Nov 26

Suatu Ketika..

Adam yang akhirnya bertemu Hawa di bumi ciptaan Allah lalu terus saja memulakan hidup sebagaimana fitrah. Dari hidup berdua Allah kurniakan pula cahayamata. Begitu hebat kuasa tuhan setiap yang lahir pasti berpasangan. Ada lelaki dan ada perempuan. Diantara yang ramai, Qabil dan Habil menjadi tumpuan atas sebab satu kisah yang takkan luput diingatan. Diantara keduanya pula Qabil dahulu yang ditakdirkan melihat dunia bersama pasangan kembarnya Iqlima sebelum menyusulnya Habil berserta Lubuda. Setelah menjalani hidup sehingga kenal rasa cinta dan nafsu berahi datang pula ilham kepada Adam untuk menjodohkan Qabil dengan adik kepada Habil,Lubuda manakala Habil pula perlu mengambil Iklima sebagai isteri. Memberontaklah Qabil tanda tidak setuju dengan keputusan sang Ayah dek kerana dirinya telah dikuasai rasa cinta pada fizikal Iklima yang menurutnya tidak mampu ditandingi Lubuda.  Berbeza pula dengan Habil yang redha dengan apa jua ketentuan.

Read the rest of this entry »

Nov 24

Senyum terukir di bibir aku apabila menerima bil terbaru P1 Wimax yang dihantar ke peti email beberapa hari lalu. Mereka telah mengotakan janji untuk memberikan pengecualian pembayaran bil selama satu bulan. Sekurang-kurangnya pihak P1 baik sedikit daripada Celcom Broadband kerana melaksanakan apa yang mereka janjikan berbanding Celcom yang hanya pandai membohongi pengguna.( Maaf Celcom, tetapi itulah yang dirasakan kerana hampir setahun aku telah membuat pembayaran bil tetapi sehingga kini tiada apa-apa perubahan dengan tahap kelajuan broadband yang dikatakan sedang di ‘upgrade’ – bukankah itu menipu? )

Walaupun begitu perkhidmatan jalur lebar mereka tetap masih lagi jauh untuk sampai ke tahap memuaskan hati pengguna. Sehingga kini tahap kelajuan untuk pakej RM 99 yang aku ambil tetap mengecewakan yang mana adakalanya langsung tidak mendapat signal. Sesuatu yang pelik apabila masalah-masalah ini jarang berlaku dalam tempoh 7 hari percubaan. Terlalu banyak perkongsian yang telah dibuat oleh ramai pengguna P1 Wimax diseluruh negara bahawa selepas 7 hari mereka akan hadapi masalah yang hampir serupa. Apakah ini sumpahan? Heh!

Read the rest of this entry »

Nov 22

‘TIN!!! TIN!!!’ Aku menekan hon kereta tanpa henti.

‘DUM!!’

Aduh! Kena jugak kereta aku. Lantas aku mematikan enjin serta keluar dari kereta. Perit rasa hati bila melihatkan lampu hadapan kereta telah pecah dan sedikit kemek pada bahagian yang sama. Tak lama kemudian si Nyonya yang tak reti ‘reverse’ kereta tu keluar dengan terkebil-kebil.

“Kena ka? Kena?” soalan yang menambah sakit hati aku. Telah jelas lampu kereta aku terjulur keluar lagi ditanya kena atau tidak.

“Aiyoo! camna you reverse kereta maa..? adik saya sudah tin! tin! banyak kali. You lagi jalan laju” Kakak aku mula membebel pada Nyonya yang masih menunjukkan wajah blur sejak dari tadi. Selang beberapa minit seorang lelaki cina datang cuma tenangkan keadaan. Rupanya lelaki cina tersebut adalah suami kepada Nyonya tadi dan dia sebenarnya merupakan taukeh bagi dua buah kedai elektrik di kawasan itu.

“Ini sikit saja maa.., you punya kereta pun dah teruk” dia bersuara.

“Eh teruk ke buruk ke itu kereta I, sekarang you punya bini dah kasi langgar ini kereta. You tengok ni apa jadi!” geram pulak aku sambil tunjukkan lampu hadapan yang pecah beserta kesan kemek. Tak cukup dengan itu kakak aku tambah lagi bebelan. Biasalah, kalau perempuan dah membebel, siapa boleh tahan. Mungkin malas untuk terus mendengar bunyi ‘mesingun’ dari kakak aku maka si lelaki cina itu terus berikan pilihan kepada kami.

“You mau settle camna sekarang? Kalau you mau I betulkan kereta ni, you boleh ikut I punya pomen atau kalau you nak duit I bagi 150 dekat you sekarang!”  tegasnya

Read the rest of this entry »

Nov 19
Rawatan Untuk Hati
icon1 nuaeman | icon2 Agama | icon4 11 19th, 2009| icon34 Comments »

Kadangkala hati kita ini berpenyakit tetapi kita langsung tak menyedarinya. Sakit yang dimaksudkan bukanlah sepertimana sakitnya ketika tahap kelajuan perkhidmatan jalur lebar yang kita gunakan tidak seperti yang dijanjikan ataupun sakitnya hati ketikamana pada hujung-hujung tahun begini syarikat kita bekerja tidak memberikan bonus. Sakit disini adalah berkenaan dengan rohani yang mana membenihkan perbuatan-perbuatan mazmuhah pada diri seseorang . Read the rest of this entry »

Nov 17

“Apa-apapun yang kita buat, kita sandarkan kepada Allah taala. Minta pada-Nya dan jangan sesekali putus asa. Tapi janganlah pula usaha ikhtiar sambil lewa. Kita kena kerja kuat. Saya ni pun hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat untuk berjaya,”

Read the rest of this entry »

Nov 13
Antara Syukur dan Redha
icon1 nuaeman | icon2 Agama, Umum | icon4 11 13th, 2009| icon322 Comments »

“Cucu mak Esak tu meninggal bang..” satu berita yang tak sedap didengar menyambut kepulangan aku dari tempat kerja

“Innalillah… Bila?” Balas aku

“Siang tadi, tak pasti sebabnya.. pengsan mak budak tu..”

Sedih mengenangkan nasib yang menimpa ibu bapa kepada anak tersebut. Ketika awal tahun 2009 mereka menerima satu anugerah yang bukan semua orang mampu memiliki. Si isteri melahirkan anak kembar. Kedua-duanya lelaki dan comel sekali. Gembira tak terkata pasangan ini. Apalagi Mak Esah yang menjadi jiran kepada kami. Seronok benar bila dapat tahu dia mendapat cucu kembar.

Selang 3 bulan mereka diuji pula oleh Yang Maha Memberi bilamana salah seorang dari anak yang dilahirkan dijemput untuk menghadap ilahi ketika masih belum cukup merasai nikmat duniawi. Sebagai ibu bapa siapa yang tak sedih jika anak yang ditatang cukup berhati-hati tiba-tiba hilang sekelip mata. Dari dua menjadi satu maka yang satu itulah pengubat hati lara mereka.

Read the rest of this entry »

« Previous Entries