Apakah kita bersyukur diciptakan sebagai Manusia?


Ditulis pada August 30, 2009 – 11:56 pm | Oleh nuaeman
Share

Hari ini Solat Terawih dilakukan hanya 8 rakaat beserta 3 witir untuk memberi laluan kepada tazkirah sebagai santapan rohani kami di malam Merdeka. Alhamdulillah Merdeka kali ini disambut di dalam bulan Ramadhan.

Menurut laporan Utusan Malaysia 20 Jun yang lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk  tidak menganjurkan upacara ambang Merdeka pada tengah malam 30 Ogos bagi menghormati bulan Ramadhan. Sebenarnya kalau tidak diadakan terus pada tahun-tahun berikutnya juga tidak mengapa kerana banyak elemen negatif yang terhasil berbanding objektif yang cuba dicapai melalui upacara itu. Awalan tazkirah di Masjid tadi pun ada menyentuh mengenai hal ini. Kalau kita masih ingat di era kepimpinan Pak lah dulu juga pernah menggesa upacara sambutan tahun baru 2005 digantikan dengan Majlis doa elak bencana bagi menghormati mangsa-mangsa tsunami. Ini bermakna perkara-perkara yang menjadi kebiasaan itu boleh untuk tidak dilaksanakan bagi memupuk nilai-nilai yang lebih baik kepada seluruh rakyat dan para remaja khususnya. Tak perlu menunggu Ramadhan atau berlaku sebarang bencana baru nak meminda aktiviti.

Intipati tazkirah Ramadhan sebentar tadi, kita digesa untuk meMerdekakan diri dari segala unsur syirik yang boleh menjarakkan hubungan kita dengan Allah taala. Tanpa sedar Melayu Islam sepertimana kita di Malaysia ini banyak dipengaruhi oleh adat sehingga ada yang membawa kepercayaan khurafat lantas menjurus kepada syirik. Justeru adalah lebih baik untuk kita balik kepada ajaran islam yang sebenar bagi mengelakkan kita terjerumus ke lembah syirik seterusnya mempertingkatkan rasa syukur kita dijadikan sebagai Manusia dimuka bumi Allah ini. Ustaz membawakan satu kisah bagi membuka fikrah semua:

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhlukNya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, “Hai kerbau apakah kamu senang setelah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau”. Si kerbau menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”. Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatangi seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, “Hai kelawar apakah kamu senang setelah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar”. “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya”, jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing kecil apakah kamu senang setelah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing”. Si cacing menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya”.

Sempurnakah Iman kita sekarang? Sejauh mana pula rasa syukur kita diciptakan oleh Allah taala sebagai seorang manusia?  Jawapannya ada pada diri masing-masing..

Related Posts with Thumbnails

Entri Berkaitan:

  1. Kita Manusia yang berotakkan Kelkatu?
  2. Apakah kita serius dalam mencapai matlamat ?
  3. Andalusia: Apakah semuanya Salah Lelaki??
  4. Bila ilmu menjadikan manusia cacamarba
  5. Apakah Mereka Mengerti?

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 417 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 8 Responses to “Apakah kita bersyukur diciptakan sebagai Manusia?”

  2. By alone on Aug 31, 2009 | Reply

    Masya-Allah.. terasa tersangat insaf bila membaca artikel ni..

    [Reply]

  3. By Kak Long on Aug 31, 2009 | Reply

    Perkongsian yang sangat berkesan.
    Terima kasih.
    Insya Allah, akan terus bersyukur atas segala nikmat dan ujian yang diberikanNya.

    [Reply]

  4. By fathuri on Aug 31, 2009 | Reply

    Assalamualaikum Nuaeman. Apa khabar? Moga terus ceria meniti hari2 Ramadhan. Sudah 10 hari kita berpuasa, cepatnya..

    Seronok membaca kisah bersyukurnya Si Kerbau, Kelawar dan cacing itu. Saya dapat tangkap apa message yang hendak disampaikan.

    Alhamdulillah cerita yang simple yet menyengat!

    Bilamana nak dapatkan cerita-cerita motivasi islamik saya sudah tahu blog mana hendak di tuju. Terima kasih Nuaeman.

    Oh ya, hari ini saya ada menulis “something” berkenaan “income”. Bilamana Nuaeman ada kelapangan jemput singgah di blog ye. Mohon tinggalkan komen juga.

    Ini linknya..http://fathuri.com/?page_id=1040

    Salam ceria & salam inspirasi

    Moga friendship ini berpanjangan.

    Moga kita saling memotivasi dalam mengejar impian

    Keep in touch ye Nuaeman

    Assalamualaikum

    [Reply]

  5. By fikri{dot}com on Aug 31, 2009 | Reply

    first time sbenarnye aku dngar citer tu :) memang bagus citer tu… sume org bersyukur ngan apa yg di beri Allah… btol x? manusia, ada yg x bersyukur.

    iman? aku x rasa diri aku cukup lagi iman… tapi, bukan maksudnya iman tu x de… aku still rasa iman tu masih ada sbb aku nak buat keje2 jahat pon, mst igt Allah… naik motor igt… ngah sembang pon igt… tapi, aku tau diri aku still ada masalah somewhere… masih sedang di perbetulkan. kadangh2 join gak wat bende jahat ngan member… insya-Allah aku try betulkan :D

    [Reply]

  6. By nuaeman on Sep 2, 2009 | Reply

    insya_Allah.. dah berkunjung pun kesana.. :)

    [Reply]

  7. By nuaeman on Sep 2, 2009 | Reply

    yang ok kita teruskan..

    Yang tak betul kita perbaiki..

    [Reply]

  8. By titan on Sep 2, 2009 | Reply

    ehm. cacing. manusia. ohh..

    [Reply]

  9. By samdaddycool on Sep 4, 2009 | Reply

    Cacing pun tak ingin jadi manusia.. jadi dirinya sendiri dirasakan lagi bagus.
    Semoga kita kekal dalam iman.. amin.

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge