Benarkah Kita Makhluk Bertuhan?
Ditulis pada December 4, 2008 – 4:47 pm | Oleh nuaeman Share
Malam tu sedikit dingin. Talif, student Malaysia yang bekerja secara part time di Ramada Limited menjemput aku membeli makan malam di salah satu Restoran Pakistan di Pekan Torrance. Selepas Maghrib kami bergerak. Lokasinya tidaklah jauh mana, sekadar 8 Kilometer dari Hotel penginapan kami.
Di dalam kereta Talif bersuara “Hang tak mau pi mana-mana ka lepas nih?” Ramai budak utara di sini jadi kalau cakap melayu tu mereka lebih kepada slang utara. Jadi aku pun kenalah “adjust” sikit lidah. ” Nak pi mana dah malam-malam nih? Baik lepak hotel ja” Jawab aku.” Manalaa tau kalau-kalau hang nak pi tengok tiger show ka.. apa kaa.. aku takdak hal” Wah! Talif ni menguji aku apa? fikir aku “Ish.. apa kesitu pulak?” Aku cuba dapatkan kepastian. “Takdaklaa.. aku tau hang pakai lebai.. tapi tak semestinya lebai tak mau ke tempat camtu.. kalau hang tak mau pi baguihlaa.. lagi baik!” Jelas Talif.”Err.. tapi awat hang tanya aku nak pi ke tak mau?”Tanya aku lagi. ” Sebabnya benda ni dah pernah jadi.. aku penah jadi pemandu pelancong untuk sorang Pak Haji dari Malaysia..” Talif memulakan cerita..
Masa aku bawa dia berjalan-jalan sekitar LA. Masuk Hollywood dan Universal Studios semua dia suruh aku panggil dia Pak haji. Sebenarnya dia datang bersama anak dan isteri. Ketika kami berbual adakala aku tersasul panggil dia abang tapi cepat-cepat dibetulkan supaya aku panggil dia Pak haji. Masa berjalan-jalan sekitar Hollywood tu adalaa nampak beberapa minah mat saleh yang berpakaian seksi. Terdengar jugak aku dia beristigfar ” Astaga, diorang ni selamba jee tak pakai baju yek? Apalaa nak jadi…” katanya pada isteri dia. Fikir aku bertuahlaa isterinya dapat suami soleh macam dia ni. Usia boleh kata mudala juga tapi dah pun mengerjakan Haji. Setelah habis berjalan petang tu aku hantar dia balik ke Hotel.
Malam tu aku nampak si Pak Haji ni turun sorang-sorang ke lobi Hotel. Kali ni berseorangan dan rupa-rupanya dia mencari aku. “Nak kemana Pak Haji?” aku tanya. Dia panggil aku supaya rapat sedikit. “Talif, ko tau tak tempat-tempat yang menari-nari tu..kat sini? alaa.. yang ada menari tak pakai baju tu”. “hah! Tiger show tu ke?” aku cuba pastikan. “Haa..” Astaga biar betul Pak Haji ni bisik hati aku. Tapi atas kehendak dia aku bawakan jugalaa. Pandai pulak bercakap dengan aku ” Aku bukan apa Talif.., aku tau benda ni salah tetapi sekadar untuk pengetahuan” Hek elehai Pak Haji ni.. dah kemaruk mengaku sajalah.. Bila sampai Hotel semula pandai pulak suruh rahsiakan dari isterinya.
Aku Ingat setakat hari tu saja. Tak sangka esok dan hari-hari seterusnya dia mintak bawakan lagi. Lepas tu HARAM aku nak panggil dia Pak Haji. Tak boleh pakai punya orang..
Talif menghabiskan ceritanya. Hehe.. ialahkan sebenarnya tak kiralah walaubagaimanapun kita .Haji kee ,tak Haji kee, Ustaz ataupun bukan Ustaz tetapi kalau dah namanya manusia macam itulah. Kita dah diberikan nafsu dan aqal untuk berfikir. Hanya kita yang tentukan yang mana harus menguasai yang mana. Perlu disematkan bahawa kita ini makhluk bertuhan dan Tuhan tu wujud dimana pun kita berada. Bukan sekadar di Malaysia atau di Mekah sahaja. Tetapi andai kita masih belum mengakui sebenar-benarnya kita ini makhluk bertuhan iaini Allah yang Esa maka begitulah jadinya. Jangan dipandang rendah Pak Haji tu kerana perkara ini pun boleh terjadi kepada sesiapa sahaja andai kita sendiri belum benar-benar mengakui kita ini Makhluk bertuhan!
*Inilah adalah sekadar catatan pengalaman aku ketika berada di bumi yang kini dipimpin oleh Barrack Hossien Obama 7 tahun lalu. Banyak sebenarnya perkara yang mengajar aku tentang hidup dan ini adalah sebahagian daripadanya. Kiranya ada sesuatu yang boleh dijadikan pedoman ambillah. Kiranya tidak ianya sekadar menjadi salah satu bacaan ringan untuk hari ini.
Entri Berkaitan:
Tags: Tuhan






13 Responses to “Benarkah Kita Makhluk Bertuhan?”
By megat on Dec 4, 2008 | Reply
yalah itu kenyataannya yang berlaku dan masih byk perkara yang pelik-pelik. dinegara kita sendiri pun terang-terang berlaku.
selagi tidak sepenuhnya bertuhankan allah ta’ala, memang perkara sebegini amat mudah untuk dicampuri dalam hidup!
megat’s last blog post..Pengurusan Masa, Demi Kehidupan Yang Lebih Terjamin Dan Stabil
[Reply]
By |1f34|-|1r3 on Dec 4, 2008 | Reply
banyak beb benda2 camni jadi…aku baca mastika pon dh byk kes2 camni..huhuhuhuhu~~
|1f34|-|1r3’s last blog post..How to check if your site is down ?
[Reply]
By chuckiesd on Dec 5, 2008 | Reply
Bro dah nama pun manusia…keimanan tu sebenarnya penting..boleh ker tak kita melawan semua hasutan syaitan…sejauh manakan kuatnya iman kiter ni..untuk mengelakkan jadinya benda-enda cam ni…elakkan pergi ke tempat macam ni….jauhkan…cegah dahulu sebelum melarat
[Reply]
By shaxx on Dec 5, 2008 | Reply
haji sangkut tuh hahahah…..
shaxx’s last blog post..PayPal into Tune Money
[Reply]
By ezad on Dec 5, 2008 | Reply
Jangankan Haji org biasa pun boleh jadi, bila bercakap mmg berbuih mulut pasal agama tapi..haremmm..hik3
[Reply]
By chuckiesd on Dec 5, 2008 | Reply
Biasa laa ezad…cakp sumer nak menang kan…hehehehehe…lumrah manusia…
chuckiesd’s last blog post..Leah Lynn Gabriela Fortune
[Reply]
By nuaeman on Dec 6, 2008 | Reply
Kita cuba jadikan benda ni semua sebagai ingatan untuk diri kita supaya tak jadi macam tu.. esok-esok..
[Reply]
By nuaeman on Dec 6, 2008 | Reply
Kita insya_Allah akan cuba jauhi benda-benda camni.. tetapi kadangkala dugaan Allah tu datang untuk mencuba sejauh mana keimanan hambaNya
[Reply]
By nuaeman on Dec 6, 2008 | Reply
Haha.. sangkut pakai apa tu shaxx
[Reply]
By nuaeman on Dec 6, 2008 | Reply
Doa-doa moga kita tak jadi camtu
[Reply]
By nuaeman on Dec 6, 2008 | Reply
Memang megat, dinegara sendiri pun banyak sebenarnya dah berlaku.. terang dan nyata tetapi jarang diambil endah.. hingga terkadang dianggap sebagai perkara biasa..
[Reply]
By titan on Dec 6, 2008 | Reply
kita hanyalah manusia biasa.
[Reply]
By farahaznil on Dec 8, 2008 | Reply
ho ho ho..pak haji apa raaa mcm tu..hi hi hi…
p/s – org yg beriman akan lebih terkutuk atau dipandang serong jika dia melakukan perbuatan terkutuk berbanding org yg dah biasa melakukannya..hehehe
peribahasa yg sesuai – alim2 kucing..akakakakaka
[Reply]