Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
Kebanyakan ‘peel’ orang Islam di negara kita ni pelik dan aku tak nafikan yang mungkin aku sendiri tergolong dikalangan umat-umat yang pelik dan keliru ni. Bukan sahaja keliru tentang dosa pahala malah kita sering terlupa atau mungkin sengaja tak pandang mana satu dosa yang lebih berat disebabkan kebiasaan yang dah lama terjajah dalam benak pemikiran hingga wujudnya kejahilan tanpa disedari.

Kalau tak faham aku beri satu contoh pada perbualan dua makhluk ni:
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!”.
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”
Amacam? Paham sekarang? Bukanke orang kita ramai macam ni.. (tak terkecuali aku..
)kalau bab anjing atau lebih-lebih lagi babi@khinzir bukan main najis pada kita tapi perbuatan seharian yang selalu dosanya lebih teruk dari soal sentuh anjing dan babi sikit pun kita tak heran. Tak pelik ke?
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) antara bukan muhrim adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi. Erk!
Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.
Benda ni dah lama dan terus-terusan berlaku. Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya jawapannya ya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.
Ini sebenarnya bingkisan seorang teman yang telah lama diberikan sebagai peringatan. Rasanya elok juga dikongsikan walau status aku sekarang dah tak beraweks lagi.. tapi masih ada ‘tangan-tangan yang berlawanan jantina semestinya bukan dikalangan muhrim’ dihulurkan untuk berjabat..
Blog untuk anda berkongsi ilmu, idea, tips, dan juga pengalaman. Have fun!!





















entri bagus! kebenaran seperti inilah yang perlu diberi perhatian pada generasi skang ni.
pegangan mereka terlalu rapuh sehingga menyebabkan terlalu byk perkara yang memalukan berlaku.
puncanya adalah seperti di dalam entri ini.
haha. ini artikel bes utk akoo kupas balik kalau ade masa.
such a good artikel..kalo orang yang duk memang raba-raba tu baca…mesti terasa…kalo tak terasa,,,memang hati batu la…dah ilang rasa bersalah dalam melakuka dosa..bahaya tue…
suke topik nih..thx for reminding..
Teringat perkara-perkara yang dilakukan dahulu.. Satu perkara yang memberi keinsafan kepada aku.. Thanks bro.. Hope ramai yang akan sedar akan perkara nie kelak…
hurm..
ske tuan tanah sentuh topic ni. walaupun entry ni da cam pernah bace, tp.. ske ade org remindkan manusia jaman skrg. mane2 kalo kapel sure pegang tgn. hurm.. alhamdulillah aku da dump sorg mamat yg ala2 nk pegang2.. yang mane sampai ade pernah cakap.. “control nafsu tu” hahaha.. ayat power sampai buat mamat tu nk nanges! hehe.. aku bukan berniat nk sakiti hati die ke hape.. tapi aku ni pompuan.. aku tau aku lemah.. drpd aku terjebak/menjebakkan diri secara mendalam, aku try elak drpd terjebak langsung.. senang.. kate org, kumbang bukan seekor.. hehehe
p/s: masalahnye, mane nk cr kumbang yg elok? aku takot kat kumbang2 yg da kne chemical2 gtu.. hehehe.. aku bukannye baek sgt pun, tp satu je, bab agama kne jaga..
Topik yang sangat bagus…kita kena ingat mengingati selalu.
sebagai manusia selalu juga tergelincir
memang topik yang menarik… zaman skrang budak sekolah pon dah advance..
memang bermanafaat entri kau ni bro! terkena sebijik aku
lepas ini akan mula mengawal tingkah laku dan diri dr godaan syaitan dan nafsu…
… masalah sosialakhir zaman yang semakin berleluasa…
Setakat pegang-pegang realitinya baru sikit (sebahagian) daripada apa berlaku di ‘pasaran’ Malaysia. Apa yang terjadi amat menyedihkan, apatah lagi dikalangan remaja SEKOLAH! french kiss adalah lumrah, seks sebelum masanya - satu kebanggan. GaNGbang- trend terkini.. ringan ringan - bukan luak pun! …
Persoalan… dimanakah silapnya?
p/s - Iman tak dapat diwarisi… dari seorang ayah yang bertakwa… ia tak dapat dijual beli……
Ya, sama-samalah kita memperingatkan diri masing-masing dan juga generasi-generasi kita seterusnya.. kalau kita tak mulakan siapa lagi?
betul dan sgt betul tapi dlm keadaan dunia yang sekarang, tanpa batasan, semua org nk redah je.
aduh.
huhu..tak leh la pegang-pegang. Tak best la..
bagus, sekali-sekala mengingatkan
uiks. insaf aku seketika..