Antara Syukur dan Redha


Ditulis pada November 13, 2009 – 4:25 pm | Oleh nuaeman
Share

“Cucu mak Esak tu meninggal bang..” satu berita yang tak sedap didengar menyambut kepulangan aku dari tempat kerja

“Innalillah… Bila?” Balas aku

“Siang tadi, tak pasti sebabnya.. pengsan mak budak tu..”

Sedih mengenangkan nasib yang menimpa ibu bapa kepada anak tersebut. Ketika awal tahun 2009 mereka menerima satu anugerah yang bukan semua orang mampu memiliki. Si isteri melahirkan anak kembar. Kedua-duanya lelaki dan comel sekali. Gembira tak terkata pasangan ini. Apalagi Mak Esah yang menjadi jiran kepada kami. Seronok benar bila dapat tahu dia mendapat cucu kembar.

Selang 3 bulan mereka diuji pula oleh Yang Maha Memberi bilamana salah seorang dari anak yang dilahirkan dijemput untuk menghadap ilahi ketika masih belum cukup merasai nikmat duniawi. Sebagai ibu bapa siapa yang tak sedih jika anak yang ditatang cukup berhati-hati tiba-tiba hilang sekelip mata. Dari dua menjadi satu maka yang satu itulah pengubat hati lara mereka.

Apapun takdir tuhan tak mampu dielak. Setelah berusia 8 bulan si anak yang satu ini dipanggil juga untuk mengikut jejak langkah saudara kembarnya. Khabarnya longlai terus si ibu bagaikan sukar mempercayai apa yang berlaku keatas mereka. Kedua-dua anak mereka kini telah selamat bersemadi. Dari ada menjadi tiada…

Ini bukan cerita rekaan dan mungkin ada banyak lagi kisah-kisah sebegini diluar sana. Kisah-kisah ini sepatutnya mendorong kita untuk lebih bersyukur dengan anak yang dikurniakan Allah dan yang penting mereka semua masih bersama kita. Tanpa rasa syukur kita akan memperlakukan sesuka hati terhadap mereka.

Kelemahan kita selalunya amat sukar untuk redha dengan kenakalan anak-anak kecil. Kerana memperturutkan emosi, mudah saja kita mencubit, menampar dan merotan anak-anak ini sedangkan jika difikirkan semula mereka belum cukup matang untuk berfikir seperti kita. Kita lupa yang itu adalah lumrah bagi anak-anak kecil. Sikap manusia biasanya begitu, semasa ada kurang diberi perhatian sewajarnya. Tetapi bagaimana jika anak-anak yang kita cubit dan tampar ini tiba-tiba pergi dijemput ilahi. Pada ketika itulah kita akan rasakan kenakalan mereka adalah rencah dalam kehidupan berumahtangga. Betapa siksanya jiwa untuk kita teruskan hari-hari mendatang tanpa jeritan,tangisan serta apa jua ragamnya.

Syukurlah jika anak-anak kita masih hidup bersama kita. Bukan mudah untuk seseorang menerima kenyataan. Lihatlah apa yang terjadi kepada penjaga gol Jerman, Robert Enke baru-baru ini. Beliau ditemui mati dan dipercayai membunuh diri kerana tekanan atas sebab kematian anaknya tiga tahun lalu. Itu pilihan bagi mereka yang tiada pegangan tetapi pilihan begitu tidak wujud selagi kita percaya dengan qada dan qadar tuhan.

Andai dengan pemberian-Nya kita tak tahu untuk bersyukur dan ujian yang juga datang atas kehendak-Nya kita tidak redha. Fikirkan semula.. Apakah kita benar-benar meyakini takdir Allah?

Related Posts with Thumbnails
Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Entri Berkaitan:

  1. Kematian anak : Antara dugaan hidup paling besar
  2. Antara pengalaman mencabar seorang bapa
  3. Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
  4. Cek Pertama dari Nuffnang: Syukur..
  5. Antara Sajak Kematian dan Puaka Niyang Rapik

Artikel ditulis oleh nuaeman

Seorang lelaki, suami dan juga bapa yang sederhana.

Nuaeman Telah Menulis 363 Artikel Setakat Ini .

Langgan feed melalui RSS atau EMAIL untuk mendapat pemberitahuan tentang artikel terkini dari Nuaeman.

  1. 22 Responses to “Antara Syukur dan Redha”

  2. By Kujie on Nov 13, 2009 | Reply

    anak hiasan dunia.

    kalau takut kehilangan ,jangan berani untuk memiliki kerana kita tidak akan kehilangan apa yang tidak kita miliki.

    moga jiran lebih tabah dan hikmahnya ada anak2 sedang menanti di syurga

    [Reply]

  3. By farahaznil on Nov 13, 2009 | Reply

    anak itu mmg satu nilai yg tiada anugerahnya..tp kalau nakal2 tu biasa la..mmg kenakalan anak adalah perencah asas rmh tangga..tp klu dah prangai nakal mcm jin..mmg dah patut kena sebat..hohoh

    [Reply]

  4. By megat on Nov 13, 2009 | Reply

    anak yang dianugerahkan sememang tiada nilainya. tiada pengganti.

    kesian juga tengok rakan-rakan yang dah kawin lama pun masih tidak dikurniakan anak kan?

    insya allah amanah yang diberikan akan dijalankan sebaiknya.

    [Reply]

  5. By msarbin on Nov 14, 2009 | Reply

    itulah dugaan Yang Esa. setiap manusia punya bahagiannya. moga kita terus bersabar dan sentiasa memohon rahmatnya

    [Reply]

  6. By nuaeman on Nov 14, 2009 | Reply

    Itulah kak jie.. cuma selalunya begini..

    sebelum memiliki.. kita selalu impikan.. setelah memiliki kita abaikan.. bila ditarik semula.. mulalah menyesal..

    Cuma dalam cerita jiran saya tu berbezalaa.. memang dia jaga betul2 anaknya.. lagilah setelah yang pertama meninggal tetapi nak buat bagaimana.. setiap perancangan tuhan tu ada hikmahnya..

    Bila berlaku macam ni saya selalu ingatkan diri supaya syukur anak-anak saya selamat.. walau ada beberapa hal terjadi kat diorang.. dan peringatan kepada diri sendiri supaya jgn mengeluh dan lakukan sesuka hati kat anak2

    kak jie orang lama.. mesti lebih faham kan… :)

    [Reply]

  7. By nuaeman on Nov 14, 2009 | Reply

    macam terbalik jee ayat ko kat atas tu.. hehe..

    [Reply]

  8. By nuaeman on Nov 14, 2009 | Reply

    ada orang usaha pelbagai cara untuk dapatkan anak.. syukurlah kita dipermudahkan..

    [Reply]

  9. By nuaeman on Nov 14, 2009 | Reply

    sabar.. itu perlu..

    [Reply]

  10. By titan on Nov 14, 2009 | Reply

    ehm..semalam, baru aku jaga anak orang tak sampai sehari. memang banyak kerenah budak kecik nih. Budak tu baru je 6 bulan. Tapi memang super aktif. nak tunggu dia tidur..punya la lama..tapi aku akui, seronok jaga budak nih. Hehe..

    Ntah bila aku ada anak sendiri..

    [Reply]

  11. By Kak Long on Nov 15, 2009 | Reply

    Innalillah…
    Semoga mereka tabah menghadapinya walaupun kesedihan itu pastinya sukar untuk diatasi.

    [Reply]

  12. By hafizmd on Nov 15, 2009 | Reply

    mmg gitula sifat manusia nie..bile dah xde, barula nak menghargai..mase ade..diabaikan..mudah2 mudahan kite kite sentiasa menghargai setiap perkara/nikmat yang DIA kurniakan..

    huhu..anak aku terpakse dihntr ke kmpung,,kne outstation..sunyi rumah nie…huhu

    [Reply]

  13. By ijamidayu on Nov 15, 2009 | Reply

    Betoi la bro.. Kekadang memang sifat manusia begini..

    Bila kena outstation selalu bukan main rindu dengan gelak tawa si kecil..

    Bila mengubah habis rumah nih.. Kita naik hangin lak.. Nak2 lak bila penat balik kerja.

    Isk..Isk… Apa pun, perkongsian yang menarik aku utk turut serta memikir bersama…

    [Reply]

  14. By samanosuke_04 on Nov 16, 2009 | Reply

    hoho.. memang camtue kan manusia? Bila dah hilang baru nak sayang.. camner nak sayang sebelum hilang rr?

    [Reply]

  15. By Ezad on Nov 16, 2009 | Reply

    Setiap Qada Dan Qadar itu adalah ujian daripada Allah, memang sukar menerima kenyataan, tapi itulah kenyataan yang harus diterima, kelak bayi2 inilah yang akan membantu ibu mereka diakhirat nanti.

    [Reply]

  16. By SHaffik on Nov 17, 2009 | Reply

    Ini semua ketentuan Tuhan. Harap jiran ko tabah menghadapinya.

    [Reply]

  17. By nuaeman on Nov 18, 2009 | Reply

    Budak-budak kecik.. memanglah banyak ragamnya Titan.. esok-esok kalau ada anak sendri ko taulaa.. lagilah kalau lelaki… huuu.. tapi seronok juga sebenarnya.. sebelum ada anak.. bila mau kawin..? hehe

    [Reply]

  18. By nuaeman on Nov 18, 2009 | Reply

    Saya pun doakan begitu kak long.. Apapun tuhan menguji mereka-mereka yang sanggup menghadapi.. insya_Allah ada sesuatu untuk mereka nanti..

    [Reply]

  19. By nuaeman on Nov 18, 2009 | Reply

    waaa jadi orang bujang ke hafiz.. hehe.. tak best juga bila anak-anak takde yee

    [Reply]

  20. By nuaeman on Nov 18, 2009 | Reply

    Waa ijam.. lama tak nampak..? :) siapa tak rindu anak wei.. eh kat mak dia rindu jugak tak..?

    [Reply]

  21. By nuaeman on Nov 18, 2009 | Reply

    nak sayang sebelum hilang..? kene selalu ada rasa bersyukur..

    [Reply]

  22. By nuaeman on Nov 18, 2009 | Reply

    harap-harap begitulah zad.. mereka masih bersih..

    [Reply]

  23. By nuaeman on Nov 18, 2009 | Reply

    Tuhan jadikan sesuatu ada sebabnya.. insya_Allah ada Rahmah disebalik dugaan

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled