Andai Ramadhan Ini Yang Terakhir..

Posted by | Posted in Agama, Pembangunan Diri | Posted on 09-09-2008

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu…merayu…kepada-NYA TUHAN yang Satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dilaksanakan….sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhambakan diri
menghadap Rabbul Jalil…menangisi kecurangan janji iftitahmu.
( Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku…
kuserahkan hanya kepada ALLAH tuhan seru sekelian alam
)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan AL-Quran bakal kau dendang… bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih…berqiamullah…bertahajud…
mengadu…merintih…meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi… aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiapkan diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
dikiri dan kanan…lorong-lorang redha Ar-Rahman

Duhai IIahi…
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikan ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju ridha serta kasih sayangMu Ya IIahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami disana nanti

Namun teman
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha…bersedia…meminta belas-NYA

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN..

_________________________________________________

Pada mulanya aku memang behasrat ingin tuliskan satu puisi Andai Ini Ramadhan Terakhir.. kemudian boleh ada pula saudara dari seberang yang dah nukilkan.. benda yang hampir sama.. :)

Kredit buat rsuha Jazakallah…

Bookmark Artikel nih:
  • BlinkList
  • co.mments
  • De.lirio.us
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • Furl
  • Google
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Smarking
  • Socialogs
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • TwitThis

Related posts:

  1. Ramadhan Contest!!: Aku dan Ramadhan.. Ahah! Bersempena bulan yang mulia ni aku baik hati sikit...
  2. Pesan Jibril Menjelang Ramadhan: Benar atau Palsu? Baru-baru ni aku banyak menerima YM berkenaan dengan pesan Jibril...
  3. Ramadhan Datang Lagi..! Tinggal beberapa jam sahaja lagi bulan Syaaban akan melabuhkan...
  4. Keputusan Ramadhan Contest!! Ahah! hari yang ditunggu-tunggu oleh peserta-peserta Ramadhan Contest yang...
  5. Rezeki Ramadhan Allah tu maha adilkan.. aku tengok setiap kali Ramadhan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

4 Comments

  • At 2008.09.10 01:23, KNizam said:

    insaf aku sekarang…hehe :)

    • At 2008.09.10 03:29, Shaffik said:

      Insaf sikit….emmmmm

      • At 2008.09.10 04:17, ijamidayu said:

        Sedih bro.. Kalau tahu yg terakhir pasti kita akn beramal sepanjang masa.. Apa pun perkongsian yg best utk hari nie..

        • At 2008.09.15 04:34, likik83 said:

          sedih aku igt ayat2 cam gitu…huhuhuh…:(

          (Required)
          (Required, will not be published)
          fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
          Qatar Flights Flights to Johannesburg
          Find Deals Discount Fares