Feb 25


” Rasulullah saw diutuskan oleh Allah ke dunia ni untuk memimpin umat manusia ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat… Kita kena sentiasa ingat bahwa Baginda Rasul adalah rahmat yang tak ternilai harganya untuk kita dan sekelian alam sebagaimana Allah ada menyebut di didalam surah Al-Anbiya ayat 107  ’ Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam’

Cantik sungguh mukaddimah Ustaz ketika memberikan tazkirahnya. Kandungan tazkirah kali ini lebih menjuruskan kepada memperingati keperibadian dan juga pengorbanan Rasulullah SAW bertepatan dengan keadaan waktu ini yang mana kita berada di bulan kelahiran Baginda Rasul.

Read the rest of this entry »

Feb 23

“Apa agaknya motif budak-budak perempuan tadi tu?” aku bersuara sedikit mengeluh dengan apa yang aku baru lalui dan saksikan.

“Siapa bang?” soal sang isteri

“Bebudak perempuan yang dekat tempat ayah pilih baju tadilah.., walhal ayah ada betul-betul sebelah diorang. Dengan selambanya diorang boleh cerita hal diorang bercanda dengan boyfriend sampai mengandung, gugurkan kandungan, tunjuk-tunjuk ‘lovebite’ pada kawan-kawan sambil mengakui baru lepas dot dot dot, ish! diorang takde rasa segan sikit pun.. ayah pulak yang malu ada kat situ tadi..” jelas aku sedikit emosi

“Entahlah bang.. saya sendiri tak faham dengan budak-budak sekarang.. rasa malu tu macam dah langsung hilang.. takut jugak tengok keadaan sekarang ni..” isteri aku menambah dengan keluhan.

Read the rest of this entry »

Feb 22
Percutian Yang Panjang..
icon1 nuaeman | icon2 Umum | icon4 02 22nd, 2010| icon314 Comments »

Rasanya agak lama aku tidak melakukan sebarang kemaskini di blog ini. Percutian yang agak panjang ditambah dengan aktiviti-aktiviti yang agak padat membuatkan aku berasa untuk berehat sebentar dari dunia blog dan internet. Pelbagai perkara yang dilakukan serta dilalui aku sekeluarga di dalam tempoh seminggu ini antaranya:

Balik Kampung dan Berkelah di Air Papan

Mana lagi kalau bukan di Mersing tanah tumpah darahku.. heh!. Dikampung aku banyak habiskan masa dengan membaca  dan hanya sesekali menjenguk internet. Dalam tempoh berada dikampung juga aku mengambil kesempatan membawa mak berserta ahli keluarga lain berkelah di Air Papan.

Pada hari kami disanalah berlakunya peristiwa remaja lemas. Memang pada hari tersebut jelas kelihatan laut agak bergelora dengan ombak besar. Aku sendiri tidak membenarkan Ammar mandi waktu itu kerana keadaan laut memang amat-amat berbahaya.

Read the rest of this entry »

Feb 12

” Kau tak beli bunga?” tanya seorang rakan sekerja

“Beli bunga?? untuk apa?” soalan tadi dikilas dengan soalan juga

“Hai.. takkan kau tak tau.. dua hari lagi Valentine’s Day.. Beli bunga untuk kekasihlaa..” terangnya sambil mengusik

“Oh! rasanya aku tak perlu tunggu hari Valentine nak beli bunga kot.., lagipun bukanke hari kekasih tu bukan budaya kita? Buat apa nak ikut..” jawab aku sedikit panjang

“Aku taulaa tu.. tapi kita bukan membesarkan hari tu pun.. kita gunakan tarikh tu untuk ingat kekasih sendiri.. macam kau ni pun.. kalau guna hari tu untuk ingat isteri.. takkan salah kot?” dia cuba gunakan alasan biasa yang digunakan ramai orang dalam usaha menghalalkan sambutan Hari Kekasih.

“Aku mintak maaf kalau kau terasa apa yang aku cakap.. tapi sebagai orang Islam, kita tak perlu tunggu Hari Kekasih untuk lakukan semua tu.. aku terfikir.. kekadang kita ni lebih besarkan kekasih yang sementara dan tak pasti daripada kekasih yang Kekal ” aku mengumpan untuk perbincangan yang lebih panjang.

“Kekasih yang Kekal??” dahinya berkerut dengan reaksi yang dahagakan jawapan segera.

Read the rest of this entry »

Feb 11

“Ahmad, Nanti you naik atas ya, ambil you punya limau”

Limau? oh ya, orang dah nak sambut tahun baru cina. Memang telah menjadi kebiasaan bilamana tiba sahaja musim perayaan tahun baru cina maka berkotak-kotaklah limau mandarin dihurung kesana kemari.  Jikalau ketika hari raya puasa orang kita ramai yang mabuk kuih raya beserta rendang dan ketupat maka pada waktu ini pulak ramai dari kita yang mabuk limau mandarin. Terfikir juga apsal limau yek?. Kenapa tak epal kee..,anggur kee, atau apa-apa sahajalah! kenapa mesti LIMAU??

Read the rest of this entry »

« Previous Entries