010 | Reply

    makan dalam ayat ni..hehehe..

    [Reply]

  9. By aktechpage.com on Mar 18, 2010 | Reply

    Nice sharing bro…
    Beribadah melalui blog…cara baru zaman kini

    [Reply]

  10. By Dila.13 on Mar 22, 2010 | Reply

    Satu penyampaian yg terus hinggap ke minda saya sebagai blogger. beringat2 ketika menyampaikan sesuatu. Kalau orang lain tak nampak, Allah SWT nampak.

    [Reply]

  11. By muhammad fakhruddin on Mar 24, 2010 | Reply

    Suka istilah Murabbi Alam Cyber.

    Cuma pendapat saya lebih sesuai pakai istilah Daie daripada Murabbi.Kalau macam ustaz Hasrizal tu mungkin sesuai gelaran Murabbi…just my 2 cents :)

    [Reply]

  12. By nuaeman on Mar 25, 2010 | Reply

    makan dalam..? :)

    [Reply]

  13. By Salina@IbuAqil on Dec 15, 2010 | Reply

    Assalamualaimu..
    Wahai si penulis, ibu berminat dengan artikel ini.. Izinkan ibu kongsi bersama dengan pembaca2 ibu yer.. Salam ukhwah dari kami.. Insan kerdil di muka bumi..
    Salina@IbuAqil recently posted..Keluarlah mengundi sekarang BBPM Undi No 75 tau

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Silakan Ibu sekiranya dirasakan ianya bermanfaat buat ummah.

    [Reply]

  14. By aishah on Apr 12, 2011 | Reply

    assalamualaikum.. boleh ana copy artikel ini??

    [Reply]

    nuaeman Reply:

    Boleh Puan… dipersilakan

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. May 31, 2010: Sudah Tersepit Diperkosa Pulak – MohdNadri.Com

Post a Comment

CommentLuv badge