Apabila FaithFreedom Indonesia Lenyap
Ditulis pada November 20, 2008 – 2:42 am | Oleh nuaeman Share
Satu perkara yang menghairankan aku semalam apabila diberitahu satu forum yang cukup terkenal membelasah Islam didalam setiap perbincangan mereka tiba-tiba lenyap. Sehingga kini aku masih tertanya-tanya betulkah apa yang aku saksikan ini atau hanya satu tipudaya dari pihak mereka. Forum yang cukup ramai komuniti dan saban waktu memperlekehkan ajaran agama Islam, Rasulnya dan tak terkecuali Tuhannya kini telah tiada lagi. Apakah ini benar?
Forum yang aku maksudkan ialah FaithFreedom Indonesia. Inilah yang aku dapat bilamana aku ke link tersebut:
Mulai hari ini tanggal 19 Nov 2008, admins/moderators menutup forum ini demi terciptanya keharmonisan beragama di Indonesia. Forum ini adalah milik dan dikelola oleh www.faithfreedom.org, Dr. Ali Sina. Dengan ini admins/moderators tidak lagi terlibat dalam bentuk apapun dalam forum ini, dan meminta maaf bila kehadiran forum ini telah meresahkan masyarakat Indonesia.
Andai ini benar aku amat-amat bersyukur kerana kewujudan forum tu telah banyak memporak-perandakan Islam.Ramai di kalangan mereka-mereka yang lemah benteng keimanan telah meninggalkan Islam setelah membaca artikel-artikel dan juga pengakuan mereka-mereka yang telah bertukar agama atau lebih selesa untuk hidup tanpa agama.
Walaupun begitu laman rasminya yang berbahasa inggeris masih lagi kekal sehingga kini. Pembawakan mereka sama sahaja. Membaca perbincangan mereka hanya membuat hati korang sakit jika iman masih didada. Mereka amat tidak gemar orang yang pro kepada Islam memberikan hujah beserta fakta disana. Antara tindakan mereka ambil adalah menghapuskan akaun mereka yang membela Islam. Adilkah?
Kalau korang masih ingat lagi tentang tawaran 40 usd sehari yang aku terima maka ini adalah salah satu pautan untuk aku perlu dapatkan maklumat. Mereka memperlekehkan Rasul sehingga korang rasa tak sangup nak membacanya. Disamping imej-imej yang menjahanamkan. Kalau rasa nak melawat dan saksikan sendiri pergilah.. tapi jangan lupa berpatah balik. Duduk lama-lama di forum macam tu pun tak guna juga lagilaa kalau iman tak teguh. Hati boleh terusik nanti dan mula tertanya sendiri” Eh betul ke camtu..” atau “Owh camni ke” haa.. itu dah kacau.. sebab itu pada aku lebih baik tak payah masuk. Baca sendiri warning yang diberikan mereka ini :-
Dear Muslim: If you love your faith and want to keep it, leave this site NOW. We have set thousands of Muslims free. Some of them were more faithful and more knowledgeable than you. Many of them are now helping other Muslims in their journey to freedom. Truth is very powerful and you may not have the strength to resist it. This site has the potential to undo Islam. This is no hyperbole. It is a reality that is already happening. A silent revolution is taking place, unprecedented in history. If you don’t leave Islam, chances are that your children will. The sun of truth has dawned. Your only chance to remain a Muslim is to keep your head deep in the sand. The more you learn the truth the more you will lose your faith. Truth will set you free, but if you fear freedom leave this site NOW. However, if you feel valiant, meet my challenge and I will remove this site.
Aku faham rasa ingin tahu tu menebal tapi dari menjengah kesana adalah lebih baik korang berkunjung ke laman Inilah Kebenaran. Sekurang-kurangnya ada input yang diperolehi dari membaca info-info sesat di faith freedom. Aku ada berdiskusi dengan pemiliknya iaitu saudara menj yang mana beliau berhasrat untuk membuat satu laman Wiki Islam bagi melebarkan lagi maklumat-maklumat yang benar tentang Islam. Tetapi untuk melaksanakannya ia perlukan sokongan ramai pihak dan dialu-alukan kalau ada yang sukarela untuk membantu. Sepertimana musuh-musuh Islam yang mempunyai ramai sukarelawan bagi merealisasikan matlamat mereka apakah kita yang sejak azali mengaku beragama Islam tidak mampu menyumbang sedikit pun dalam usaha mempertahankan Agama suci ini?
Kiranya hasrat mewujudkan Wiki Islam itu tercapai maka aku doakan ia mampu untuk menangkis segala kesesatan yang dibawa oleh Wiki Islam palsu ni..==> http://www.wikiislam.com/wiki/Farsideology. kalau korang nak tau disinilah aku ditawarkan membuat kerja-kerja untuk menghina agama yang aku anuti. Apakah korang rasa selesa untuk terus berdiam diri?.
Aku dan saudara menj amat mengalu-alukan mereka-mereka yang sukarela untuk membantu agar impian ini terlaksana dan dipohonkan jua moga usaha kecil ini diberkati Allah.
“Wahai Tuhan kami, Janganlah kami dihukum, jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami, Janganlah engkau pikulkan kepada kami beban yang berat sebagaimana kau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu dari kami, Wahai tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak mampu kami pikul. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan berilah kami rahmat: Engkaulah pelindung kami, sebab itu tolonglah kami terhadap kaum yang tidak beriman itu” (sisipan dari Al-Baqarah ,ayat 286)
Amin..
Entri Berkaitan:






17 Responses to “Apabila FaithFreedom Indonesia Lenyap”
By chuckiesd on Nov 20, 2008 | Reply
bagus laa kalau di tutup..kalau memporak perandakan umat islam..baik tak payah bukak…memebelahkan orang2 islam jer..kalau ko tau maner forum atau site yang mengutuk islam dan memecahbelahkan umaht islam..highlight di sini…
chuckiesd’s last blog post..Sedapnya Teh Tarik
[Reply]
By |1f34|-|1r3 on Nov 20, 2008 | Reply
isk isk isk..baru aku tahu wujud forum sebegini…tp dh tutup la plak kan? baru nak usha apa la yg diorang dok kutuk sangat….lain kali..URL dia kasi lain..jangan letak faith freedom kalau nk kutuk islam…bongong !!
|1f34|-|1r3’s last blog post..How to put corner screen widget on your blog?
[Reply]
By ezad on Nov 20, 2008 | Reply
Haha aku tggu org lain komen dulu td, bagus2 tutup mereka2 ni semua berhati gelap dan xde masa depan, aku xcheck lagi forum tuh, mereka ni atheist ker? aku rasa suh diorg yang benggong ni lawat blog menj..hehe
[Reply]
By titan on Nov 20, 2008 | Reply
aku tak nafikan semua ini dan aku sendiri pernah kene kacau dengan golongan2 berikut dulu. Siap tawarkan duit dan macam2 lagi. Haha..aku bukan semiskin itu untuk dibeli. Hoho..
Bagi aku. kita sendiri kene kuat. Kalau kita tak kuat. Siapalah kita nak tolong orang lain plak..
titan’s last blog post..Edisi Siasat: Buat Duit dengan Daytipper
[Reply]
By callister on Nov 20, 2008 | Reply
nape komen aku hilang??
aduila..
callister’s last blog post..Am i hot stuff? You tell me
[Reply]
By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply
hah komen kat mana hilang.. aku tgk ok jee semua komen ko masuk.. pelik nih
[Reply]
By megat on Nov 20, 2008 | Reply
subhanallah, klu iman tak teguh sudah pasti akan membawa bencana! mungkin kah peristiwa seperti tsunami merupakan petunjuk paling nyata!?
aku harap kewujudan inilah kebenaran dapat menyangkal kata-kata yang bertujuan meruntuhkan iman orang islam.
megat’s last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah
[Reply]
By callister on Nov 20, 2008 | Reply
tadi aku ada komen awal2..
aku rasa aku dah sent..
xpe la..lupakan ajer..
eheh~
[Reply]
By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply
Yang tutup indon tu indon punya bro tapi lain-lain version masih berleluasa.. kalau setakat nak tengok boleh tengok yang english atau wikiislam palsu tu.. itupun dah cukup menyakitkan hati..
[Reply]
By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply
Ada banyak lagi ikutkan tetapi ni kira yang besar.. dan punya ramai komuniti..
[Reply]
By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply
Boleh tengok yang english ejad. itupun sama jee contentnya dan matlamat mereka.. menghina Islam..
[Reply]
By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply
Ada kesilapan kot sebab komen-komen ko yang lain ok jee masuk.. kalaupun tak keluar mesti ada dalam dashboard aku.. tapi ini takde
[Reply]
By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply
Aku juga harap begitu.. andai bro sanggup sama-sama bekerjasama dengan projek terbaru menj tu pun ok juga.. tiada paksaan..atas dasar sukarela. Ko pun dah mengenali menj kan..
[Reply]
By nuaeman on Nov 20, 2008 | Reply
Ya.. dengan membantu mengingatkan orang lain kita juga sebenarnya berdakwah kepada diri sendiri.. insya_Allah usaha yang ikhlas ada ganjaran di sisi Allah..
[Reply]
By chuckiesd on Nov 21, 2008 | Reply
Islam ni ramai seluruh dunia..sebab tu semua orang dengki…
chuckiesd’s last blog post..Boss macam maner yang korang nak?
[Reply]
By megat on Nov 21, 2008 | Reply
mungkin aku tak kenal sejauh kau mengenali saudara menj. tapi aku perasan saudara menj semenjak aku mulai blogging pada tahun 2003!
tapi setakat menjadi silent reader di blog awalnya. ketika itu mungkin saudara menj baru bertapak di dunia blognya juga.
yang pasti perkara baik seperti ini perlu dipertingkatkan demi memartabatkan islam di mata dunia! insya allah.
megat’s last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah
[Reply]
By muhammad fakhruddin on Jul 3, 2009 | Reply
Assalamualaikum,
pertama sekali jika kita lihat Indonesia diancam gerakan Islam Liberal(Malaysia pun ada benda ni).
Selain itu,faithfreedom.org memang ditaja oleh orang- orang murtad.Untuk orang awam seperti kita,janganlah terlalu suka untuk mencabar mereka,kerana sebahagian daripada mereka lebih berilmu daripada kita.
Malangnya di kalangan ulama Islam sendiri,ada di antaranya tak celik internet walaupun amat alim dalam soal agama.Malang kedua yang menimpa kita pula ada ulama yang lebih rela bertempur antara fahaman,seperti fahaman Khalaf dengan fahaman Salaf,Wahabi Syiah dan bermacam-macam pertempuran antara fahaman lagi yang tercetus.
Sedang umat Islam terkapai-kapai aqidahnya di hujung keprihatinan & wang para mubaligh Kristian,ulama masih berdebat pasal kena baca doa qunut dalam solat Subuh atau tidak…
muhammad fakhruddin’s last blog post..Fadilat Puasa Bulan Rejab Siri 2
[Reply]