Al-Fikrah – Sekadar Usaha Kecil dari Insan Kerdil
Ditulis pada August 13, 2010 – 6:34 am | Oleh nuaeman Share
Pernahkah kita mendengar kisah seekor burung pipit yang mahu membantu Nabi Ibrahim ketika baginda dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud yang memerintah Babylon? Pada ketika itu Raja Namrud terlalu murka dengan tindakan Nabi Ibrahim yang telah memecahkan patung-patung berhala sembahan kaum musyrikin lalu memerintahkan supaya Nabi Ibrahim dibakar.
Pada waktu Nabi Ibrahim telah dimasukkan ke dalam api yang marak ada seekor burung pipit yang begitu terkesan dengan hukuman yang dikenakan terhadap kekasih Allah itu sehingga terdorong untuk membantu sekadar yang termampu olehnya. Maka, si burung pipit itu telah nekad untuk mencari air buat dijirus pada api yang seakan membakar tubuh nabi Ibrahim. Setelah menemui sumber air si burung pipit itu segera menyedut dan menyimpan di dalam paruhnya yang agak kecil.
Walaupun perbuatannya dipandang sinis oleh burung-burung yang lain tetapi si burung pipit itu tetap tidak berganjak dengan apa yang hendak dilakukan. Mereka bertanya kepada burung pipit itu “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air dengan paruhmu yang kecil itu , sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Lalu si burung pipit itu pula menjawab “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
Hebat semangat si burung pipit.. bagaimana pula dengan kita? Apa yang telah kita lakukan untuk agama Allah?
Atas kesedaran itu lahirnya Al- Fikrah yang merupakan hanya satu risalah empat muka surat untuk dijadikan bahan bacaan serta mencetus fikir. Kewujudannya sekadar mengingatkan diri sendiri disamping berkongsi pengetahuan dengan saudara-saudara seislam yang lain. Bolehlah jika mahu dikatakan sebagai satu usaha dakwah sesama kita.
Al- Fikrah ini sebenarnya telah saya terbitkan lama dahulu untuk diletakkan di surau tempat saya bekerja. Kemudian apabila saya berhenti dari situ, saya terus sahaja berhenti juga menerbitkannya sehinggalah tiba-tiba terdetik kembali dihati saya untuk menerbitkannya semula dalam bentuk risalah online kemudian boleh dipanjang-panjangkan lagi ke surau dan masjid ataupun rakan-rakan sekerja.
Apa yang cuba disampaikan melalui risalah yang saya namakan sebagai al-Fikrah ini hanyalah sisipan mutiara ilmu yang dicedok dari bahan-bahan bacaan serta ada juga perkongsian yang diperolehi melalui email. Di harapkan ianya mampu memberi manfaat kepada diri saya serta mereka-mereka yang membacanya. Saya cuba menerbitkan risalah Al-Fikrah ini pada setiap seminggu ataupun dua minggu. bagi sesiapa yang berminat untuk memperolehinya ataupun melanggan risalah ini maka bolehlah mendaftar pada borang di bawah ini. Insya_Allah ianya akan dihantar terus ke email saudara-saudara.
Andai dirasakan ada manfaat dan mampu dikongsikan maka saya harap dapatlah kiranya risalah ini di hebah-hebahkan. Jika ada komen berkenaannya sila nyatakan dan saya sememangnya mengharapkan komen yang membina dari saudara-saudara. Saya juga berbesar hati sekiranya ada sesiapa yang mahu menyumbangkan ilmu mereka untuk di masukkan ke dalam al-Fikrah pada isu-isu akan datang.
Moga usaha kecil kita ini ada nilainya disisi Allah.
Selamat berfikir..
Entri Berkaitan:
- Meh dengar tazkirah dari da’i da’i kecil ni
- Bukti Cinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar ucapan di bibir
- Ragam si Kecil : Geram tetapi itulah penghibur hati…
- Hasil benih Matlamat yang dituai dengan Usaha
Tags: al-fikrah, risalah dakwah, risalah ilmu, usaha dakwah







19 Responses to “Al-Fikrah – Sekadar Usaha Kecil dari Insan Kerdil”
By Shukor on Aug 13, 2010 | Reply
Bagus usaha murni bro ni.
Dah try sign up, tapi ada error rasanya bro.
Dia keluar error: “Sorry but an error has occured. Please use the correct form to subscribe”…
Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate
[Reply]
nuaeman Reply:
August 13th, 2010 at 9:48 am
Terima kasih kerana bagitahu Shukor, entahlah mungkin ada kesilapan coding tadi sebab saya sudah sebelum ni ok.. apapun sudah diperbetulkan. boleh cuba sekali lagi..
[Reply]
By Kak Long Mawar Merah on Aug 14, 2010 | Reply
Tahniah nuaeman,
Usaha yang baik.
Insya Allah ilmu yang baik pasti banyak manfaatnya buat semua.
Alhamdulillah link untuk sign up tu pun dah berfungsi.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Kemerdekaan- seorang model dan si putih
[Reply]
nuaeman Reply:
August 15th, 2010 at 10:20 pm
Terima kasih kak Long.. lama tidak nampak kak long menjengah ke sini..
[Reply]
By cyza on Aug 15, 2010 | Reply
Keep up the good usaha dakwah bro…aku support ko 100%.
cyza recently posted..Our Interests versus your interest…
[Reply]
nuaeman Reply:
August 15th, 2010 at 10:20 pm
Terima kasih bro.. aku hargai sokongan ko
[Reply]
By muhammad fakhruddin on Aug 15, 2010 | Reply
Tahniah.Satu lagi usaha dakwah yang patut diikuti dan dikongsi bersama pembaca blog ini
muhammad fakhruddin recently posted..Ramadan @ Cempaka
[Reply]
nuaeman Reply:
August 16th, 2010 at 11:30 pm
Terima kasih kerana menyokong usaha kecil ini..
[Reply]
By samdaddycool on Aug 16, 2010 | Reply
Ilmu free, kalau taknak register juga.. memang tak patut aku rasa.. jadi aku dah subscribe.
samdaddycool recently posted..Tambahan stok koleksi Tudung Syria Lycra 3 layer
[Reply]
nuaeman Reply:
August 16th, 2010 at 11:31 pm
Terima kasih banyak sam.. moga ada manfaat bersama
[Reply]
By hafizmd on Aug 16, 2010 | Reply
Subhanallah..moge usaha bro nuaeman akan diberkati dan dipermudahkan Allah jua..saye menyokong 100%..dan insyaAllah akan sebarkan sedaye termampu..
dah berjaye signup..
p/s – terima kasih byk2..dah terima buku adab ramadhan dgn baiknye..terima kasih
hafizmd recently posted..Buang bayi- gantung mandatori atau penjara 20 tahun
[Reply]
nuaeman Reply:
August 16th, 2010 at 11:34 pm
Terima Kasih Hafiz.. harap al-fikrah itu tiada masalah untuk di download..
Aha.. Adab Ramadhan tu.. saya beri satu sahaja.. dan akan gantikan yang sesuai untuk mak encik fieza..
[Reply]
By fiezaradzi on Aug 17, 2010 | Reply
moga kita mampu mjadi seperti sekurang-kurangnya seperti burung pipit itu..
dah terima buku adab ramadhan.. terima kasih
dah daftar juger..
fiezaradzi recently posted..Blogger Yang Terdesak
[Reply]
nuaeman Reply:
August 19th, 2010 at 7:13 am
Terima kasih Puan Fieza.. tentang buku tu.. insya_Allah saya akan carikan satu lagi yang berbeza sebab boleh kongsi2 baca dengan En Hafiz kan..
[Reply]
By hafizarshad on Aug 20, 2010 | Reply
burung pipit dah terbukti bertubuh kecil pun sanggup melakukan, apetah lagi kita yang berkaki berotak ni kan…=)
[Reply]
By aktechpage.com on Aug 22, 2010 | Reply
Alhamdulillah, sudahpun daftar…
aktechpage.com recently posted..Melihat Positif Dalam Negatif
[Reply]
By zik on Aug 23, 2010 | Reply
sudah daftar
zik recently posted..Hidup seorang blogger
[Reply]
By maza on Aug 24, 2010 | Reply
bang nueman, jgn lupa ya.. email pada saya juga.. hehehhe
[Reply]
By Grosirkita on Nov 4, 2011 | Reply
Semoga sukses selalu mengiringi, Amiin..
[Reply]