Benarkah Kita mengasihi Allah?


Ditulis pada February 12, 2010 – 1:14 pm | Oleh nuaeman
Share

” Kau tak beli bunga?” tanya seorang rakan sekerja

“Beli bunga?? untuk apa?” soalan tadi dikilas dengan soalan juga

“Hai.. takkan kau tak tau.. dua hari lagi Valentine’s Day.. Beli bunga untuk kekasihlaa..” terangnya sambil mengusik

“Oh! rasanya aku tak perlu tunggu hari Valentine nak beli bunga kot.., lagipun bukanke hari kekasih tu bukan budaya kita? Buat apa nak ikut..” jawab aku sedikit panjang

“Aku taulaa tu.. tapi kita bukan membesarkan hari tu pun.. kita gunakan tarikh tu untuk ingat kekasih sendiri.. macam kau ni pun.. kalau guna hari tu untuk ingat isteri.. takkan salah kot?” dia cuba gunakan alasan biasa yang digunakan ramai orang dalam usaha menghalalkan sambutan Hari Kekasih.

“Aku mintak maaf kalau kau terasa apa yang aku cakap.. tapi sebagai orang Islam, kita tak perlu tunggu Hari Kekasih untuk lakukan semua tu.. aku terfikir.. kekadang kita ni lebih besarkan kekasih yang sementara dan tak pasti daripada kekasih yang Kekal ” aku mengumpan untuk perbincangan yang lebih panjang.

“Kekasih yang Kekal??” dahinya berkerut dengan reaksi yang dahagakan jawapan segera.

“Ya, kekasih yang Kekal, Maksud aku Allah taala.. kau akui tak Allah taala tu sebagai kekasih?” agak tajam soalan aku kali ni

“Ish kau ni..! mestilah.. aku orang Islam.. dah tentulah! kenapa pulak kau tanya sampai kesitu?” soalnya masih kurang faham

“Takdelah.. apa yang aku nak cakap ni berkenaan diri kita. Selalu kita sebut Allah taala tu kekasih kita tetapi kita tak tunjukkan pun yang kita benar-benar mengasihi Dia. Semuanya hanya di mulut tetapi dari segi perbuatan kita.. tidak langsung menterjemahkannya…”

“Boleh kau bagi contoh?” dia mencelah

“Baiklah, cuba kau tengok orang yang benar-benar sayangkan kekasih.. masa zaman bercinta tu.. kalau boleh nak berjumpa selalu.. nak dating pukul 2.00  tapi pukul 1.00 dah sampai. Tapi dengan Allah..? solat yang kita laksanakan hari-haritu.. awal waktu ke akhir waktu? ada yang langsung tak solat.. lagi haru… Lepas tu kalau nak berjumpa kekasih tu kekadang siap ‘tie in’ lagi baju.. minyak wangi jangan cakaplah kan.. bau tak ingat punya… tapi kalau nak mengadap Tuhan yang kita akui sebagai kekasih dunia akhirat tu.. kekadang dengan kain pelikat paras pusat je.. alasannya panas.. ko rasa itu patut ke? itu ke cara kita mengasihi Allah?” agak panjang bicara aku kali ni dan sebenarnya itu juga peringatan keatas diri sendiri.

“Emm.. terkena sebijik aku.. heh!” nadanya bergurau tapi riak wajahnya menandakan dia faham penjelasan aku tadi..

“Kau jangan pulak terasa apa-apa, kita ingat mengingati satu sama lain.. bila bercakap dengan kau.. aku pun mengingatkan diri sendiri juga.. lagipun benda-benda macam ni memang biasa terjadi dalam masyarakat kita.. ada yang berdemo sana sini pasal isu kalimah Allah tetapi pada yang sama solat tinggal juga.. jadi apa yang dikata tak sama dengan apa yang ada di hati.. takut-takut yang keluar tu hanya emosi diri semata..” bebelan aku masih belum reda..

“Aku setuju tu.. emm nampaknya aku tak payah beli bungalah ek..? boleh aku tanya.. kau biasa beli bunga tak kat isteri kau?” soalnya cuba memesongkan sedikit dari topik asal

” Tak beli bunga bukannya tanda tak mengasihi, kita ada cara masing-masing.. siapa tak sayang bini bang… heh!” jawapan aku mengundang senyum kami berdua sebelum bergerak ke masjid bagi menterjemahkan tanda kasih kepada yang Maha Mengasihi.

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Benarkah Kita Makhluk Bertuhan?
  2. Benarkah kita darurat?
  3. Benarkah Syaitan Dibelenggu?
  4. Sesungguhnya Janji Allah itu Benar…
  5. Melayari Internet dengan Keberkesanan Allah

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 17 Responses to “Benarkah Kita mengasihi Allah?”

  2. By Kak Long on Feb 12, 2010 | Reply

    Peringatan yang baik tu nuaeman.

    Memang ada yang bukan budaya kita dan dah tahu amalan tu tak dibenarkan dalam agama kita, tapi ramai yang terikut-ikut. Yang sepatutnya diamalkan tak pula dibuat.

    [Reply]

  3. By menj on Feb 12, 2010 | Reply

    Baguslah ada tazkirah hari Jumaat ni :D

    [Reply]

  4. By Anjung Web on Feb 13, 2010 | Reply

    Nasihat yang amat berguna. Selalu kita ni lupa padaNya

    [Reply]

  5. By titan on Feb 13, 2010 | Reply

    yap. kadang-kadang, kita alpa. leka..dengan dunia.

    [Reply]

  6. By Azah on Feb 13, 2010 | Reply

    termuhasabah seketika,
    thanks..

    [Reply]

  7. By hirman on Feb 14, 2010 | Reply

    banyak lagi cara nak tunjukkan kekasih kita n diikutkan sejarah valentime tue mmg kita org islam xpatut dijadikan ikutan.

    [Reply]

  8. By samanosuke_04 on Feb 15, 2010 | Reply

    woooo bestnye ader bini! tak sabar aku nak kawen.. nuaeman, jangan risau aku pun xsuke valentine nie.. tapi crite2 jiwang aku layan! XD!!

    [Reply]

  9. By Maya on Feb 16, 2010 | Reply

    Herankan… bila tarikh 14 Februari tu datang, orang sekeliling mudah ingat…
    tapi bila tanya bulan ni ada lagi satu sambutan besar2an utk umat Islam sambut…
    mengeleng tatau

    [Reply]

  10. By Kak Long Mawar Merah on Feb 20, 2010 | Reply

    Betul tu Maya..
    Ada satu hari yang penting dalam bulan ni yang ramai tak sedar.
    Lagi pula, kita terlalu menggunapakai tarikh mengikut kalander Masihi dan orang Islam sendiri ramai yang tak tahu kalau tanya tarik ikut bulan Islam.

    [Reply]

  11. By nuaeman on Feb 22, 2010 | Reply

    Budaya kita dah semakin terpesong.. kak Long.. risau kekadang melihatkan apa yang berlaku sekarang

    [Reply]

  12. By nuaeman on Feb 22, 2010 | Reply

    Salam bro.. wah aktif memgomen sekrang.. bila nak jemput makan nasi minyak ni..

    [Reply]

  13. By nuaeman on Feb 22, 2010 | Reply

    Sama-sama mengingati..

    [Reply]

  14. By nuaeman on Feb 22, 2010 | Reply

    Kita perlukan sesuatu untuk kembalikan kita pada jalan sepatutnya..

    [Reply]

  15. By nuaeman on Feb 22, 2010 | Reply

    Alhamdulillah..

    [Reply]

  16. By nuaeman on Feb 22, 2010 | Reply

    Betul sangat tu Hirman..

    [Reply]

  17. By nuaeman on Feb 22, 2010 | Reply

    Aku layan jugak.. terbaru aku layan Ketika Cinta Bertasbih.. ko dah tengok..?

    [Reply]

  18. By nuaeman on Feb 22, 2010 | Reply

    Ramai yang telah hanyut…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge