Sep 29

Setelah di semak dan dibaca berulang kali. Diteliti setiap mesej yang ingin disampaikan oleh para peserta maka keputusan untuk Ramadhan Contest : AKu dan Ramadhan 2 kini sudah bersedia untuk diumumkan. Bagi memudahkan penghantaran bingkisan raya ni dimaklumkan setiap pemenang hendaklah menghantar butiran makluman diri iaitu:

i) Nama ii) Alamat iii) No. Telefon

Untuk kali ini 8 penyertaan diterima dan hasil nukilan mereka hebat-hebat belaka sehingga agak memeningkan juri untuk membuat keputusan. Kepada para pemenang diucapkan tahniah dan bagi mereka-mereka yang tidak dalam senarai pemenang boleh cuba lagi pada masa akan datang ataupun terus sahaja mengikuti blog ini kerana mungkin tuan punya nuaeman.com ni bermurah hati nak anjurkan contest lain pulak lepas ni.  Nantikan ye..

Oklah dengan ini diumumkan…

jeng.. jeng.. jeng… ( bagi suspen sikit..  )

Maaflaa bebanyak buat korang menunggu begitu lama

Ini betul-betul.. bukan cobaan…

Tempat Pertama

Saudara Maza dengan kisah Aku dan Ramadhan

Alasan Juri

- Penceritaan bagus beserta dengan gaya bahasa yang menarik. Ada mesej tersirat disebalik unsur humor yang dibawa.

Tempat kedua

Saudara Myikhtiar dengan kisah Aku dan Ramadhan

Alasan Juri

- Sedikit serius tetapi banyak pengajaran dalam kisah yang diceritakan. Olahan cerita juga menarik

Tempat Ketiga

Saudari ummu Abdullah dengan kisah Aku dan Ramadhan

Alasan juri

- Kisah agak sederhana tetapi mesej yang disampaikan tu sememangnya kuat. benda yang selalu berlaku antara kita dan ramadhan.

tahniah kepada pemenang!

Untuk yang lain-lain.. kisah anda juga menarik cuma mungkin belum ada rezeki sahaja. Terima kasih kerana telah sama-sama memeriahkan contest pada tahun ini. jangan serik untuk menyertainya lagi pada masa-masa akan datang. Kalau nak baca kisah-kisah lain boleh ke page Ramadhan contest.

Sep 29
Hari Pertama dengan P1max
icon1 nuaeman | icon2 Umum | icon4 09 29th, 2009| icon38 Comments »

Aku ada kata pasal keputusan drastik semalam dan ada pula yang sangka ianya adalah keputusan mengambil kereta baru. Oh tidak..! aku belum terfikir ke arah itu. Memanglaa best beraya dengan kereta baru tetapi buat masa ni aku rasa itu hanya satu kehendak dan bukan satu keperluan kerana kereta yang aku pandu sekarang masih ok lagi cuma fizikalnya sahaja sedikit dimamah usia. Huhu.. Seronok pandu kereta baru dengan ribuan hutang masih berbaki sangat berbeza dengan seronok memandu kereta yang mungkin dah agak berusia tetapi sudah menjadi hak milik. Yang satunya liabiliti dan lagi satu tu aset. Ada beza kan? Kalau masih tak faham dengan maksud liabiliti dan aset nanti aku cerita pasal ni.

Sebenarnya keputusan drastik yang aku buat tu ialah mendaftar dengan satu lagi sistem Broadband yang dikenali sebagai P1Max. Oleh kerana masalah yang tak habis-habis dengan Celcom Broadband yang kerapkali menipu pengguna maka aku nekad dengan keputusan aku untuk memberi peluang kepada P1Max. Mereka memberikan aku percubaan selama 7 hari untuk merasai samada ianya benar-benar menepati citarasa atau tidak. Dalam tempoh itu kiranya aku tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka maka aku boleh pulangkan semula segala peralatan dan minta wang dikembalikan. Setakat ni untuk hari pertama dengan P1max aku rasa sangat berpuas hati dengan tahap kelajuan dan yang penting aku mampu beronline seperti biasa di rumah mak mertua aku. Kalau dalam seminggu ini tiada masalah tentunya  aku akan terus kekal dengan P1Max walaupun aku tau masih banyak tempat yang masih belum mampu menerima ’signal’ mereka. Harapnya masalah yang aku tanggung selama ni telah menjumpai jalan penyelesaiannya. Untuk pengetahuan Modem mereka juga ada dilengkapkan dengan sistem Wifi beserta password.

Aku mengambil pakej RM 99/sebulan dan melalui promosi yang dijalankan mereka memberikan diskaun RM 100 untuk yuran pendaftaran dan sekiranya kita adalah salah seorang pelanggan Celcom Broadband, bayaran untuk bulan pertama akan dimansuhkan dengan syarat perlu bawa dua bil terkini kepada mereka.  Yuran pengaktifan adalah sebanyak RM 60 dan ini tak perlu dibayar kerana akan ditolak dengan jumlah diskaun yang telah diberi cuma semasa mendaftar tu kena bagi juga bayaran pendahuluan sebanyak RM 100. Bil akan dihantar melalui email pada 14 hb setiap bulan. Aku nak puji lebih-lebih tak boleh juga tapi setakat ni oklah. Sama juga Celcom masa awal-awal guna dulu ok tapi sekarang.. adeh, sakit jiwa nak cakap.

Oh ya, berkenaan dengan Ramadhan contest harap para peserta bersabar kerana ada beberapa lagi pemarkahan yang aku belum terima dari juri jemputan untuk memberikan keputusan penuh. Memang ikut pada makluman awal aku akan umumkan hari ini ( 10 Syawal ). Jangan risau.. dapat jee semua permarkahan aku akan terus beri keputusan penuh.

Sabar ye sabar..

Sep 28
Tragedi 1 Syawal
icon1 nuaeman | icon2 Pengalaman | icon4 09 28th, 2009| icon316 Comments »

Mungkin raya tahun ini menjadi salah satu raya yang kurang menyeronokkan bagi aku disebabkan oleh perkara yang tak diingini berlaku pada 1 Syawal lepas. Apa yang telah terjadi ini juga telah merencatkan sedikit aktiviti yang telah aku aturkan sepanjang cuti panjang.

Apa yang berlaku? Heh! Kenderaan utama yang aku perlu gunakan untuk kesana-sini sepanjang cuti raya telah cedera angkara kecuaian pemilik workshop. Oleh kerana ia berlaku pada raya pertama maka aku akan ingati peristiwa ini sebagai tragedi 1 Syawal.

Hari tu… Seusai solat sunat Aidilfitri aku membawa seisi keluarga bersama ibu mertua beraya ke rumah saudara-mara sebelah isteri di Gelang Patah. Punyalaa lama pergi beraya… dari pagi bawa ke petang maklumla.. sambil raya sambil buat collection untuk anak-anak.. heheheh.. (buruk perangai..)

Nak jadikan cerita waktu balik dari beraya ni aku rasa macam keadaan kereta seperti ada sesuatu yang tak kena seolah-olah ‘brek sangkut’. Risau juga kerana pada esoknya (hari raya kedua) aku dah rancang nak balik kampung selepas solat subuh jadi untuk keselamatan aku cubalaa cari mana-mana workshop yang buka pada hari tu untuk periksa keadaan kereta aku.

Alhamdulillah.. ada juga satu workshop yang beroperasi berdekatan dengan rumah mak mertua aku. Kedudukan workshop ni agak tinggi sebenarnya dan semasa membuat pemeriksaan, kereta aku di‘parking’ condong. Setelah dikenalpasti masalah serta dilakukan apa yang patut maka sipomen ni pun dengan senang hati turunkan jek kereta. Oleh kerana mungkin sebelum tu sipomen ni lupa nak tarik ‘hand brake’ dengan serta merta kereta aku ni melurut ke belakang dan aku ni pulak kononnya nak jadi Superman.. cubalaa nak tahan kereta tu dari belakang. Huhu.. tak dapat…

Maka terpaksalaa aku lepaskan kereta kesayangan tu melurut ke bawah hingga menyeberangi jalan lalu melanggar sebuah kereta lain pula.

Dum! Prakkk…!

“Adusss.. kereta aku…” Tak dapat digambarkan perasaan ni bila melihat sendiri bumper dan juga lampu belakang pecah. Sudahlaa esok nak balik kampung jadi pulak hal tak diduga camni.

“Aiyaa…, wa tak tau nak kata apa.. lu leleks aa.. wa kasi tengok apa wa boleh buat lulu”

Lepas dia periksa kereta aku buat kali kedua dia cuba yakinkan aku..

“Lu punya keleta aa.. talak apa punya.. Cuma bumper sama lampu belakang kena bikin balu.., body itu sikit kena kasi ketuk… tapi ini keleta lu boleh bawa balik.. hali laya maa.. lu happy-happy lulu laa.. nanti lepas laya lu latang balik aa.. semua wa tanggung maa.. ok! ”

Memanglaa dia kena tanggung tapi aku pulak yang jadi tak sedap hati nak balik kampung. Sadis sungguhlaa..Aku masih kurang berpuas hati sebenarnya dengan keadaan kereta tu jadi pada keesokkan harinya aku bawa pula kereta tu ke bengkel lain sehingga aku rasa benar-benar yakin untuk mulakan perjalanan. Yang tambah menjadi tak bestnya bila aku kena pulang awal sebab kereta tu kena masuk balik bengkel untuk dibaiki. Rosak segala program yang telah diaturkan kemudian line Celcom pulak bertambah teruk di rumah mak mertua aku… dahlaa patah kaki sebab kereta masuk bengkel nak update blog pun tak boleh.. dugaan…

memaksa aku buat satu lagi keputusan drastik.. apa dia?? tunggu…

Sep 20

Ramadhan telah melabuhkan tirainya dan Syawal mula disingkap. Harapnya segala yang telah raih ketika Ramadhan lalu dapat diteruskan serta diperbaiki lagi di bulan Syawal yang mulia ini. Dikempatan yang ada ini aku dengan rendah hatinya mengucapkan “Selamat Hari Raya” kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat khasnya para pembaca blog ini. Beserta dengan itu juga aku memohon ampun dan maaf sekiranya ada diantara penulisan di blog ini yang mengguris hati sesiapa. Ianya berlaku tanpa disengajakan atas kelemahan aku sebagai seorang manusia.

Salam Aidilfitri dari Nuaeman.com

Sep 18

Nasib Ramadhan hampir sama setiap tahun. Kedatangannya disambut meriah seolah-olah pesta ibadah telah bermula disetiap pelusuk maka berbondong-bondonglah umat manusia memenuhi Masjid dan Surau sehingga ada sesetengahnya terpaksa menggunakan tikar di luar Surau kerana tidak cukupnya ruang untuk menampung jumlah jemaah yang hadir. Yang menariknya ialah bukan sekadar waktu bersolat terawih sahaja bahkan ketika waktu subuh juga tidak kurang hebatnya. Waktu yang pada satu ketika ramai yang masih gemar menarik selimut tetapi secara tiba-tiba berubah bila kedatangan Ramadhan . Seronoknya tidak terkata melihat bagaimana tetamu kita ini diraikan.

Biasanya segala suasana meriah itu mampu bertahan pada fasa pertama sahaja iaitu 10 hari awalan Ramadhan. Bila masuk sahaja fasa kedua yang mana saat Allah taala ingin memberikan keampunan kepada mereka-mereka yang bertakwa, maka pada ketika inilah beransur-ansur aktiviti ibadah ini akan kelihatan mula berkurangan. Paling mengecewakan apabila melihat keadaan di 10 hari terakhir. Rasanya kalau tidak kerana ibadah puasa ramai manusia akan terus melupakan Ramadhan kerana terlalu sibuk membuat persiapan untuk menyambut tetamu seterusnya iaitu Syawal.

Ramadhan menjadi tetamu yang mula dipinggirkan. Kehadirannya dirasai tetapi permergiannya tidak diiringi. Ramadhan berlalu pergi tanpa sedar kerana ramai yang mula alpa dengan janji yang disemat ketika menerima kedatangannya iaitu “Untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna’. Mana janji itu? Mana semangat yang berkobar-kobar sebelum ini? Apakah semuanya  telah ditelan waktu dek keghairahan untuk menanti ketibaan AidilFitri?

Tanya balik diri kita.. lebih bermaknakah Ramadhan kita kali ini atau masih sama juga sepertimana tahun-tahun yang berlalu. Sekarang kita hanya masih punya dua hari pada Ramadhan kali ini. Ada dua pilihan samada untuk kembali membetulkan azam atau biarkan sahaja ia pergi dan seterusnya menantikan kehadirannya semula yang masih belum pasti adakah kesempatan untuk dipertemukan dengan kita.

Sep 16

Raya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan tanpa diduga minggu lalu kotak emel aku menerima satu mesej dari seseorang yang namanya seperti sudah biasa kedengaran, John Connor. Tetapi apakah dia adalah orang yang aku kenali itu, yang mana merupakan anak kepada Sarah Connor, seorang wanita besi yang menjadi buruan oleh mesin pembunuh masa depan kerana dari rahimnya akan lahirnya seorang wira yang akan mengetuai kumpulan pertahanan manusia di masa depan dari dimusnahkan oleh robot. Fuh! pening… apapun wira masa depan itulah John Connor.

Tapi ape ke he nye pulok di hantor email kat aku..? Mungkin juga kerana aku ada berurusan dengan Skynet tetapi Skynet ini bukanlah yang mencipta Cyborg atau mesin pembunuh yang bernama ‘Terminator’ tu. Skynet ini hanyalah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan menghantar surat dan bungkusan. Habis tu apa misi sebenarnya yang dia hantar utusan kepada aku. heh!

Apalaa aku merepek kat atas tu eak.. sebenarnya ini adalah John Connor yang berbeza dan kandungan emailnya itu adalah semata-mata nak beri ‘job’ kepada aku untuk memasukkan entri yang ditulisnya ke blog english aku yang sedia ada. Ini adalah kali ketiga dia menghantarkan kerja yang serupa kepada aku. Kerjanya terlalu mudah yang mana kita hanya perlu ‘copy’ artikel yang diberikan kemudian ‘paste’ ke blog kita sebagai entri terbaru. Setiap artikel akan dibayar 5 usd. Oklah pada aku ,kerana jika dulu semasa menulis artikel aku perlu tulis artikel sepanjang 500 perkataan untuk mendapat nilai yang sama tetapi untuk ini kerjanya hanya memerlukan 2-3 minit sahaja.

Selesai sahaja lakukan apa yang disuruh aku terus sahaja membalas email si John Connor ni. Selang beberapa minit akaun paypal aku dah berisi. Takde fee pulak tu.. bestnya.. :)

Rezeki Ramadhan.. walau tak banyak mana tapi..

Alhamdulillah..

sape nak bagi kita duit senang-senang kan..

« Previous Entries