10 Kesilapan Wanita tentang Aurat dan Tudung
Ditulis pada April 7, 2010 – 6:55 pm | Oleh nuaeman Share
Jika sebelum ini kita telah berbicara soal lelaki ataupun suami. Hari ini aku hanya ingin berkongsi sedikit sahaja perihal aurat wanita dan juga tudungnya. Memang isu ini dah banyak diperbincangkan tetapi apa salahnya untuk kita mengingatkannya kembali. Ianya tidak langsung bertujuan untuk mewujudkan ketegangan antara lelaki dan wanita.
Usahlah nanti timbul pula rasa tidak selesa dikalangan kaum hawa . Anggap hanya satu perkongsian sahaja. Samada lelaki atau wanita , hanya fizikal kita sedikit berbeza tetapi hakikatnya kita diciptakan dari usul yang sama lalu menjadi manusia. Kemudian terciptanya batas-batas dan juga peraturan yang perlu kita patuhi bersama mengikut hakikat kejadian kita. Tiada siapa yang dilebihkan dan tiada siapa yang dianaktirikan. Bukankah sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil.
Kesilapan Perempuan tentang Aurat dan Tudungnya.
Sebenarnya ini adalah perkongsian dari buku ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang bertajuk Untukmu Wanita terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.
1) Kesilapan Pertama – Bagi Mereka Aurat itu hanya memakai tudung sahaja. – itu yang banyak terjadi atas bertutup bawah terdedah, sendat dan seksa.
2) Kesilapan Kedua – Bertudung tetapi berkemeja T lengan pendek. – Ada yang bukan lengan sahaja pendek bajunya pun pendek. Bertudung tetapi pusat ternganga.. camna eak?
3) Kesilapan Ketiga – Bertudung tetapi kain baju kebarungnya terbelah tinggi. – Ada yang sampai ke atas peha, seksa.. seksa…
4) Kesilapan Keempat – Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit, dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’ – Banyak sangat yang macam ni.. mana-mana pun ada.. apa cerita?
5) Kesilapan Kelima – Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya – Maaf cakap, tapi stail macam ini nampak banyak masa perhimpunan politik atau kempen pilihanraya.
6) Kesilapan Keenam – Bertudung tetapi hanya dipakai dipejabat sahaja. Tidak disekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. – Satu nak tanya.. Tuhan dia siapa?
7) Kesilapan Ketujuh – Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada bertutup. – Ada juga yang bertudung sampai paras telingan sahaja..
8.) Kesilapan Kelapan – Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis boleh dilihat sanggul, leher , tengkuk dan dadanya. – Sesetengah selebriti ada yang pakai macam ini. Emm.. tak perlu sebutlah..
9) Kesilapan Kesembilan – Bertudung tetapi menaiki motosikal sambil menayang betis sepanjang jalan. – Ada yang bukan sekadar betis malah terus dinaikkan sampai kepeha.. adeh..
10 ) Kesilapan Kesepuluh – ….
Mana yang kesepuluh? Aku galakkan para wanita membeli buku Ustaz Zaharuddin ini kerana penjelasan di dalamnya lebih mantap dan lebih memahamkan. Ada banyak persoalan selain isu tudung ini. Anda tidak akan menyesal dengan RM 21 yang anda akan laburkan untuk buku Untukmu Wanita ini.
Allah SWT Berfirman :
“…hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai kedadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir…” (An-Nur : Ayat 31)
Entri Berkaitan:







37 Responses to “10 Kesilapan Wanita tentang Aurat dan Tudung”
By zaryl on Apr 7, 2010 | Reply
kesilapan atau sekadar alasan?
“belum bersedia la. nanti kalau kejap pakai kejap tak, buat dosa je.. biar hold dulu.. dh sampai seru nanti I pakai la..” kata seorang wanita bergelar artis.
[Reply]
By Suraya on Apr 8, 2010 | Reply
semua yang disenaraikan tu saya pernah jumpa dan lihat sendri.. ramai wanita yg kurang faham atau langsung tidak tahu akan hal ini. yang tahu tp buat2 tahu tu lg bermasalah kn?..
[Reply]
By kenwooi on Apr 8, 2010 | Reply
well, this is the modern generation.. many ladies aren’t covering up properly edy.. =)
[Reply]
By Dila.13 on Apr 8, 2010 | Reply
salam suraya,
saya plak tak rasa diorg tak tahu. cuma lebih kepada tahu tp buat2 tak tahu. saya mengaku saya bukan seorang pemakai tudung tapi saya juga tahu kalau pakai tudung mcm 10 cara yg bro nuaeman highlightkan ni, masih takde makna jugak kan? maafkan saya kalau saya silap
[Reply]
By Nichkhun on Apr 8, 2010 | Reply
mintak di pelihara semua2 tu.. mintak jauh.. huhuhu
[Reply]
By Bb Hussain on Apr 8, 2010 | Reply
beberapa kesilapan ada saya lakukan dan masih juga tidak menutup sepenuhnya..saya kini dalam perubahan melakukan yang terbaik..semoga dikuatkan iman untuk berubah..
[Reply]
By rohaizad on Apr 8, 2010 | Reply
“Saya punya fesyen terbaru tau… walaupun tudung, tapi boleh juga di jadikan sebagai skaf!”
p/s: pulakkkkk
[Reply]
By cyza on Apr 8, 2010 | Reply
Seksa betul aku baca perkataan seksa ko tu…
[Reply]
By imran on Apr 8, 2010 | Reply
Inilah masalah sekiranya bertudung tapi tidak memahami konsep sebenar bertudung (menutup aurat). Itu belum sentuh bab berstokin lagi. huhu
[Reply]
By nuaeman on Apr 9, 2010 | Reply
Jangan pulak yang sampai nanti seruan terakhir sudahlah.. ye tak bro..
[Reply]
By nuaeman on Apr 9, 2010 | Reply
kekadang sengaja taknak ambil tahu walau telah diberitahu malah beremosi pula bila sesetengah orng perbangkitkan isu ni..
[Reply]
By nuaeman on Apr 9, 2010 | Reply
Ramai yang maca itu Dila.. kiranya anasir luar dah berjaya pengaruhi kita sebenarnya
p/s : sedih walau dah leading 3-0 tetapi out.. huhu
[Reply]
By Nadri on Apr 9, 2010 | Reply
pening tengok cara kaum hawa bertudung skrg..atas tutup tapi bhg lain terdedah..tak tahu apa tujuan mereka memakai tudung..
[Reply]
By hafizmd on Apr 9, 2010 | Reply
sedih..memang sedih…uhuks
[Reply]
By hafizmd on Apr 9, 2010 | Reply
Semua yg bro nuaeman listkan tu..mmg benar dan ade kat mane2 saje..seksa dan cukup menyeksakan..mungkin pada yg terlibat, bertudung hnyalah 1 fesyen..bukan utk memenuhi tuntutan agama (pastinya utk kebaikan bersama).
Alhamdulillah juga, ramai juga yg sedar dan berusaha utk berubah..moge berjaye hendaknye..ameen
p/s – seksa juga tengok iklan2 kuruskan badan kat tv..mane yg bertudung, bile dah langsing, habis tudung terangkat nak tayang ape dah kurus..adeh..
[Reply]
By Dila.13 on Apr 9, 2010 | Reply
aha.. sempat lg selit psl benda yg dah tinggal sejarah. tu ler.. sape suh start ngn #10 tuh? pastu dah tak bley lari, tak moh kuar kan
masih berkabung dgn pakai jersey itam yg baru dpt tuh. haha!
[Reply]
By nuaeman on Apr 9, 2010 | Reply
termenung sampai subuh.. seakan tak percaya.. macam duduk kat manchester plak.. heheh
[Reply]
By nuaeman on Apr 9, 2010 | Reply
agree.. so do you have any suggestion how to make them covering up properly..?
[Reply]
By nuaeman on Apr 9, 2010 | Reply
Amin.. didoakan semua dari kita dikuatkan iman..
[Reply]
By nuaeman on Apr 9, 2010 | Reply
Panjatkan doa banyak-banyak kepada-Nya..
[Reply]
By nuaeman on Apr 9, 2010 | Reply
haha.. nasib baik tak boleh jadi tali gantung leher sekali..
[Reply]
By nuaeman on Apr 9, 2010 | Reply
seksa kenapa bro?
[Reply]
By nuaeman on Apr 9, 2010 | Reply
hah itulaa.. Tuan Imran tentu lebih arif akan hal ni
[Reply]
By nuaeman on Apr 9, 2010 | Reply
Kalau keluar ke pusat beli belah atau kemana-mana memang byk kene jaga mata jelaa kita ye bang.. hish..
[Reply]
By nuaeman on Apr 9, 2010 | Reply
Bukan saya listkan.. utz zaharuddin.. saya tolong sampaikan jee dan itu mmg kenyataannya sekarang..
[Reply]
By Nadri on Apr 9, 2010 | Reply
tp mata mmg suka memandang benda2 yg tak boleh bro..nak tak nak kena tengok jugaks..
[Reply]
By fiezaradzi on Apr 12, 2010 | Reply
ni alasan jer sebenarnye.. lau die tahu hukum hakam.. tak de die nak ckp camni..
[Reply]
By fiezaradzi on Apr 12, 2010 | Reply
kdg2 ada yg jadikan tudung ni fesyen.. bukan utk tutup aurat.. tu yg jadi camtu..
mmg byk sgt dah tgk kt mana2 pun, tudung tu dah cantik dah, tapi baju dan seluar nye, adoi.. saya yg pompuan ni pun malu nak pandang..
bak kate kawan saya pada mereka yg pakai camtu.. “comel mmg comel, tapi tidak sopan..”
[Reply]
By adamfaiz on Apr 13, 2010 | Reply
Bagus bro..moga jadi panduan pada muslimah. Janganlah terikut sangat dengan fesyen ciptaan Barat yang “membogelkan” mereka sedikit demi sedikit..my half cent..
[Reply]
By nuaeman on Apr 14, 2010 | Reply
apa nak buat dengan depa yek.. nak cakap camna lagi agaknya..
[Reply]
By nuaeman on Apr 14, 2010 | Reply
anasir barat semakin menghancurkan kita umat-umat akhir zaman..
[Reply]
By knightblogger on Apr 14, 2010 | Reply
hoho..kena beli buku ni. Pastu hadiahkan kat dia. Mudah-mudahan, terbuka hati nak bertudung..
[Reply]
By samdaddycool on Apr 15, 2010 | Reply
Aku sebagai seorang peniaga tudung sepenuh masa memang selalu jumpa pelbagai style dan fesyen yang bertudung. Cuma dalam hati aku bersyukur yg tak pakai tudung pun datang membeli, semoga mereka kekal memakainya dengan ikhlas dan dengan cara yang betul
[Reply]
By nadyamohani on Sep 5, 2010 | Reply
knp perlu tggu seru?bukankah telah Allah wajibkn agar wanita2 menutup aurat…bukan shja berpakaian…malah bertudung mnutup mahkota d ats kpala..haihh la manusia skang…..skng ny pon..fesyen brtudung nk brsanggul tggi d blakang…bukankah itu bonggol-bonggol unta yg Rasulullah sebutkn dlm hadith nya?
[Reply]
By RINA NORA on Oct 21, 2010 | Reply
Pandangan ini baik, justeru ambil lah untuk dijadikan panduan…praktikkan sehinga termampu memenuhi tuntutan..selain fesyen, tuntutan utamanya adalah untuk menutup aurat…APAKAH AURAT?? pendekatan mudahnya..bagaimana wanita mengadap Tuhan, hanya bahagian yang boleh didedahkan saja yang boleh terdedah..muka dan dua telapak tangan kebawah..susah juga kan nak buat…mula2 memang begitu…alah bisa tegal biasa..
[Reply]
By borong tudung on Jan 31, 2011 | Reply
Kami menjual pelbagai jenis tudung yang terkini dengan harga borong.sekiranya anda berminat sila layari laman web kami..
[Reply]