Dec 31

Lega sungguh rasa hati aku bila kerja-kerja audit penutup tahun 2009 akhirnya selesai. Sejak awal Disember lagi tak senang duduk dibuatnya dek penangan audit ini. Habis sahaja external audit semalam aku rasa macam baru selesai ambil Final Exam. Heh!

Oh! satu hari sahaja lagi kita bakal meninggalkan tahun 2009 dan membuka lembaran baru untuk tahun 2010. Menjadi kebiasaan setiap kali masuk sahaja tahun baru ada sahaja azam ataupun matlamat baru yang disasarkan oleh setiap orang. Bagi aku sendiri ada beberapa perkara yang ingin aku capai. Antaranya…

Read the rest of this entry »

Dec 30

“Saya mengaku, sebenarnya memang saya ingin melakukannya (meruntuhkan Kaabah), tetapi pembantu saya, Harald Kloser beritahu, “saya tak tahu kalau ada fatwa yang membenarkannya walaupun sekadar untuk filem…..”

Ini adalah sisipan daripada temubual wartawan scifiwire.com, Jonathan Crow dengan Roland Emmerich sebelum bermulanya tayangan filem 2012 ke seluruh dunia.

Read the rest of this entry »

Dec 25

Penantian hampir 5 hari akhirnya berakhir… Alhamdulillah…

Sejak Paypal membenarkan pengeluaran wang terus ke Bank-Bank di Malaysia aku masih belum pernah mencubanya sehinggalah hari Isnin lalu buat pertama kalinya aku melakukan pengeluaran ke akaun Maybank. Rupanya taklaa serumit mana pun prosesnya..

Pengeluaran aku tidaklaa terlalu banyak. Setakat 300 usd sahaja dan bila mengikut currency di Paypal sekarang 1 USD bersamaan dengan RM 3.34668  jadi jumlah pengeluaran dalam nilai ringgit bersamaan dengan RM 1004.

Menurut pernyataan di paypal proses pengeluaran memakan masa 2-3 hari bekerja. jadi jika mengikut perkiraan aku paling lambat untuk wang masuk ke akaun Maybank ialah pada hari Khamis. Jadi aku menunggulah dengan sabar sehingga ke hari Khamis. Tapi agak mengecewakan apabila pada hari yang ditunggu-tunggu wang masih tidak berada lagi di akaun Maybank. Dari pagi bawa ke malam nilai wang masih tidak berubah. Adeh! Cuba pulak telefon kawan-kawan yang dah pernah keluarkan ke bank Malaysia. Respon dari mereka semuanya tiada masalah dan memang kadangkala prosesnya agak berlanjutan ke 5 hari. Jadi aku sabarkan diri untuk terus menanti…

Sebelum pukul 12 malam tadi aku sekali lagi cuba kuatkan diri untuk login ke Maybank2u. Alhamdulillah.. kali ini aku tidak kecewa lagi..  Ini semua wang dari aktiviti Blogging dari hujung bulan November hingga pertengahan Bulan Disember. Sepertimana aku pernah katakan, buat duit dari blog tidak menjadikan kita jutawan segera tetapi mampu memberikan kita wang setiap bulan. Cukuplah untuk bayar apa yang patutkan..

 Ayam Penyek kita minggu ni kawan-kawan..?

Dec 21

Gambar ihsan Rohaizad.com

Seminar Smartblogging yang terakhir telahpun berlangsung dengan jayanya pada Sabtu lepas bersamaan dengan 19 Disember 2009. Seperti biasa aku turut menghadirinya sebagai tanda sokongan kepada dua rakan blogger iaitu Rohaizad serta Wanmus yang merupakan penganjur.

Aku gembira bila dapat lihat kepuasan para peserta setelah tamatnya seminar. Pada masa yang sama aku doakan mereka semua mampu menterjemahkan segala ilmu yang telah dicurahkan oleh Rohaizad sabtu lalu dalam bentuk tindakan. Ingat! Berkesan atau tidak, itu adalah terletak kepada kita. Sepertimana yang aku katakan semasa seminar “ Terkadang sesuatu produk itu bukan sampah tetapi kita yang jadikannya sampah bila tidak menggunakan sebaiknya”

Berdasarkan pengalaman aku sendiri yang pernah mengikuti personal coaching dengan Rohaizad, terus terang aku katakan yang kaedah buat duit dari blog ini tidak membuatkan aku menjadi jutawan tetapi cuma berduit setiap bulan. Rasanya itu lebih baik dari janji-janji manis sesetengah orang yang mendakwa teknik mereka mampu menjadikan kita jutawan tetapi hakikatnya…. Emm paham-paham sendiri.

Alhamdulillah sehingga kini pendapatan dari blog tidak pernah putus setiap bulan cuma banyak dan sikit yang jadi perbezaan. Adat orang berbisnes lah kan. Aku kongsikan sedikit nasihat-nasihat yang mungkin boleh diikuti oleh peserta-peserta seminar tempoh hari.

Read the rest of this entry »

Dec 16
Dah Begitu Fitrahnya…
icon1 nuaeman | icon2 Umum | icon4 12 16th, 2009| icon36 Comments »

Alhamdulillah Majlis Tahlil untuk arwah bapa mertua kami berjalan dengan selamat. Cemas seketika pada awalnya bilamana ada orang kuat yang tak sampai oleh kerana terlupa. Usai sahaja jamuan, barulah aku dan isteri dapat duduk bersama untuk menjamah makanan. Turut sama menyertai kami ialah Mak Esah dan Makcik Nor lalu menjadikan aku satu-satunya lelaki didalam kelompok tu.

“Senang yek kalau lelaki, tak banyak songeh. Sampai saja terus mula tahlil. Lepas makan, siap baca doa penutup lepas tu selesai” Mak Esah bersuara

“Ye ke Mak Esah, habis kalau orang perempuan camna pulak?” Aku cuba mengorek cerita. Seronok sesekali bersembang dengan makcik-makcik ni.

Read the rest of this entry »

« Previous Entries